"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Wednesday, January 22, 2014

Bingkisan Rindu

Assalammualaikum.....

hari ini aku belajar untuk menjadi seorang yang kuat, yang tabah dan yang sabar dengan setiap ujian dari Allah. melihat kerenah manusia, kadang-kadang ada yang sangat menyakitkan hati, mujur rasa sabar masih ada dalam diri ini. aku tidak mahu diriku membenci orang lain atas kesilapan orang lain. semoga melalui liku-liku hidup ini, aku akan menjadi lebih kental dan kuat untuk masa depan. :)

Alhamdulillah..aku bersyukur kepada mereka yang menyakiti hatiku kerana aku dapat belajar untuk sabar dan terus tersenyum. Aku belajar daripada ujian, aku belajar daripada pengalaman, aku belajar untuk menerima ketentuan, aku belajar untuk yakin pada janji Tuhan, aku belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. aku belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada DIA. aku yakin setiap apa yang ditarik olehNya adalah kerana DIA ada yang lebih baik untuk digantikan kepada kita. dan aku akan sentiasa berdoa untuk itu. semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat diriku. Amiin... :)

akhir kata.....

Ya Allah, di mana sahaja JODOHKU berada, Engkau lindungilah dia. Peliharalah imannya dan bisikan kepadanya bahawa aku juga merindui dia. Biar kita menjauh, cukup berhubung melalui doa. Aku percaya, kuasa doa mampu mengubah sesuatu. Semoga Allah sentuh hatimu. (':

Monday, January 20, 2014

Bila Hati Berbicara

Assalammualaikum....

yaa..hari ini mereka semua melihat aku tertawa riang..tetapi jauh di dasar lubuk hatiku, hanya Allah saja yang tahu perasaanku..senyuman yang terukir di bibir ini hanyalah palsu semata-mata..hanya untuk menutup rasa lemah diriku di hadapan mereka..ya..aku lemah..tersangat lemah sejujurnya..tetapi aku tidak harus menunjukkan kelemahanku pada mereka..itulah perkara paling sukar untuk dilakukan..menipu diri sendiri untuk kepentingan orang lain...yaa..itulah aku..aku hanya mahu orang sekeliling aku bahagia biarpun aku menderita..bodoh bunyinya bukan? dengan menyeksa diri sendiri dapatkah buat orang lain bahagia? jawapanya yaa..aku dapat melihat kebahagiaan mereka dan aku bersyukur kerana aku dapat berkorban untuk mereka yang aku sayang walaupun diri aku sendiri yang menderita..semoga aku akan terus kuat menempuh segala ujian dari Ilahi..Amiin..dan buat si dia disana..jujur ku akui..aku sayang kau setulus dan seikhlas hati...

Sunday, January 12, 2014

Alhamdulillah.....

Assalammualaikum.....
lama tak belek blog nie...berhabuk dah rasa...last update tahun lepas....ngeee....kesian hang kan blog..lama aku tinggal sebab terlalu sibuk dengan sandiwara dunia nie.... -_-

for today.....Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk membetulkan kesilapan diri ini....jalan cerita ini masih panjang dan aku tidak tahu apa akan bakal terjadi di penghujungnya kelak....hanya mohon doa dari kalian yang mengenali diri ini....juga doa dari diri sendiri.....Allah itu tidak akan berlaku kejam...Allah itu maha adil, maha mengasihani, maha mengetahui......DIA lagi tahu jalan cerita hidup ini.....semoga aku terus diberi kekuatan untuk menempuhi liku-liku jalan hidup ini.....semoga kebahagian akan kekal bersama diriku.....insyaAllah...Amiin...... ^_^

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