"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, December 1, 2018

Hati

Assalammualaikum,

Lama aku tak merapu dekat sini. Sibuk je memanjang. Tapi rasa macam banyak je tidoq semester nie. Hmm harap-harap aku sedar lah yang dah tak banyak masa lagi nak present PSM, nak final.. Hmm.. Harini aku just nak menaip apa yang ada bermain dalam kepala aku nie saja. Kalau simpan lagi serabut aku jadinya. Hahaha. Aku mampu gelak je sekarang nie. Tapi gelak aku nie bukan gelak happy ke apa, tapi gelak kosong, gelak yang boleh menenangkan hati orang sekeliling tapi bukan diri sendiri. Aku gelak untuk tutup rasa sebenar dalam hati aku nie. Susah nak describe. Aku pun tak tau apa sebenarnya yang ada dalam hati nie. Tapi aku just nak senangkan hati semua orang je. Aku usaha buat orang nampak aku okay walaupun sebenarnya tak. Aku macam dah takde hati dah. Dah takde rasa apa. Kosong. Entah lah.. tak tau nak cakap. Hmm.. Sekarang nie harapan aku supaya dapat habiskan degree secepatnya. Aku nak kerja. Nak buat hal yang buat aku tak ingat apa-apa pun lagi dah. Doakan aku ye. Tq !

MissY,
xoxo.

Sunday, September 2, 2018

KEPERCAYAAN

Assalammualaikum..

Bagi aku kepercayaan tu kita boleh bagi dekat semua orang. Tapi kalau dah selalu sangat rasa ragu-ragu macam mana nak terus percaya? Ye aku mengaku lepas apa yang jadi pada masa lalu aku, sekarang aku tersangat susah nak percaya sesiapa terutama lelaki. Jadi kalau aku dah bagi kepercayaan tu janganlah sia-sia kan. Jangan lah buat aku ragu-ragu.

Aku usaha nak percaya 100% tapi aku tak boleh. Rasa takut tu lagi banyak dari rasa percaya. Aku takut hati aku sakit lagi. Aku takut aku menangis lagi. Aku takut patah hati lagi. Aku takut kecewa lagi. Mungkin kalau cakap macam nie saja orang tak faham. Orang boleh cakap try lah.. Cubalah.. Tapi yang merasa tu aku. Faham tak bila hati tu dah hancur berderai lepas tu hg nak kena hadap benda tu lagi sekali. Aku takmau. Sebab tu aku selesa macam nie. Bukan nak berlagak, memang ramai dah aku reject, atas alasan aku tengah study. Tapi kenyataannya aku takut. Sangat takut.

Hati manusia nie kejap-kejap boleh berubah. Hari nie cakap suka, esok dah lain. Hari nie cakap sayang, esok tengok-tengok keluar dengan orang lain. Jadi macam mana hampa expect aku nak percaya orang? Aku tak cakap semua lelaki sama. Ada yang baik ye aku tahu. Tapi aku still tak dapat nak percaya 100%. Maaflah kena hadap perangai aku yang complicated nie. So baik aku jauhkan diri dengan semua orang. Supaya takda sesiapa yang sakit hati nanti. Kalau betul ikhlas tunjuk lah supaya aku nampak. Tu je aku mintak tak banyak pun.

Doakan aku supaya tetap tabah dan kuat.

Salam Sayang.

Friday, July 13, 2018

Harapan

"Tak payah berjanji kalau tak yakin."

"Tak, ini bukan janji. Ini harapan saya. Harapan awak. Tak salah kan kalau kita berharap." 

-Andainya Takdir 2-

Dekat sini aku ada 2 pendapat!

First, yes tak salah. Tak salah kalau ada harapan untuk seseorang yang kita sayang. Kalau ada jodoh Alhamdulillah bersatu jugak. Jadi memang tak salah untuk mengharapkan sesuatu dalam hidup nie.

Second, salah sebab kalau terlebih berharap dan perkara yang diharapkan tu tak terjadi, diri sendiri yang merana.

So, moral of the story.. jangan sesekali memberi harapan dekat seseorang kalau kita sendiri tak tahu dapat tunaikan atau tak. Bagi aku bagi harapan tu sama je macam berjanji. End up nothing.. Dan yang diberi harapan atau yang dijanjikan itu yang akan merana.

And for those yang diberikan harapan tu, jangan terlalu berharap kalau taknak sakit hati. Kalau apa yang diharapkan tu terjadi bagus. Tapi kalau tak, diri sendiri yang merana, terluka, sedih, pedih.

********** 

I've been hurt myself two times because of this 'harapan' stuff. Because of too much trust. I know how it feels.

Just sharing. ✌️✌️

Sunday, April 15, 2018

April

Here comes April.

1. Balance is what keep our life right.

2. Bila Tuhan bagi sesuatu, syukur. Bila Tuhan ambil sesuatu, redha. Bukannya bila dibagi jadi sombong, bila ditarik jadi marah.

