"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, March 2, 2015

Resipi : Kek Coklat Moist

Asslammualaikum ! Haiii... :D

Resipi hari nie ialah Kek Coklat Moist... yummy ! xP *ini kukus punya okey ! hee...*
Aku kan hantu chocolate ! Suka sangat makan kek coklat nie.. So, belajar laa buat nie from my mom.. dia cakap nanti nak makan boleh buat sendiri.. Alhamdulillah, masa first time try buat menjadi.. laku.. cepat habis, bukak bekas nak makan je tengok dah habis ! Hahahaha...

Okey jom kita tengok cara nak buat kek coklat nie... xD


Bahan A :
1 ketul butter 250gm
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan susu manis

Bahan B :
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (diayak bersama)
1/2 sudu kecil soda bicarbonate

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan A dalam periuk atas api sederhana. Kacau sampai cair sehingga semuanya sebati *tak berketul-ketul* . Biarkan suam.

suam/sejukkan adunan 

2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan dalam adunan bahan A tadi.. *pastikan dah sejuk dulu baru masukkan, kalau tak nanti telur tu masak pulak.. kang tak pasal jadi telur goreng coklat ! hahaha*. Gaul kesemua adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati.

4. Panaskan kukusan.

5. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. *boleh sapu sedikit majerin pada acuan supaya kek tu nanti tak melekat pada acuan*


6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api sederhana. Adunan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih singkat.

Setengah orang suka makan macam tu je, macam muffin gituuu.. tapi aku suka letak coklat atas kek nie.. lagi sedap.. yummy ! hihihi.... so, nie cara-cara nak buat topping coklat ! :D

Topping Coklat :
1 sudu besar serbuk koko
1 cawan susu manis *kalau nak coklat lebih boleh tambahkan lagi*

Cara-cara :

1. Masukkan bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga cair. Gunakan cara double boiled.

Kek Coklat Moist

Haaa.. dah siap ! Senang je kan nak buat kek coklat.. tapi bab nak menunggu kek tu sejuk dengan masa kukus tu yang malas.. hihihi... xD

Okey.. selamat mencuba ! Good Luck ! ;)

Thank you dan Assalammualaikum..

Weird Lady,

Hobi

Assalammualaikum ! Haiii lagi... :D

Macam biasa.. aku still tak boleh nak tidur awal macam orang lain yang pukul 10 malam da tutup lampu segala bagai. so, aku nak bercerita pasal hobi lahhh ! Hihiii...

Semua orang mesti ada hobi masing-masing kan? Tipu laa kalau tak dak ! Menyanyi tu pun hobi apa... sapa tak pernah menyanyi dekat sini sila angkat tangan.. tak kan tak pernah... sedangkan semua orang pun tau lagu Negaraku.. kira pernah menyanyi laa kan? tak kan tak pernah menyanyi lagu Negaraku? nak kena buang negara nie.. hahaha... *ntah apa benda lah yang aku merapu nie.. -.-*

Okey, tapi aku bukan nak bercakap pasal menyanyi hari nie.. tapi memang menyanyi tu salah satu hobi aku jugak ! *suara pun macam katak tercekik lalat je! hahaha* tapi aku ada lagi satu hobi iaitu baca novel ! hahaha... yang mana kenal aku tau laa macam mana aku kalau jumpa novel, rasa macam nak beli je semua novel yang ada kalau pegi kedai buku.. jejak kaki dekat kedai buku je, tempat pertama aku serbu adalah rak buku-buku novel.. :P

 gambar hiasan, semester 3, Mesra Mall Kerteh :)

Okey ! Semua mesti tau kan cerita Asam Pedas Untuk Dia petang-petang pukul 6.30 hari Sabtu dan Ahad dekat TV3 tu? *promote sikit.. haha..* Haa.. cerita tu dari novel... aku dah baca novel tu, nak tunggu drama tv macam lambat je nak habis.. baca novel lagi puas hati sebab takde iklan.. boleh baca non-stop sampai habis.. *hampa boleh? aku tak boleh.. paling banyak aku amik masa 3 hari nak abiskan baca sebuah novel* xD

