"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, October 10, 2015

One Litre Of Tears

Assalammualaikum..
Sebenarnya tadi aku tengah belek-belek music video dekat laptop aku nih. Tiba-tiba terjumpa movie "One Litre Of Tears". Cerita nie aku dah tengok online sebelum nie, tak ingat langsung bila dan macam mana cerita nie boleh ada dalam laptop aku. Hahaha.. dulu laptop aku nie memang kadang-kadang member aku main ikot suka je, mungkin masa copy video pape termasuk sekali kot. Aku langsung tak ingat. Tak tau langsung ada cerita nie dalam laptop. Kalau tau takde susah-susah aku nak gagah p tengok online. Hahaha.. *nampak sangat jenis tak belek fail-fail dalam laptop nie kan.. nampak sangat laptop aku nie semak kan? Hahahaha.. well.. that's normal for girls ! :P*


Okey so jom kita buat review pasal cerita nie. Best, tapi serius sedih ! Tengok tajuk pun dah tau sedih. Huhu.. Tadi alang-alang dah aku terjumpa,aku tengok lagi sekali, guess what.. berderai lagi airmata aku. Hahahaha.. Setiap part aku menangis ! Seriuss.. tambah pulak aku nie jenis cepat tersentuh, sensitif, lembut hati. Cerita nie dari Jepun. Based on true story okay, mana tak sedih? Berdasarkan buku diari yang Aya nie tulis selama dia sakit. Depa buat novel then terus keluar cerita nie. Actually yang aku tengok adalah full movie, tapi sebenarnya cerita nie dari drama bersiri. Ada je aku jumpa dekat youtube versi Korea. Tapi yang ori Jepun punya lah. Okey jom kita tengok sinopsis cerita nie sebelum aku bagi pendapat aku. 

Tapi sebelum aku teruskan dengan sinopsis movie nie aku nak terangkan sikit tentang penyakit "Spinocellar Degeneration Disease" atau lebih dengan "Ataxia" nie. Penyakit nie famous sebab dia incurable, so when you get infected, you can't perfectly back healthy. Penyakit "Ataxia" nie mengakibatkan pengidapnya lama-kelamaan tidak dapat bergerak, bercakap, menulis dan makan seperti orang normal. *kalau nak tau lebih lanjut boleh check dengan Pak Cik Google ye.. hihi*. Tak dapat bayangkan macam mana rasanya kalau kita ada penyakit nie kan? Hmm...

Cerita ini bermula semasa Aya yang berusia 15 tahun pergi menjawab exam, dia lewat untuk menjawab exam dia sebab dia tertidur dalam bas. Dia lari kemudian terjatuh dan berdarah then terjumpa dengan Haruto Asou. Asou adalah kawan sekelas Aya yang pendiam. Disebabkan dia terlewat, Asou tumpangkan Aya dengan basikal dia untuk sama-sama pergi menjawab exam. Keadaan Aya semakin buruk selepas dia terjatuh sekali lagi di hadapan rumah mereka. Ibunya bawa Aya ke hospital untuk check up dan ceritakan semua yang terjadi dekat Aya kepada doktor. Lepas beberapa hari, doktor memberitahu ibunya tentang penyakit yang dialami Aya dan apa yang bakal dihadapi olehnya selepas ini. Ibunya minta supaya doktor merahsiakan dahulu penyakit ini dari Aya supaya dia dapat menjalani kehidupan yang normal sebelum dapat tahu tentang penyakit yang dialami dirinya. Tetapi Aya adalah seorang gadis yang bijak, hari demi hari dia sedar keadaan dirinya bertambah buruk dan dia tahu ada penyakit yang sedang dia alami. Tetapi dia tidak mahu ibu bapanya tahu bahawa dia sudah tahu yang dirinya mempunyai penyakit. Selepas pertandingan koir, mereka ke hospital dan doktor itu memberitahu Aya tentang keadaan dirinya. Aya sangat terkejut dengan berita ini kerana dia tahu selepas ini dia tidak lagi akan menjadi seorang gadis yang normal seperti orang lain tetapi dia tetap berlagak kuat, tersenyum dan gembira di hadapan keluarga dan juga rakan-rakannya.

Panjang jugak nak cerita so aku pendekkan sikit okey? Nak tahu lebih boleh tengok sendiri cerita nie. :) Kat sini memang banyak part aku menangis. Boleh dikatakan tak henti-henti airmata keluar, lepas lap, dok sat keluar lagi. Kahkahkah.. okey sambung....

Semakin lama, keadaan Aya semakin teruk. Jadi dia ditukarkan ke sekolah orang kurang upaya supaya dia tidak menggangu pelajaran rakan-rakannya yang lain (sebab dia lambat menulis, dan meraka harus memperlahankan pembelajaran). Selama dia sakit, hanya Asou yang rapat dan terus memberi semangat kepadanya. Dekat sekolah tu Aya berjumpa dengan orang yang sama nasib dengannya. Dia belajar sampai grad dekat sekolah tu. Lepas dia grad, dia terus kena tinggal di hospital dan keadan dia bertambah buruk hari demi hari. *part nie memang sedih.. dia dah takmau jumpa dengan Asou, macam-macam lagi.. huhu..* Aya tak dapat bercakap dan hanya mampu menunjukkan huruf demi huruf diatas board untuk bercakap dengan orang lain. Selepas 5 tahun, Aya meninggal dunia pada usia 25 tahun pada tahun 1988. Dia menderita dengan penyakitnya selama 10 tahun. Dia tetap kuat dan bertahan selama itu. Dia bukan saja memotivasikan dirinya sendiri tetapi juga orang lain yang membaca diarinya. Diarinya terjual sebanyak 18 000 000 copies. Selama Aya bertahan dengan penyakit itu moto hidupnya hanya satu iaitu untuk "terus hidup". *sedih.. nangis lagi* Asou pulak menjadi seorang doktor dan merawat seorang pesakit yang mengalami penyakit yang sama seperti Aya. Dan dia masih lagi tidak dapat melupakan Aya. *aku faham apa yang dia rasa.. ngee*.
The End

Moral of the story :
Keep fighting until the end of your life.
Don't ever looked down of other people.
If you felt down, always remember there are many other people who are worse than you.
Don't give up even if you have incurable disease.

