"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, December 19, 2014

Oh My Pimples ! ♥

Assalammualaikum !
Salam Jumaat ~
Hai adik-adik kakak-kakak yang cantikk ! Mesti ramai yang tak suka dengan jerawat kan? *sapa suka habaq mai..hehe* Orang tua-tua cakap tak boleh picit jerawat tu sebab tak nanti berparut. *lagipun sakit kot ! --* Lepas tu tak boleh buang sesuka hati sebab nanti berlubang lah apa lah kan. Sebenarnya, bangun tidur pagi tadi aku pun belek lah muka aku dekat cermin *memang rutin hari-hari :P* And tetiba....... no !! Pimples !! Jadi aku pun terus cari petua nak hilangkan pimples nie sebab taknak ada kesan parut dekat muka. Semua orang pun nak kulit yang bersih dan licin kan? So hari nie aku terasa nak kongsi beberapa tips atau petua nak hilangkan jerawat ! Hihihi.. Bolehlah kita sama-sama cuba kan? Hihihi..

Antara beberapa petua yang boleh dicuba. *cari laa yang senang dan barang tu senang nak dapat :)*

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas ir panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InshaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InshaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6. Bersihkan muka sehinggan bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InshaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InshaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

11. Sejukkan kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Apa pun kita hanya berusaha, sama ada menjadi atau tak Allah yang tentukan :) Selamat Mencuba ! Hihi..

info : blog petuatradisional.com

kat sini juga aku nak sertakan beberapa punca jerawat so dapatlah kita elakkan ! :)

Antara punca masalah jerawat :

1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri (mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
info : blog mauceriasokmo

jadi semua dah taw kan puncanyaaaaa.... sama-sama kita elakkan ye ! :D 
Lastly, Thank you..

Salam Kasih Sayang,


Annyeong !

Thursday, December 18, 2014

Aku Rindu Sayang Kamu ♥

Assalammualaikum !
Dah duduk dekat rumah keja nak update je kan. Hihihi.. Mentang-mentang dah tinggal zaman belajar banyak pulak masa terbuang kat rumah nie. *macam laa berkurun sangat "zaman belajar" tu.. hahaha.. baru diploma je kot ! hahaha*

Actually takde benda sangat pun nak bercerita. Cuma aku rindu saat-saat indah *kemain ayat* dekat Dungun dulu ! Hihihi.. Rindu semua dekat sana, rindu pantai, rindu poli, rindu kelas, rindu lecturer, rindu suasana bising-bising dekat bilik lecturer, kacau encik-encik dengan puan-puan kat sana sebab dorang sporting ! Layan je kerenah anak-anak didik dorang nie. Hihihi.. Paling aku rindu mestilah kawan-kawan aku yang tersayang. Beza kawan dekat poli dengan kawan dekat Kulim nie sebab poli aku jauh so aku berkawan dengan orang pelbagai negeri. Jadi bila dah balik negeri masing-masing mulalah rasa rindu tu. Kalau dekat Kulim mestilah kawan-kawan Kulim yang sekolah sekali semua sekali. Aku pun orang sini ja jadi tak dak masalah aku nak jumpa bila-bila masa pun. Dan yang pasti aku sayang semua kawan-kawan aku tak kira dekat poli atau dekat sini. :) *aku tak pernah bezakan hampa taw.. sekali aku kawan, selamanya hampa semua jadi kawan aku*

