"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, May 23, 2015

Mata Panda??!!

Assalammualaikum !
Setelah sekian lama tak menaip dekat sini.. hari nie terpanggil pulak untuk menaip ! hahaha..
Memandangkan "panda eyes" aku yang semakin berleluasa nie dah ditegur, so aku terus terfikir nak buat entry pasal nie. Nampak tak tahap tak sedor diri tu? Sampai orang tegur baru nak sedaq ! Kahkahkah ! -.-'

First sekali aku nak share punca terjadinya "mata panda" nie, ataupun "lebam bawah mata", ataupun nama panjangnya "lingkaran gelap bawah mata".. haaa, selain tu, ada jugak orang menggelarnya sebagai "eyebags". Banyak nama suka hati lah nak guna mana satu pun kan? hahaha..

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata :

-Kurang tidur
-Sinar matahari
-Dehidrasi
-Terlalu banyak makeup
-Diet yang tidak seimbang
-Masalah kesihatan
-Ubat-ubatan
-Alkohol
-Merokok
-Penuaan

Itu hanya point penting. Kalau nak baca lebih lanjut boleh search sendiri ye.. haha.. jom sambung !

Petua / Tips Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata :

1. Amalkan minum air suam selalu

Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.


2. Timun dan Tomato sebagai eyemask

Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.

3. Tumbuhan hijau / warna hijau kehijauan

Akibat terlalu lama depan komputer, tv atau laptop juga cenderung untuk mendapat lingkaran gelap ini. Kalau dah kerja memang kena mengadap segala benda alah nie, macam mana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan pemandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauna. Kenapa? Kerana oxygen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputer, tv, alihkan pandangan anda.

4. Tidur yang secukupnya

Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama 7-8 jam sehari.


5. Eye roller atau eye cream

Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amat nipis, jadi ambil masa untuk merawatnya. SABAR :)


6. Uncang teh sebagai penyejuk mata

Jangan terus buang uncang teh tu, gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Jangan guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam.

7. Minyak almond

Minyak almond baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat. Sapukan minyak almond pada bahagian lingkatan gelap di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut. Anda boleh juga campurkan minyak almond dengan krim susu.

8. Zat besi, vitamin C dan asid folik

Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minum air berkafein, gula dan minuman beralkohol.


9. Perahan lemon

Perah lemon dalam cawan, kemudian sapu perahan itu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

10. Kentang

Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.

Good luck dan selamat mencuba ! :)

*info ini diambil dari blog-blog lain dan mr. Google :)*

Yang Benar,