"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, May 21, 2016

Nikah vs Belajar

Assalammualaikum..

Wahh lama betol aku tinggal blog nie.. Post birthday sendiri pun tak dapat nak up.. Hihihi.. Nampak benor busy dia tu.. Hahaha.. *poyo* Okay lah banyak benda aku nak cerita sebenarnya nih.. tapi satu-satu laa ye.. So, harini aku pilih nak cerita pasal forum semalam.. Haa forum apa? Forum Ustazah Fatimah Syarha dengan suami dia Dr. Farhan Hadi.. Sapa yang rajin tengok rancangan Fiqh Wanita dekat tv3 tu mesti kenal ustazah nie.. Haa, semalam dia datang universiti aku buat forum tajuk Pernikahan Vs Pelajaran.. Haa, sambil baca nie play lagu nasyid In-Team - Kasih Kekasih.. Mesti menusuk jiwa hampa. Hahahaha.. Okay joke.. Sebab semalam ada persembahan nasyid and depa nyanyi lagu favourite aku nih.. In-team pulak.. Kumpulan favourite dari kecik lagi.. Adoii.. Lemah semangat.. Hihi..

Ustazah bagitau semalam gambar poster nie masa dia konvo master.. hihi 
Isu yang banyak dibincangkan adalah berkenaan situasi pelajar yang ingin berkahwin sewaktu belajar dan pelajar yang sudah pun berkahwin. Nie just dari apa yang aku faham dan apa yang aku dengar semalam lah okey.. Hihi.. Banyak soalan yang diajukan semalam, aku pun tak ingat sangat.. Yang mana aku ingat aku bedal tulis je k.. Ahahaha..

Rumusan yang aku dapat buat dari forum nie ialah berkahwinlah sekiranya kamu mampu.. bukan saja dari segi kewangan tapi juga mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing lepas dah kawin nanti.. Sebab kawin bukan sehari dua, tetapi untuk hidup dengan pasangan kita sampai bila-bila inshaallah.. Kalau tak dapat jalankan tanggungjawab maka terjadilah kes cerai.. Haa tu antara sebab yang dinyatakan semalam. Aku just tambah sikit-sikit je..

Persoalan untuk mereka sudah mempunyai calon, tapi mak ayah ada calon lain, ataupun orang tengah tolong kenen-kenen kan tu, buat solat istikharah mohon petunjuk. Kalau taknak dengan calon pilihan orang tua atau orang luar boleh menolak, sebab dalam Islam, kita berhak memilih calon hidup kita sendiri. Tapi orang luar dan mak ayah still boleh bagi cadangan. Sebab tulah perlunya solat istikharah. Nak calon yang baik pulak, diri sendiri kenalah berubah dulu, bukan perfect boleh hafaz Quran tapi cukup lah sekadar baik dan tahu hal-hal agama. Semua manusia tak  perfect, maka pasangan kita nantilah yang akan sempurnakan apa yang kurang dalam diri kita dan begitu jugak sebaliknya. *haa ayat tu aku tambah* Aku tertarik dengan ayat "Allah tak pandang kejayaan kita tapi Allah pandang usaha keras kita dalam membuat sesuatu perkara". Haa, ayat nie memang paling masok dalam kepala aku. Macam-macam aku pikir lepas dengar ayat nih.. Oleh itu, usahalah untuk berubah sebab Allah nampak semua tu. Jangan putus asa. Bak kata orang "pasangan kita tu adalah cermin diri kita sendiri". Maka kalau rasa diri tak mampu lagi bersabarlah okay.. Macam lirik lagu in-team tu, "bersabarlah sayang saat indah kan menjelma jua". Sabar okay sayang.. Hahah.. Banyak ganjaran untuk orang yang bersabar nih.. :)


Haa.. ada satu soalan aku ingat, soalan dia.. si suami yang dah kawin lepas tu bila time study ada berkenan dekat perempuan lain sebab dia nampak perempuan tu lagi baik lagi cantik lagi perfect dari isteri dia.. Haa kecoh orang perempuan semalam lepas dengar soalan nie.. Hahahah.. Nak kena rejam laki dia nih.. Hahaha.. Okey, jawapannya senang je.. Syaitan.. syaitan nie selalu nak sesatkan kita, apatah lagi yang dah berkahwin, dia kalau boleh nak musnahkan ikatan perkahwinan nie dengan menampakkan orang lain lagi perfect dari pasangan kita.. Haa memang keja setan pun nak runtuhkan masjid.. Maka sang lelaki atau suami nie kenalah bersyukur, tundukkan pandangan.. Jaga hati, jaga mata, jaga diri.. Allah dah aturkan jodoh kita, kalau yang tu, memang yang tu lah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah okay. Kalau macam ustazah cakap semalam, kita boleh buat syarat taklik supaya lebih mempercayai pasangan kita.. nie nak mengelakkan cemburu buta.. :)


Haaa aku rasa itu saja kot perkongsian aku dari forum semalam.. Kalau ada tertinggal tu sorry lah.. Best sebenarnya majlis ilmu macam nie, boleh tingkatkan pengetahuan diri kita.. inshaAllah.. Maaf andai ada salah silap dari penulisanku ini.. Saya juga hanya manusia biasa yang melakukan kesalahan.. :)

Thanks for reading ! Babaii...
Assalammualaikum..





XOXO,
MissY ❤