Selalu kalau time macam nie housemates aku dekat Dungun dulu mesti jadi hyperactive ! Hahaha.. Time nie lah nak kacau orang tidur, nak menyanyi kuat-kuat, nak amik gambar macam-macam pose ! *paling aku tak lupa rambut hantu tu.. kah3* nak buat tu, nak buat nie ! Serius aku rindu semua tu. Rindu nak makan ramai-ramai depan tv, tambah-tambah masa bulan puasa, pegi bazaar, pegi pasar malam habiskan duit, bila dah takdak duit pakat makan #maggi belaka ! Hahaha.. Rindu nak buat bising dalam kelas, tapi masa buat assignment tak rindu sebab sekali kerja selambak memang tak tidur jawabnya. Hahaha.. Banyak sangat kenangan dekat sana yang aku rindu. Manis, pahit, suka, duka semua ada ! Dengan kenangan tu semua jugak aku dapat belajar erti kehidupan. Kadang-kala kita di bawah, kadang-kala kita di atas, ada pasang surut. Dan jangan terlalu yakin yang semua orang suka dengan kita. Dalam diam pun mungkin ramai yang menyimpan dendam dengan kita even kita tak pernah kacau hidup mereka *aku bercakap melalui pengalaman diri sendiri, sumpah perit sangat rasa kena fitnah* Semoga Allah ampunkan dosa mereka dan aku. Mungkin semua yang jadi nie atas kerana kesilapan diri aku sendiri, balasan Allah untuk aku. Aku redha. Allahuakbar ~

Tapi Alhamdulillah aku masih punyai kawan-kawan yang selalu ada waktu aku susah dan senang, sentiasa menyokong aku dari belakang, banyak bagi nasihat dekat aku. Terima kasih sangat-sangat. Aku ingat lagi dekat sana dulu kalau sape-sape je ada masalah ke, stress ke, sedih ke, tempat yang kita cari untuk cari ketenangan mesti dekat pantai kan. Kenapa pantai?? Sebab dekat situ tenang, dengar bunyi ombak, dapat tengok betapa cantiknya ciptaan Tuhan. Percayalah cakap aku lepas pegi pantai korang akan rasa lega tak banyak sikit pun hati korang akan rasa tenang, lebih ceria ! :) *pendapat aku lahh, lain orang lain cara* Kita pegi pantai kita cerita semua masalah kita dekat situ. Jenis kita "cerita sini, habis sini" So balik rumah takmau ada rasa stress lagi. Heee.. Sungguh aku rinduuu.. Aku harap masa konvo kita nanti kita boleh spend time macam nie jugak. Habis kuat pun kita lepak pantai kejap then pegi makan besar sama-sama kita ! Sebab nanti mesti family masing-masing ada kan, mesti susah nak kumpul semua sekali. Tapi aku harap kita dapat celebrate kejap pun jadi lahh.. Hihihi..

Lastly, Aku Rindu Sayang Kamuuu.. Selamat Malam.. Thanks for reading !

Salam Kasih Sayang,



Annyeong !

Wednesday, December 17, 2014

Setia Dan Taat Kepada Allah ♥

Assalammualaikum
Selamat Malam

Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas RA:

Sebaik sahaja aku berada di belakang Rasulullah SAW dan beliau berkata: "Wahai budak, saya akan mengajar kamu beberapa perkataan:

1. Setia dan taat kepada Allah (beribadat kepada-Nya semata-mata), sentiasa mengingatiNya, patuhi perintahNya. Dia akan menyelamatkan kamu dari segala bahaya dan akan menjaga kamu dalam semua aspek kehidupan.

2. Setia dan taat kepada Allah, nescaya Dia akan dekat (di hadapanmu), iaitu Dia akan bertindak balas kepada permintaan kamu.

3. Jika kamu meminta, minta kepada Allah.

4. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan dari Allah.

5. Ketahuilah bahawa jika semua orang bersama-sama untuk mendapat faedahmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada kamu dalam apa-apa kecuali apa yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan jika mereka semua bersama-sama untuk mencederakanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat membahayakan kamu dalam apa-apa kecuali apa yang telah ditetapkan Allah untukmu.


The pens have stopped writings [Divine (Allah's) Preordainments]. And (the ink over) the papers (Book of Decrees) have dried."

Hadith from Sahih Al-Tirmidhi


#buat diri sendiri :)
Mintalah pertolongan dari Allah, Dia lebih mengetahui ~ stop pretending that you are strong enough to cope with all of this alone.