Tapi ! Aku bukan jugak nak cerita pasal asam pedas tu.. hihi.. kalau nak tau ending cerita tu tengok laa sampai habis ye drama tu, tak pun pegi beli novel tu.. hahahaha... :P

Disamping hobi aku yang suka baca novel tu, ada jugak terdetik dekat hati nie nak tulis novel ! Nak ada novel sendiri laa konon.. Waaa... kelasss kauu jahhh ! Sebenarnya lama dah niat nak buat, tapi tak terbuat lagi.. sebabnya sampai dekat chapter 1 je, terus takde idea nak tulis apa.. hahaha.. orang cakap nak tulis novel nie kena sabar, pastu kena banyak berimaginasi.. banyak idea.. macam mana cerita kita, macam mana watak yang kita nak buat.. memang susah.. tapi kalau berusaha mesti akan berjaya,kan? So.. korang doa-doakan laa aku.. supaya datang idea nak tulis novel nie.. hihihii.. inshaallah.. Aamiin.. :D *berangan lagi Alia !*


Haa... nie gambar koleksi novel yang aku ada.. tak da laa banyak macam orang lain yang penuh almari.. haha.. tu pun banyak yang hilang.. orang pinjam then jadi harta depa terus.. >.< jenis aku pulak... "takpa laa.. biaq ja.." --' banyak novel yang aku dah baca masa sekolah menengah dulu.. kadang-kadang kan ada je kelas yang cikgu tak dak laa, meeting laa, cuti laa, cikgu ganti yang masuk jaga kelas..

Library sekolah dulu tingkat atas kelas aku je.. so, aku pegi baca novel laa dekat sana.. *salah satu sebab suka pegi library sebab ada aircond !* :P hihihi.. setiap kali pegi library je aku mesti pinjam novel bawak balik rumah.. kadang sampai 3 buah aku pinjam ! padahal limit 2 je.. *maklum laa pengawas perpustakaan dulu.. baik dengan cikgu, boleh laa pinjam banyak-banyak ! hahaha...* :P
Hai teacher Parimala.... xD

I ♥ PANGLIMA BESAR ! *tetibaa... ._.* hahahaha.....

Okey, da pukul 3 pagi ! Sampai sini je laa aku melalut malam nie ! --'
I should get some sleep now.. nak jadi sleeping beauty ! :P *sila muntah sekarang ! hahahaha...*

Thank you dan Assalammualaikum ! xD

Weird Lady,

Sunday, March 1, 2015

DIA

Assalammualaikum ....

Aku coretkan ini khas buat si DIA ~ :)

DIA yang selalu ada dikala ku berduka..
DIA yang selalu ada membuat ku kembali tertawa semula..
DIA yang selalu ada dan memahami segala apa yang ku rasa..
DIA yang selalu ada untuk mendengar semua luahan hati ku..
DIA yang selalu ada dan setia bersama ku dari dulu hingga ke saat ini..
DIA yang selalu ada dan tahu saat aku perlukan seseorang untuk melepaskan segala lelahku..
DIA yang selalu ada untuk memberi semangat dikala aku terjatuh..
DIA yang selalu ada dan memberi nasihat dikala aku memerlukannya..
DIA yang selalu ada dan sanggup melayan kerenah diriku dengan penuh sabar dan gelak tawa..
DIA yang selalu ada untuk menghiburkan hatiku dengan lawak jenakanya..
DIA yang selalu ada disaat aku memerlukan seseorang..
DIA yang selalu ada dikala ku kesedihan seolah-olah tahu akan keadaan diriku yang sedang dilanda masalah..

Segalanya hanyalah DIA..
Terima Kasih buat segalanya..
DIA lah yang teristimewa buat diri ini..