*itu moral yang aku dapat, banyak lagi moral yang ada so boleh tengok dan fikir sendiri.. hihi*

Pendapat aku pulak, cerita nie best dan memang patut ditayangkan untuk orang lain tahu tentang kehidupan orang-orang yang mengalami penyakit sebegini. Sebab banyak penyakit dekat dunia nie kita dengar kan tapi kita tak pernah tahu derita orang yang menanggung sakit tu kan? Lepas kita tahu, kita akan rasa lebih bersyukur dan menghargai diri sendiri. Serius aku rasa macam tu. Tapi kita tak tahu apa akan jadi esok, lusa, tulat? Mungkin kita pun boleh dapat penyakit. So sedikit sebanyak kita dah boleh bersedia untuk jadi lebih kuat.

Lagi, aku tertarik dengan Asou Kun nie. Haha.. Sebabnya mana nak dapat lelaki macam tu? Even dia tahu keadaan Aya yang akan menjadi cacat, dia masih lagi nak berkawan dan sanggup ada dengan dia. *terharu okay* Part dia nangis aku pun nangis sekali ! Huhu.. macam tajuk cerita nie lah "One Litre Of Tears", airmata aku pun 1 liter keluar.. hahaha.. atau lebih.. >.< 

Btw, sorry sebab ada campuran malay-english dalam tu. Aku taip buat ayat sendiri nie. Penat fikir tau. Hahaha.. dah macam buat karangan sekolah dah rasa sebab macam formal sangat. Hahaha.. Okey lah takat nie dulu aku buat review untuk cerita nie. Kalau aku rajin aku buatlah cerita lain pulak eh? Hahaha..

Thank You And Assalammualaikum,

 10 OCT 2015 | 12:03 AM

Friday, October 9, 2015

Philophobia

Assalammualaikum..
Haaaa, apa tu philophobia? Philophobia nie sejenis fobia yang bermaksud "perasaan takut untuk jatuh cinta". Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal nie? Sebab aku sendiri ada rasa macam tu. Rasa takut, rasa macam buang masa, rasa macam dah susah nak percaya orang. Sampai tak tahu nak bezakan orang yang mana betul-betul ikhlas atau main-main. Seriousss talk ! 





Ada yang cakap nak meminang lah apa lah. Dia pikir benda nie main-main ke boleh cakap ikut suka hati? Macam nak bagi harapan palsu jaa. !@#$%^&*() >.< Bukan sorang dua yang cakap macam tu dekat aku. Lagi lah bertambah keraguan aku dekat LELAKI. Ye, bukan semua lelaki macam tu, tapi buat masa nie yang aku jumpa semua macam tu. Serius tak tipu. Sebab tu dok solo single alone lagi sampai sekarang. Orang yang tak tahu semua cakap ada orang nak tapi aku jual mahal. Bukan masalah jual mahal dekat sini, tapi tahap kepercayaan aku dah zero, plus nak cari balik rasa sayang dengan cinta tu susah lepas dah kecewa tahap gaban ! Tawar hati dah senang cakap.

So, lepas nie sape je yang nak kawan, yang betul-betul serius je aku layan. Means, kenal and jadi rapat. Sebab sekarang nie memang aku tengah dalam "silent mode". Tak contact sape pun. Handphone tu kalau sorok pun aku tak kisah, sebab memang jarang sangat belek dia. Hmm.. so lepas nie, aku akan pikirkan.. hahahahaa.. At least aku try jugak kan dari tak try langsung, terus tutup hati nie untuk orang lain. Ada jugak orang cakap, sebab orang lain, orang lain yang jadi mangsa. Bukan nak samakan, tapi I'm not ready yet ! Ntah laa, aku sendiri pun tak tau nak cakap macam mana. Susah nak explain hati kita nie dekat orang. Sebab tu aku diam je, dengar je apa orang nak cakap dekat aku. Sebab depa tak tau apa yang kita rasa. And kita nak explain pun rasa macam sia-sia.. kahkah.. so better diam je.

Lepas hampa baca nie mesti hampa fikir, "dia nie tengah patah hati ke apa?". Haa, ada kan? Kan? Jangan tipu dosaaa.. haha.. Well,kalau dulu memang ya aku tengah patah hati, tapi sekarang tidak lagi.. hahahaha.. *gelak bangga* sebab tu aku jadi malas nak layan lelaki, terlebih moved on pulak kan ! Kahkahkah.. tapi aku ramai je member lelaki. Aku harap member-member aku semua nie jadi lelaki yang baik-baik ye... Aamiin.. hihihi..

And... of course haters gonna hate forever.. *maybe*

for haters.. look at me ! I'm smiling ~ :)
terima kasih sebab mengajar aku untuk jadi lebih sabar dan ubah diri untuk jadi lebih baik.. *sikit kot* hahaha..

Okey tu aje lah yang aku boleh taip harini.. bertemankan radio disebelah nie.. haha..

Thanks for lend me your eyes ! Hihi..
Assalammualaikum..

Yang Benar,

 9 OCT 2015 | 01:38AM