Salam Kasih Sayang,


Annyeong! | 12:41AM 

Tuesday, December 16, 2014

Kun Fayakun ♥

Assalammualaikum..
Hari nie hujan tak berhenti dari pagi.. *tarik selimut sedap jugak kan..hehe*
Aku pun memulakan laa rutin harian aku, on lappy, on facebook ! Tu je kerja tetap selama menjadi penganggur seti nih. Kerja aku scroll, baca dan like. Tu je mampu buat sebab peshbuk nie da macam bosan je..ngeee.. Dalam masa tengah scroll tu aku ternampak wanita muslimah yang bertudung labuh dengan pakaian mereka. "Cantik!" Desis aku dalam hati. Terdetik dalam hati aku untuk berpakaian begitu. *Alhamdulillah..masih ada Iman di dalam diri* Bukanlah selama nie aku tak menutup aurat, tetapi kadang-kadang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna.

Ada jugak kawan-kawan yang tegur. *lelaki yang tegur bukan perempuan, kau rasa??* Alhamdulillah masih ada yang ingin menegur, tanda dia nak kita berubah jadi lebih baik daripada sekarang. Tapi dia menegur dalam nada nasihat dan aku pun mengaku sendiri cara aku berpakaian. Ye.. semua orang pernah buat silap dan tak ada yang terkecuali pun. Dulu pun aku pernah free hair sebelum aku bertudung. *lepas SPM* Dan masa tu aku still pakai tudung dengan baju lengan pendek. Perubahan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan aku rasa malu nak pakai lengan pendek pastu bertudung pulak. Aku rasa tak selesa, rasa macam terdedah. Then, lepas da masuk poli baru lah aku mula sikit-sikit pakai lengan panjang. *ada hikmah jugak datang sebelah timur nie sebenarnya*

Kun Fayakun... apa yang Allah kata akan terjadi, maka jadilah. Alhamdulillah aku dah banyak berubah sejak belajar disana. Berubah menjadi lebih dewasa dan lebih baik dari aku yang dulu. Aku sedar perubahan tu lepas aku tengok balik album gambar aku yang lama. "Macam nie rupanya aku dulu yee..." Kata dalam hati. Aku tak cakap sekarang aku baik gila-gila punya baik, tapi aku dapat lihat perubahan aku sekarang dari aku yang dulu. Sekarang pun aku tengah berusaha untuk jadi lebih baik untuk masa akan datang. "Nak dapat suami yang baik, kenalah ubah diri sendiri dulu." "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik begitu jugak sebaliknya." Tiba-tiba terdetik dalam hati perkataan tu. *haha.. gatai sungguh.. baru 21 tahun.. haha !* Tak salah kita fikirkan tentang masa depan kita, masa nie lah kita patut fikir tentang masa depan kita. Dan yes ! Semestinya aku nak lelaki yang baik yang boleh bimbing aku ke jalanNya. InshaAllah.. Aamiin.. *kemain berangan..hihi* Maka dengan itu, aku harus betulkan diri sendiri terlebih dahulu. Fighting ! *banyak sangat tengok runningman*

Berbalik pulak dengan cerita aku tadi pasal muslimah tu.. *jauh menyimpang haa.. haha* Nak bertudung labuh tu biarlah ikhlas. Maksud tudung labuh aku disini ialah menutup dada ye anak-anak, bukanlah bertudung seperti ustazah. *tak salah kalau nak berbuah kearah tu pun.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit* Hihihi.. Kaki pulak macam mana?? Asyik cakap tudung je kan, kaki tu pun salah satu anggota yang wajib ditutup. Ye, saya memang tak berstoking ! Kalau nak senang pakai aje kasut yang tutup semua bahagian kaki tu. Kan senang ! *sebenarnya cakap dekat diri sendiri.. haha* Kesimpulannya dekat sini kalau kita masih lagi ada niat nak berubah jadi baik tu bermakna masih ada lagi Iman dalam hati kita. Dalam diri kita. Alhamdulillah :) Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

Salam Kasih Sayang,

Annyong !

