"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Wednesday, June 16, 2021

My Simple Thought

Assalammualaikum.

Lama tak bersiaran dekat sini. Dan harini masih dalam keadaan PKP. Bilalah covid ni nak hilang ye.. sama-sama laa kita doa okay.

Tak tau nak berletiaq apa sebenaqnya tapi aku macam nak tulis sikit.

Pernah terfikir macam mana kehidupan seorang pengajar? Tak kisahlah apa panggilan sekalipun tapi melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Penat seorang tenaga pengajar ni tak semua orang boleh nampak dan rasa ye sampailah diri sendiri rasa. 

Untuk setakat ni aku dah pernah hadap ramai pelajar dari semua peringkat umur. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar kolej. Even tak lama dekat satu-satu tempat tapi pengalaman yang aku dapat tu buatkan aku berfikir "memang bukan senang ye nak menjadi seorang tenaga pelajar".

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab tugas hang bukan sekadar masuk kelas ajar dan balik. Tapi banyak.. contoh aku bagi, hang kena prepare diri sendiri dulu sebelum mengajar, kena prepare bahan, kena prepare mental dan fizikal jugak sebab lain pelajar lain kerenahnya. Lain umur lain perangainya. Aku dah pernah jumpa semua peringkat umur dan aku boleh nampak perbezaan tu.

Yang penting hang kena banyak bersabar dan tenang sebab kalau terlampau stress ini yang akan memberi tekanan untuk diri sendiri. Belum lagi orang sekeliling yang tak faham kerja hang. Depa ingat masuk kelas ajar itu ini then belah. Wooooo.. wait a minute.... mai sini dan ganti tempat aku baru hampa tau macam mana penatnya otak. 

Suka diingatkan aku bukan mengeluh. Takkk... sikit pun tak. Aku suka kerjaya ni sebab memang dari kecik aku nak kerjaya ni. Cuma aku mintak orang supaya faham tentang penatnya untuk terus berdiri dalam kerjaya ni. Bukan aku kata kerja lain tak penat.. bukan yee... semua kerja dalam dunia ni penat. Tapi kita kena ikhlas :) barulah Allah suka. Alla suka kalau kita penat sebab bekerja. Bukan buang masa je buat tahi mata. Lebihkan tidur dari bekerja.

Sampai sini saja sesi luahan hati untuk kali ni. Kalau ada lagi benda nak diluahkan aku taip disni aje. 

xoxo,
MissY