"Doa itu senjata orang Muslim"

[04 April 2014 | Friday 11.53 AM]

P/S : dah lama simpan coretan nie, maka hari nie aku post dekat sini ! :)

Thank you and Assalammualaikum ! xD

Weird Lady,

Tips : Melupakan Ex-Lover

Asslammualaikum ! Haiiii.... xD


Alaaa... kenapa sedih-sedih tu?
Baru break?
Alahhh chill okay !
Tak mati pun kalau takde BF/GF nie..

 
So, hari nie aku nak kongsi tips untuk korang lupakan EX korang tu supaya korang tak sedih-sedih lagi ! ;)

Tips ini untuk orang yang dah bersedia melakukan perubahan yang besar dan drastik.
Dah ready nak baca? Let's go ! xD

1. First sekali, DELETE nombor telefon dia. Semua yang korang ada. *dah baca? delete sekarang ! hihii..*

2. REMOVE atau BLOCK facebook account dia sekarang ! WHATSAPP dengan WECHAT sekali okey? UNFOLLOW INSTAGRAM dia sekali ! *nie kena betul-betul serius nak lupakan dia baru boleh buat..* :P

3. Berhenti tengok blog dia, wall dia, pages dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, HENTIKAN semua okey !

4. Berhenti bertanya tentang diri dia. Nie asal jumpa kawan dia je, "eh, dia apa khabar? dah ada orang baru ke?" No way ! Stop it okay..

5. Delete email dia, mesej-mesej lama dia, atau cara-cara berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop sms, stop contact dia. Tak ada last call atau apa-apa. Stop everything for your own good.

7. Kalau boleh buang apa saja benda yang boleh mengingatkan dia. Gambar dan sebagainya. APA SAJA okey.

8. Padam lagu-lagu dan movie yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh buat korang mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik dekat dia tapi BUANG !

9. Lose everything, every single thing sehingga tak ada cara untuk trace balik.

10. Lastly, MEMAAFKAN DIA. Dari hati korang yang tulus dan ikhlas maafkanlah setiap kesalahannya yang dia lakukan. Biarlah dia pernah menjahati kita, pernah menghancurkan hati kita, curang dan sebagainya, it's okay. Itu antara dia dan Tuhan, yang penting dengan memaafkannya kita dah terlepas daripadanya. Selagi kita menyimpan perasaan marah dan dendam selagi itu kita tidak akan dapat melupakannya. :)


Okey.. itulah tips yang boleh aku kongsi dengan korang. Kalau dah ready boleh try ! Good Luck !

Dan jangan sesekali putus asa. Yakin dengan takdir Allah. Ujian diberi adalah untuk jadikan kita lebih bersabar dan kembali kepada-Nya. La Tahzan. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. :)

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sabar itu dinilai pada awalnya ujian" - Hadith Riwayat Bukhari

Thank you dan Assalammualaikum ! :)

Weird Lady,



Keistimewaan Air Limau

Assalammualaikum ! Helooooo... xD
Hari nie aku nak kongsi petua nak turunkan berat badan ! Mungkin laa boleh turun.. *tapi korang jangan berharap sangat ! hihii..*

Apa pun jangan gelabah, let's try this ! :D

Tahu tak air limau nipis yang korang minum tu boleh turunkan berat badan korang? Tak tahu? Ni laa nak bagitahu ni.. hihiii..


Cara-cara :

1. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.
2. Perahkan airnya ke dalam gelas berisi air sejuk.
3. Masukkan dalam peti sejuk.
4. Boleh dijadikan air minuman setiap hari selepas makan tengahari dan makan malam.

Cara nie boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan. Berat badan akan beransur turun. InsyaAllah. xD


P/S : actually aku pun tau pasal nie, and aku try guna pati jus limau dekat dapur yang mak aku guna untuk masak ! Hahaha.. masam sangat tapi sedap ! tapi aku tak minum hari-hari selama sebulan.. so, aku tak sure boleh turun berat badan atau tak ! hihihi :P why not korang try sendiri. xP

info : FACEBOOK

Thank you and Assalammualaikum !:D

Weird Lady,