Monday, December 15, 2014

BBQ Dip6S1 (25102014) ♥

Assalamualaikum !
Jam menunjukkan pukul 1:30AM | 15 December 2014
Memandangkan aku belum mengantuk lagi so aku nak kongsi kisah BBQ kami sekelas dekat Dungun dulu. Kalau dulu aku pernah update BBQ masa kami semester 3 tapi kali nie last semester ! Untuk Terakhir Kali bak kata lagu Marsha ! Hihihi ~

Okey, seperti biasa kalau buat BBQ mesti wajib bakar ayam ! hihi ~ so, geng rumah sewa aku ditugaskan untuk perap ayam, jadi sekaligus tugas beli ayam, cuci, potong dan blablabla menjadi tugas kami. Untuk kawan-kawan yang lain pun dah dibahagikan tugas, ada yang goreng kentang, buat air, sediakan sosej untuk dibakar, dan untuk budak lelaki pulak, sediakan peralatan membakar aje lahh ~ hehehe.. bagus dorang nie semua.. dengar cakap ! hihihi..

Lepas dah settle semua kami semua pun gerak pergi ke tempat yang dijanjikan *tepi pantai tuuuu...hihihi* kami gerak dalam pukul 11 pagi *pukul 11 janji melayu budak laki cakap --* hehe.. biasalah perempuan kan. Bila dah sampai kami amik tempat hujung sekali takde orang ! *memang lah takde sebab pagi lagi..HAHA* 

Budak-budak laki pun sibuk hidupkan bara api, budak-budak lain pulak sibuk dengan tugas masing-masing *dorang masukkan tepung dalam belon*. Untuk lebih happening BBQ kali nie, Kautsar cadangkan dekat kami untuk adakan game ! So kami kasi geng dorang untuk plan nak buat game ape. Maka, terciptalah sebuah game yang diberi nama "Berani Mati" ! hihihi.. selain tu, kami jugak buat sesi "exchange gift". Supaya dapat jadikan kenangan daripada kelas DIP6S1 nih !

Lepas dah siap bakar, kami makan, makan dan makan sampai kenyang ! *tak kenyang pun.. balik rumah gadoh lapaq..HAHA* lepas dah siap makan, maka bermulalah permainan bernama "Berani Mati" tu tadi. hihihi ~ Memang berani mati betul ! -- Okey game berani mati nie sebenarnya cara mainnya, *nie cara kitorang lahh ye..* dalam setiap keping kertas ada tertulis perbuatan yang kita kena buat. So sesiapa yang dapat tak boleh tukar melainkan ada sebab-sebab tertentu. Antaranya yang aku ingat *sory tak ingat semua*

- buat muka paling hodoh (Me)
- call mak cakap "Mak, nak kawin!" (Qila)
- buat tarian Gwiyomi (Qis)
- apa yang paling sweet BF/GF cakap kat kita (Shima)
- merangkak sambil bawak kawan 3 pusingan (Farahin)
- pilih seorang kawan dan tanya "awak suka saya tak?" (Dhada)
- pilih kawan paling rapat dan cium pipi dia (Farah)
- rendam muka dalam air (Illi)
- buat chicken dance (Kautsar)
- menyanyi satu lagu (Eila)
- pilih sorang kawan dan dia tolak masuk air (Ekin)
- rendam makanan dalam air dan minum (Asyraf)
- jalan itik 3 pusingan (Iqbal)
- marah kawan dalam nada sengau (Nuyue)
- simbah air dekat kawan (Latif)
- pilih kawan yang rapat dan apa kelebihan dia (Din) *seyes lupa soalan.. lebih kurang laa.. sory din*
- pilih kawan yang rapat dan tabiat buruk dia (Zahar)
- lari keliling bulatan 3 pusingan (Pikah)
- *yang siah punya lupa !! haha.. padahal duduk sebelah je -- sory dear !*

Ada aksi "Berani Mati" yang dirakam ada yang tak. Tapi serius best ! Semua sporting, kena buat apa semua ikot je. HAHAHA ! Lepas dah selesai main game tu kami buat sesi "exchange gift". Macam-macam hadiah ada. Malam tu kami kongsi hadiah masing-masing dalam group whatsapp kelas supaya semua orang taw dapat ape. :)

Dan last sekali kami..... apa lagi? Mandi pantai laa jawabnya ~ Dah bergambar sepuas hati kan. Hihihi ~ Sorang-sorang kena tarik masuk laut ! Aku kena tarik dengan kakdeq ! Hahaha ~ Kejam betoi kakdeq ! Tapi tak kisah pun sebab aku memang nak mandi pantai ~ Tu je peluang yang ada, sebab nanti busy dengan final exam pastu terus dah abis poli ! :D

Meh nak share sikit gamba BBQ kitorang yeeee ~ ^_^ *klik kat gamba tu kalau nak tengok besar ye*

Akak-akak semangat membakor ~ hihi
Kakdeq orang kuat bahagian AYAM ! hahaha
Di belakang tabir !
Posing dulu seketui dua ! :D
Abam-abam buat gapo tuuuu ~ HAHA !