3. Don't fight battle that are not needed.

4. Mengalirkan air mata darah sekalipun tak boleh nak kembalikan apa yang dah pergi, dah hilang. Jangan melawan takdir.

5. What we feel can weaken us.

6. Berhenti salahkan diri untuk segalanya. Satu kesalahan yang kita lakukan tak menentukan siapa diri kita sebenarnya. Manusia boleh berubah.

7. Happy or hurt, right or wrong, the world keep spinning and the clock still ticking.

8. Apa-apa yang boleh terjadi dah terjadi dan bakal berlalu. Lalu untuk apa kita terus mengenang? Lepaskan.

9. With closeness come blindness.

10. Kadang terlalu dekat dengan bahagia buat kita mudah lalai. Oleh itu, kadang kita diuji dengan jarak dan perpisahan, untuk belajar menghargai apa yang ada.

11. With distance come awareness.

12. Jauh dari apa yang kita mahu bukan beerti dah tak ada peluang, Jauh itu seharusnya ruang untuk kita lebih berusaha, lebih berdoa dan lebih sedar tentang siapa kita.

13. What we have now could lost in one second.

14. Apa-apa yang kita ada ni sementara. Hargai sebaiknya. Jangan sombong. Ingat walau macam mana sayang sekalipun, semua yang kita sayang tu milik Allah.

15. Get over your tears, face the truth, let it fade.

16. Biar sabar memberikan jawapan. Biar doa menunjukkan jalan. Biar takdir menentukan tujuan.

17. In life, some things happen by chance.

18. Kadang peluang ada tapi kita je yang taknak manfaatkan. Setiap hari dibangunkan dengan peluang baru tapi kita masih lagi nak menyesali peluang yang dah berlalu.

19. Some things only happen because we make them happen.

20. Kalau kita tak mahu berubah maka kita tak akan berubah.

21. Life is long, inshaallah. And we don't have a clue about tomorrow.

22. Kita kata kita tak mampu nak cari pengganti. Tapi macam mana kalau esok hari Tuhan temukan kita dengan sesuatu yang lebih baik?

23. Stop being afraid. Stop thinking too much. Fill your day with what happen at this moment, not with the past.

24. Sebab kita hidup untuk hari ini maka fokus tentang hari ini bukan tentang semalam.

25. Let go, move on, love again.

26. Tak ada istilah terlambat untuk mereka yang mahu berubah.

27. Remember that behind everything there is a reason.

28. Selalu ada sebab untuk apa yang terjadi. Kita kena fikir dan muhasabah diri untuk itu, bukannya menyalahkan sesiapa, bukannya menyalahkan situasi, bukannya menyalahka takdir.

kredit : AKU ISLAM

Friday, February 9, 2018

Result Semester 4

Assalamualaikum 🙋

Haaaaa.. petang kelmarin dah kecoh pasal dah boleh check result ! Hahaha walaupun memang dok tunggu-tunggu result keluaq, dalam hati dok ketaq jugak sebenaqnya. Walaupun tengok senarai tampal (unofficial result) tu dah rasa lega tapi selagi result tak keluaq selagi tu tak lega hati nie. 😓

Alhamdulillah syukur segala penat lelah aku semester 4 nie berbaloi. Tak rugi naik turun library tu belajaq statistic. Risau sangat sebab aku tak faham sangat Dr. ajar dalam kelas. Biasa lah bila kelas dah ramai student, ada yang cepat ada yang lambat pick up. So, kadang-kadang jadi blur dalam kelas. Kena study sendiri lah jawabnya. 😔 Alhamdulillah result sangat tak dijangka. In Shaa Allah semester depan aku akan usaha lebih lagi.

Terima kasih jugak dekat kawan-kawan yang tak jemu ajaq benda yang aku tak faham. Dan aku halalkan jugak apa yang aku ajaq dekat hampa even aku nie tak reti nak explain dekat orang. Harap dengan ilmu aku yang sikit tu dapat tolong hampa jugak. Tahniah semua dan jangan putus asa. Kita usaha lagi next semester okay ! 💪

Semoga semester depan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semua urusan aku. In Shaa Allah. Aamiin. Doakan yang baik-baik untuk aku okay. In Shaa Allah aku selalu doakan yang baik-baik untuk semua kawan-kawan aku. Good luck to all of us ! Ganbatte ! 😘

Semoga semester depan aku dapat kurangkan hadap TV, kurangkan main, kurangkan buat benda-benda tak berfaedah (gosip) ! 🙅 Hahaha. Wayang tak boleh tinggal k ! Hahahahaha 🙈 Dan yang paling penting semoga aku kuat untuk cabaran dan dugaan semester depan. Sabarkan, tabahkan dan kuatkan hati aku untuk hadap semuanya nanti. Aamiin. 💝

xoxo,
MissY 💘


Thursday, January 25, 2018

#THROWBACK - My 24th Birthday Surprise !! - (20 April 2017)

Assalammualaikum ! 🌹
Haiiii Selamat Tahun 2018 ! Hahahaha.. nak habis dah bulan 1 nie. Tak sempat nak update blog nie. Sebelum nie busy dengan final tapi sekarang aku tengah cuti semester sampai bulan 2. Hihi so banyak jugak masa terluang. Selain melayan drama Korea aku boleh lah update blog nie jugak. Lama tinggai haaa.. 😂

