"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, March 25, 2022

Rapuh

Pernah rasa macam nak lari dari semua orang dalam dunia ni?😓

Aku faham kalau kalian pernah berperasaan begitu. Kerana aku juga pernah merasa begitu. Rasa hidup ini macam tiada apa untuk dibanggakan. Walhal banyak je benda yang boleh buatkan kita untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki setakat yang Allah bagi sekarang. Cuma kau je tak nampak dan tidak sedar dengan kelebihan diri kau berbanding orang lain. Kau tak perlu pun nak hebat macam orang lain. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Untuk apa kau iri dengan rezeki orang lain? Jika kau rasa rezeki mereka lebih dari kau bermakna kau tidak bersyukur dengan apa yang kau ada sekarang. 

Aku faham. Kau memilih untuk berdiam diri dan menghilang kerana kau takut untuk merasa sakit apabila melihat yang lain sedang bahagia dengan kejayaan masing-masing, kan? Tidak mengapa, ambillah seberapa banyak masa yang kau mahu untuk terus bangkit dan maju. Ingat, kegagalan hari ini tidak bermaksud kau gagal untuk selamanya. Ujian ini hanya untuk menguatkan kau dengan cabaran yang diberi. Semoga tetap tabah! Banyak lagi cabaran yang bakal kau hadapi. Dan ingatlah supaya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah bagi. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui segalanya berbanding kita manusia. Teruskan berdoa. Kalau bukan sekarang mungkin pada masa akan datang kau akan dapat apa yang kau doakan selama ini. Keep fighting!✌

xoxo,
MissY