"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Wednesday, May 17, 2017

Dari Hati

Assalammualaikum 🌷

Memandangkan aku bosan harini aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Macam mana aku dulu dan aku sekarang. πŸ’ž Bukan nak berlagak bagus ka apa cuma nak kongsi macam mana proses perubahan aku nie. πŸ’’ Untuk peringatan buat diri aku sendiri jugak dan jugak untuk orang-orang luar sana yang terasa nak berubah. 😊 Maksud aku berubah dekat sini ialah berubah untuk jadi lebih baik. Bukan laa nak cakap aku nie baik tersangat-sangat baik. Kita nie manusia, ada kelemahan dan kekuatan kita sendiri. Sama juga aku.. banyak je kelemahan aku tapi kalau kita usaha mesti kita boleh jadi terbaik kan? So jom kita mulakan cerita. πŸ˜—

Aku jujur dekat sini okay, aku betul-betul fully bertudung masa umur aku 16-17 tahun. πŸ˜“ Maksd fully dekat sini ialah pakai dan tak bukak dah.. Sebelum-sebelum tu kejap aku pakai kejap aku bukak. 😌 Aku tau je tutup aurat tu wajib tapi biasa laa masa remaja kan, terikut orang tu terikut orang nie tapi aku tak buat benda bukan-bukan okay. 😱 Aku masih macam aku yang sekarang cuma version tak pakai tudung je. Haha. 😜Kalau keluar je Mak ayah aku memang tak bagi aku balik lambat. Mesti balik sebelum pukul 7. Sebab dulu aku memang tak boleh keluar malam selain daripada dengan family, adik-beradik, dan sepupu sendiri. Kalau dengan kawan-kawan jangan harap laa aku boleh keluar malam-malam. πŸ˜₯ Okay sambung.. Sebelum aku fully bertudung, aku selalu pakai tudung dengan baju lengan pendek, lepas tu agak ketat jugak laaa.. πŸ˜… Bila ingat balik... cissssss.. kenapa aku pakai macam tu? πŸ˜“

Jadi aku mula slow-slow berubah.. Aku mula berubah betul-betul lepas aku masuk politeknik dekat Terengganu. πŸ˜” Ada hikmah aku masuk situ sebab aku dapat ubah diri aku. Dari baju lengan pendek aku tukar lengan panjang. πŸ˜† Dari tudung atas dada aku turunkan ke bawah dada. Aku tak pasti sebab apa aku berubah tapi yang pasti tiba-tiba je aku rasa nak berubah macam tu. Alhamdulillah.. πŸ˜‡ Mungkin tu hidayah dari Allah untuk aku? Dari lengan panjang aku tambah sarung tangan (handsock) Alhamdulillah aku bersyukur sebab aku diberi hidayah untuk berubah masa umur aku masih muda dari sesetengah orang bila dah berumur baru dapat hidayah untuk berubah. Dan In Shaa Allah sarung kaki pulak lepas nie.. Slow-slow aku try pakai.. Hehee.. πŸ˜…

Ye memang mula-mula nak buat kita rasa susah sangat payah sangat. 😰 Panas laa rimas laa semua ada. Banyak je alasan, aku pun macam tu dulu tapi percaya aku cakap lepas dah biasa pakai lama-lama hampa akan rasa macam ada kekurangan, rasa macam terdedah. 😳 Itu yang aku rasa sekarang so it's a good things actually! πŸ˜€Percayalah kita berubah nie bukan untuk sesiapa tapi untuk diri kita sendiri. Dosa kita. Balasan kita di akhirat kelak. Fikir tu je okay. πŸ™† Setakat nie je dulu aku berkongsi. Nanti kalau ada cerita yang lagi best aku nak kongsi aku tulis k. πŸ™ˆ Semoga kita semua diberikan hidayah dari Allah. Aamiin πŸ’‹

xoxo,
MissY πŸ’˜

Bicara Hati

Assalammualaikum 🌸

Kadang-kadang benda baik yang kita buat tu tak perlu kita heboh dekat orang. Ada orang suka ada orang tak suka so diam je okay. Kalau orang suka dia puji takpa, tapi kalau orang tak suka dia mengutuk alhamdulillah kita dapat pahala hasil dari kutukan manusia itu sekalian. πŸ˜€ Pahala free so jangan marah kalau orang kutuk ka mengata belakang ka apa sebab pahala kita yang dapat. Hehehehe.. πŸ˜… So saja nak cerita dekat sini apa benda yang tengah otak aku pikiaq. So kita fikir positif sahaja dan buat hal sendiri asalkan kita tak kacau orang. Kalau ada yang tak puas hati tu ada laa yang dia cemburukan dengan kita kan? Yeke? Entahlahh.. πŸ’ Kalau kita tak kacau orang buat apa orang nak kacau kita kan? Dan memang jenis aku suka peace and quiet. πŸ˜‰ Aku tak suka gaduh-gaduh. Aku tak suka bising-bising walaupun aku nie memang jenis manusia yang bising jugak. Aku ikut mood. Kalau mood aku nak bergurau senda tu boleh laa tapi kalau mood aku nak sorang-sorang maka aku akan duduk sorang-sorang. Itu memang aku.. πŸ˜„ Tapi kalau aku dah tak tahan sangat memang aku akan meletup laaa. πŸ’£ Yang tak pernah tengok lagi macam mana aku mengamok boleh laa cakap aku nie lembut apa bagai. Yang dah pernah tengok tau laa macam mana aku tapi setakat aku hidup nie memang semua kawan-kawan aku tak pernah tengok lagi aku mengamok. πŸ˜₯

Buat baik susah, buat jahat pun susah. Jadi kita buat apaaaaaa?? Haa jawab laa sendiri 😬

xoxo,
missY πŸ’˜