"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Thursday, September 1, 2016

Sebab Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

Assalammualaikum..

Aku yakin mesti ramai perempuan yang pernah merasa tawar hati dengan lelaki. Sama ada mereka masih single atau sudah berjumpa dengan yang lebih baik. Aku terbaca pasal topik tawar hati nie dan aku pun terasa nak share dekat blog aku. Untuk bacaan aku di masa hadapan apabila tiba-tiba aku patah hati aku boleh baca dan kuat balik. Siapa tahuuuuu? Hahahaha..

Semua yang aku tulis nie berdasarkan apa yang aku baca dan yang aku tambah-tambah sendiri ikut pengalaman dan komen aku sendiri mengenai topik nie. Situasi setiap orang berbeza. Jangan salah faham pulak dengan apa yang aku tulis.

Kebanyakkan perempuan nie kalau dia dah sayang, dia akan sayang seorang je. Hampa jangan laa nak tuduh dia ada orang lain ke apa. Penting untuk kau percaya pasangan kau. Kalau dah jumpa yang betul-betul setia dengan kau janganlah nak cari lain. Aku nasihat nie. Bila dia dah tawar hati, memang dia akan tinggalkan kau terus.

Kau jangan nak cakap dia kejam ke apa sebab dia dah lama bersabar, makan hati dengan kau. Kau tak payah tertanya-tanya apa salah kau dekat dia. Kalau sampai dia dah tinggalkan kau tu memang banyaklah salah kau dekat dia sampai dia pun dah tak tahan lagi dah dengan kau. Ingat nie. 

Antara sebab kenapa perempuan nie tawar hati dengan lelaki adalah.....

1. Sering ditipu

Semua orang tak suka kena tipu, lelaki mahupun perempuan. Tapi jika awal-awal lagi kau dah menipu, lepas tu dia maafkan kau then kau menipu lagi, lama-lama dia pun fed up dengan perangai menipu kau tu. Tahap sabar dia memang dah habis tu. Good bye lah kau.

Perempuan nie dia sentiasa berfikir ke depan. Kalau kau asyik menipu sampai bila kau akan menipu? Kalau sekarang pun kau asyik menipu apatah lagi lepas kahwin nanti? Perempuan nie licik, dia tahu kalau kau menipu tapi dia sengaja diam nak tunggu kau berterus-terang tapi kau tak pernah jujur dengan dia. Takkan dia nak hidup dengan penipu sampai mati? Renung-renungkan..

"Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat."

2. Tidak mengambil berat

Memang naluri perempuan nie dia nakkan perhatian. Tapi kalau kau jenis yang tak kisah pasal dia lama-lama dia akan jauh hati. kalau kau boleh habiskan masa dekat games, kawan-kawan kau, takkan lah seminit pun kau tak boleh nak tanya khabar dekat dia? Orang perempuan nie dia dapat satu mesej dari kau pun dah happy sepanjang hari tanda kau ingat dia. 

Kalau kau ingat dia dah dengan kau, kau nak buat layan tak layan kau salah. Semakin kau rapat semakin kau kena ambil berat pasal dia. Takkan laa lepas dah kahwin nanti pun kau nak buat perangai layan tak layan kau tu dekat dia? 

3. Curang

Aku tak banyak pengalaman bab curang. Sebagai contoh aku bagi, kau dah berpunya lepas tu kau ada masalah kau pergi cerita dekat orang lain pasal masalah hubungan kau. Dalam pada yang sama kau cari orang lain alasan kau dia tak faham kau. Sepatutnya kau berbincang dengan dia selesaikan masalah bukan pergi cerita dekat orang lain pasal masalah hubungan kau. Kita tak tahu kalau-kalau ada orang yang memang iri hati memang nak tengok hubungan kau hancur.

4. Panas baran

Jujur aku cakap dekat sini. Aku memang tak suka lelaki yang panas baran, bukan aku je, semua perempuan pun tak suka lelaki yang panas baran dan lelaki yang panas baran memang tak sesuai nak jadikan suami. Kalau sekarang ada silap sikit kau dah marah-marah tak tentu pasal bila dah kahwin nanti? Tapi aku percaya, kalau kau seorang yang baran, kau akan dapat teman yang akan menjadi penyejuk kau. 

5. Suka maki hamun

Asal bergaduh je macam-macam kata kesat kau keluar, macam-macam kau cakap. Perempuan yang sabar memang boleh tahan tapi kalau sekarang pun kau dah guna bahasa sebegitu, lepas kahwin nanti? Aku yakin kaki tangan pun mesti akan naik. Perempuan nie dia ingat setiap kata-kata kau. Jangan buat sampai dia tawar hati dengan kau. 