Jemput makan ! Orang bertanggungjawab buat game untuk kitorang ~ hihi
Game "Berani Mati" ! :D
sesi "exchange gift" xD
Akak tudung merah yang pegang belon tu ketua segala ketua untuk kelas kami ~ hahaa !
Mandi-manda ramai-ramai ~ bukan selalu boleh macam nie
Senyuman paling ikhlas tuuuu ~ *seronok !*
Hahahaha ! yang nie aku paling tak puas hati sebab tak past lagi menyelam !
Peace bro ! *kata kat cameraman*
Fly in the water ! We believe we can fly ~~ hahaha :P
Pastikan semua masuk ~ 1 2 3 selfieeee ~~~ hihihi
We are DIP6S1 ! Friends Forever ♥
Haaaa ~ tu je lah gamba yang boleh tunjuk, banyak lagi sebenarnya tapi takkan nak letak semua pulak kan? hihi ~ Sikit-sikit cukup ~ :)
By the way, tak semua join BBQ nie sebab ada yang ada hal lain so tak dapat join sekali termasuklah Mama PA (penasihat akademik) kami, Puan Zarina bt Musa.

Lastly, thanks for reading ! :D


Salam Kasih Sayang ♥

3:08AM | 15 December 2014

Saturday, December 6, 2014

Tanam Anggur !

Assalammualaikum !! Salam 1 Malaysia ~ hiksss

Wah lama jugak tak belek blog nih.. so harini kita habiskan satu hari upgrade blog nih.. hahaha.. tak laa secantik blog korang yang pro tuu tapi boleh laa.. aku dah bosan tengok design lama.. nampak semak.. kiki.. kali nie simple saja tapi PINK tetap wajib ada ! *gegirl sangat haa..* Hihihi..

So, dah dekat sebulan sejak aku balik Kulim dan menjadi penganggur setia kat sini. Alhamdulillah result final exam dah keluar 24 November 2014 haritu dan aku pun dah officially graduate diploma aku. Syukur sangat ! Setelah 3 tahun bertarung *macam terok sangat pulak bunyinya..haha* aku dapat habiskan jugak diploma nie. Even aku tak minat kos nie tapi aku gagahkan juga. Jujur aku cakap memang tak minat tapi Alhamdulillah semakin lama belajar semakin rasa beruntung sebab tak semua orang faham apa tu coding, apa tu HTML, JAVA, dan lain-lain. Terima kasih buat semua lecturer yang penat mengajar. Sekarang tunggu nak konvo aje lahh, inshaAllah bulan 9 tahun depan. Tarikh pun tak comfirm lagi. Tak sabar nak jumpa balik dengan kawan-kawan semua. Baru sebulan dah rindu kemain haa. Tapi apapun janji kami semua nak konvo sekali sudah ditepati. Alhamdulillah semua lulus belaka. ^_^

Hmm.. plan aku sekarang just nak kerja dulu sementara nak tunggu sambung belajar. Tunggu result haritu punya pasal lahh tak boleh nak apply mana-mana lagi. Hmmm... rugi dah 1 sem dekat situ. Dah laa makin tua. Hahaha.. Kerja kerja come to me baby ! Haha.. *suka melalut tak tentu hala --* Tu terjadi sebab dah bosan duduk rumah nie haa. Rutin aku layan Runningman ja hari-hari. Haha.. Nampak kan takde life -_-'' Okey sebelum merapu lagi terok kita stop sampai sini saja dulu okey. Kikiki.. Semoga perjalanan hidup Alia Nabila lepas nie lebih menarik !! Aamiin.. Thanks for reading :) Tata Titi Tutu ~

Salam Kasih Sayang,