So entry aku kali nie pasal birthday aku tahun lepas. Seperti biasa aku dapat lagi kejutan dari housemates aku nie semua. Thank you girls! Love you all so much ! Hehehe.. Tapi Farah takde kali nie sebab masa nie dia balik Terengganu. 👉👈

Okay dari mana aku nak mula eaaa?? Sebenarnya tak ingat sangat pun kejadian nie. Yang aku ingat masa tu kami plan nak pegi tengok wayang. Midnight laa kononnya. Hahaha. Kami tengok cerita Fast And Furious 8 masa tu. Aku laa nak tengok sangat cerita tu. Hahaha mana boleh tinggal, aku dah follow dari yang first lagi kot. Sebelum famous lagi cerita tu aku dah follow.. Kihkihkih 😛

So siang tu memang biasa-biasa je. Yang bestnya depa satu rumah tak wish langsung dekat aku even dekat group kelas semua dah start wish. Hahahaha lawak laa tapi aku tak kisah langsung pun sebab masa tu pun semua busy buat assignment. Yang paling lawak si Ika laa.. Beria mintak maaf dekat aku sebab tak wish sebab dia yang paling dekat dengan aku. Roomate laa katakan. Hahahaha..

Lepas tu malam tu pun kami plan keluar makan dengan geng-geng PSMZA. Ada laa si Muin, Fawwaz, Iqbal dengan Nina. Wawa takde masa nie. Dia balik rumah husband dia kot masa nie aku pun dah tak ingat. Hahaha.. So kami pun keluar lah makan dekat Batu Pahat sebab plan lepas makan tu nak pegi tengok wayang. Lepas makan pulak tiba-tiba budak-budak nie ajak aku pegi Old Street dekat BP tu. Aku pun okay je laa sebab memang tak penah pegi sebelum nie. Kira masa nie first time lah aku pegi. Hahaha.. 🙈🙊

Yang peliknya si geng lelaki tu pun nak ikut pegi Old Street. Orang ajak tengok wayang taknak. Hahaha tapi pegi situ nak pulak. Hahaha anyway thank you guys. Even dah malam still luangkan masa nak sambut birthday iolss ! Hahahaha.. Dah sampai dekat situ kami pun naik laa dekat atas. Sambil jalan-jalan tu aku dengar budak-budak nie nyanyi lagu "Happy Birthday" sambil bawak kek keluar dari kedai ! Hahahahahahahahahaha.. Terkejut aku tengok semua orang tiba-tiba ada dekat situ. Padahal siang tadi semua plan nak keluar tempat lain. Ajak tengok wayang pun taknak. Hahahaha. Terharu iolsss tauuuuuuuu ! Nasib tak nangis kat situuuu tauuu.. 😚

So sampai situ lah kisah surprise birthday aku untuk tahun lepas. Kira masa U nie agak baik sikit laa dari masa poli dulu. Kalau masa poli dulu aku asyik kena buli je, pastu baling tepung ! Hahahahaha.. Kalau nak tau rajinkanlah belek post lama aku. Semua birthday surprise aku update sini. Untuk kenangan diri sendiri sebenarnya. Hihihi.. 💋

Okay sambung... lepas tu semua makan kek dan of course bergambar tu wajib ! Hahahaha.. nanti aku share gambar-gambar dekat bawah k.. 😘


Haaaa nie lah housemate kami ! 💕




Nie pulak mereka-mereka yang sudi luangkan masa join surprise birthday aku nih ! 
Thankssss semuanyaaaaaa 💗






Nie laa rupa kek aku ! Comel kannnn ?? Hahahaha pandai cari budak-budak nie..


Nak potong kek pun ketaq-ketaq tangan ceq ! Maluuuuuuu 😳😳


Roomate tersayang ! 💝 


Hada comel yang suka babykan aku ! Hahaha 💋


Si Kakdeq tiap-tiap tahun nak calit kek dekat muka ! Hahahaha.. 
Nasib baik si Anim lapkan untuk aku 😚


Birthday girl berangan jadi Cinderella duduk dalam kereta kuda ! 
Hahahahaha 🙈 


Tetiba boleh terjumpa Atul pulak masa nie.. So kami pun welfieeeeeee... 💃💃💃


Lepas tu dekat wayang jumpa pulak dengan Jiha and housemates dia.. Hihihihi 💗 


So tercapai lah hajat aku nak tengok Fast and Furious 8 ! Pukul 4 pagi baru kami balik haaa ! Hahahahahahaha nak tengok midnight sangat 😜 Amik kauuuuuuu 😝 


Lastly, thank you so much for everything girls ! Aku bersyukur sangat-sangat aku selalu berjumpa dengan kawan-kawan yang baik sepanjang aku hidup nie. Love you guys so much ! 😘 Semoga persahabatan kita semua kekal sampai jannah. Aamiin 💟


The End !

xoxo,
MissY 💘