6. Terlalu ego

Lelaki memang mempunyai ego yang kuat. Suasah nak bertolak-ansur dan nak ikut kepala sendiri je. Tapi aku yakin tak semua lelaki ego, sampai masa dia akan rendahkan ego dia untuk perempuan yang dia sayang. Apa salahnya kau yang mulakan dulu? Rendahkan ego mu wahai lelaki..

7. Tidak pandai memujuk

Nampak remeh perkara pujuk memujuk nie tapi impaknya besar. Kalau bergaduh masing-masing buat hal sendiri. Perempuan memang suka merajuk, naluri wanita memang begitu sejak azali, kau sebagai lelaki be gentleman! Kau pergi laa pujuk dia, rendahkan ego kau tu. 

8. Tidak serius dalam perhubungan

Hubungan dah lama tapi tak nampak pun tanda-tanda kau serius dengan dia. Nak ajak bertunang pun tak apatah lagi kahwin. Tapi janji manis banyak kau bagi. Perempuan susah nak percaya dengan kata-kata melainkan kau buktikan dengan perbuatan.

"Don't trust words, trust actions."

9. Tidak tetap pendirian

Sekejap kau cakap lain lepas tu kau cakap lain. Perempuan paling tak suka lelaki yang tak tetap pendirian nie. Harini kau nak kahwin dengan dia, tiba-tiba 5 minit lagi nak akad nikah kau tukar fikiran. Tak ke meroyan si perempuan tu nanti? 

10. Kurang memahami

Kesefahaman nie penting dalam sebuah hubungan, kalau kau nak dia je yang faham kau tapi kau sikit pun tak faham dia tak boleh jugak. Lama-lama timbul laa rasa tawar hati pasangan kau tu. Belajar memahami hati perempuan okay. Kalau susah sangat kau suruh je dia jujur, apa yang dia nak dari kau. Sama-sama laa give and take. 

11. Suka kongkong dan memaksa

Nie adalah salah satu sikap yang perempuan paling tak suka. Kalau dia boleh biar kau buat apa kau nak kenapa dia tak boleh buat apa yang dia suka? Alasan kau, kau cemburu dia dengan lelaki lain. Habis kau nak suruh dia duduk rumah je macam tunggul? Lepas kahwin pun kau tak bagi dia keluar pergi kerja tempat yang ada lelaki? Fikirkan lah. Cemburu pun ada batasnya wahai lelaki. 

12. Tidak percaya

Sikap nie yang kadang-kadang boleh memutuskan sesuatu hubungan. Kau nak dia percaya kau, tapi kau sikit pun tak percaya dia. Semua kau siasat, kau tanya semua kawan-kawan dia apa dia buat. Orang perempuan nie hanya berharap pasangannya percaya mereka seperti mereka mempercayai buah hatinya. Jangan suka serkap jarang, tuduh macam-macam. Be matured !

13. Kedekut dan berkira

Kalau kau kedekut dan selalu berkira tenaga atau wang. Siapa yang boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan

Makin bagi muka makin naik lemak. Kau ingat perempuan nie mesin ATM kau? Dari situ dah nampak kau nie lelaki yang tak bertanggungjawab. Macam mana kalau dah kahwin nanti? Perempuan yang kena tanggung kau?

15. Tidak ikhlas 

Niat asal kau untuk ada hubungan dengan seorang wanita itu ada udang di sebalik batu. Sama ada dia berpangkat, kaya, atau apa-apa kepentingan untuk kau guna. Jangan nak mainkan orang sangat. Ingat kau ada adik perempuan, kakak dan bakal anak perempuan. Kau nak ada lelaki yang mainkan keluarga kau macam kau buat dekat orang?

16. Diabaikan

Orang lelaki biasanya masa mula-mula nak mengorat je bersungguh. Bila dah dapat kau layan dia nak tak nak je. Ingat, orang perempuan bila dah commit dengan kau, dia selalu nakkan perhatian kau. Dia tak suka diabaikan, dia nak rasa dia orang yang penting dalam hidup kau.


So, itu je lah yang dapat aku kongsikan. Lebih kepada pendapat aku sendiri. Jagalah pasangan masing-masing baik-baik. Hargai mereka yang ada dengan kita masa susah dan senang. Bila dah tiada nanti jangan menyesal.

Perempuan kalau dah tawar hati kau pakai ayat macam mana sekali pun dia tak kan layan dah. Mungkin dia boleh maafkan kau tapi layanan dia dekat kau memang takkan sama dah seperti mula-mula dulu. Masa tu kau jangan nak merayu dengan dia, memang dia tak pandang kau dah. :)

Semoga bermanfaat.

Thanks.

xoxo,
MissY ♥

1 comment:

  1. I do trust all the ideas you've presented in your post. They are very convincing and can certainly work.
    Still, the posts are very quick for newbies. Could you please lengthen them a bit from subsequent
    time? Thank you for the post.

    ReplyDelete