"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, March 2, 2015

Hobi

Assalammualaikum ! Haiii lagi... :D

Macam biasa.. aku still tak boleh nak tidur awal macam orang lain yang pukul 10 malam da tutup lampu segala bagai. so, aku nak bercerita pasal hobi lahhh ! Hihiii...

Semua orang mesti ada hobi masing-masing kan? Tipu laa kalau tak dak ! Menyanyi tu pun hobi apa... sapa tak pernah menyanyi dekat sini sila angkat tangan.. tak kan tak pernah... sedangkan semua orang pun tau lagu Negaraku.. kira pernah menyanyi laa kan? tak kan tak pernah menyanyi lagu Negaraku? nak kena buang negara nie.. hahaha... *ntah apa benda lah yang aku merapu nie.. -.-*

Okey, tapi aku bukan nak bercakap pasal menyanyi hari nie.. tapi memang menyanyi tu salah satu hobi aku jugak ! *suara pun macam katak tercekik lalat je! hahaha* tapi aku ada lagi satu hobi iaitu baca novel ! hahaha... yang mana kenal aku tau laa macam mana aku kalau jumpa novel, rasa macam nak beli je semua novel yang ada kalau pegi kedai buku.. jejak kaki dekat kedai buku je, tempat pertama aku serbu adalah rak buku-buku novel.. :P

 gambar hiasan, semester 3, Mesra Mall Kerteh :)

Okey ! Semua mesti tau kan cerita Asam Pedas Untuk Dia petang-petang pukul 6.30 hari Sabtu dan Ahad dekat TV3 tu? *promote sikit.. haha..* Haa.. cerita tu dari novel... aku dah baca novel tu, nak tunggu drama tv macam lambat je nak habis.. baca novel lagi puas hati sebab takde iklan.. boleh baca non-stop sampai habis.. *hampa boleh? aku tak boleh.. paling banyak aku amik masa 3 hari nak abiskan baca sebuah novel* xD

Tapi ! Aku bukan jugak nak cerita pasal asam pedas tu.. hihi.. kalau nak tau ending cerita tu tengok laa sampai habis ye drama tu, tak pun pegi beli novel tu.. hahahaha... :P

Disamping hobi aku yang suka baca novel tu, ada jugak terdetik dekat hati nie nak tulis novel ! Nak ada novel sendiri laa konon.. Waaa... kelasss kauu jahhh ! Sebenarnya lama dah niat nak buat, tapi tak terbuat lagi.. sebabnya sampai dekat chapter 1 je, terus takde idea nak tulis apa.. hahaha.. orang cakap nak tulis novel nie kena sabar, pastu kena banyak berimaginasi.. banyak idea.. macam mana cerita kita, macam mana watak yang kita nak buat.. memang susah.. tapi kalau berusaha mesti akan berjaya,kan? So.. korang doa-doakan laa aku.. supaya datang idea nak tulis novel nie.. hihihii.. inshaallah.. Aamiin.. :D *berangan lagi Alia !*


Haa... nie gambar koleksi novel yang aku ada.. tak da laa banyak macam orang lain yang penuh almari.. haha.. tu pun banyak yang hilang.. orang pinjam then jadi harta depa terus.. >.< jenis aku pulak... "takpa laa.. biaq ja.." --' banyak novel yang aku dah baca masa sekolah menengah dulu.. kadang-kadang kan ada je kelas yang cikgu tak dak laa, meeting laa, cuti laa, cikgu ganti yang masuk jaga kelas..

Library sekolah dulu tingkat atas kelas aku je.. so, aku pegi baca novel laa dekat sana.. *salah satu sebab suka pegi library sebab ada aircond !* :P hihihi.. setiap kali pegi library je aku mesti pinjam novel bawak balik rumah.. kadang sampai 3 buah aku pinjam ! padahal limit 2 je.. *maklum laa pengawas perpustakaan dulu.. baik dengan cikgu, boleh laa pinjam banyak-banyak ! hahaha...* :P
Hai teacher Parimala.... xD

I ♥ PANGLIMA BESAR ! *tetibaa... ._.* hahahaha.....

Okey, da pukul 3 pagi ! Sampai sini je laa aku melalut malam nie ! --'
I should get some sleep now.. nak jadi sleeping beauty ! :P *sila muntah sekarang ! hahahaha...*

Thank you dan Assalammualaikum ! xD

Weird Lady,

No comments:

Post a Comment