"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Thursday, November 24, 2016

Inspiration ❤

Assalammualaikum..

Macam biasa laa, bila ada cerita yang agak menarik untuk dikongsi aku akan tulis dekat sini. Bukan nak suruh orang baca pun tapi untuk diri sendiri je sebenarnya. Hehehe.. So, semalam aku ditugaskan untuk interview seorang personaliti UTHM untuk dijadikan lukisan potret projek asas grafik aku untuk semester nie. Aku dengan 2 orang lagi ahli kumpulan aku, Farah dengan Hanim. Antara banyak-banyak benda yang diceritakan tu aku tertarik bila Dr cakap dia suka menulis dan dia ada blog. Dalam hati aku "wah boleh tahan Dr nie." Blog tu dia cakap dia aktif masa zaman belajar tapi aku tengok tadi ada laa jugak dia post tahun nie. So masih boleh diaanggap dia aktif. Yang buat aku tertarik sebab aku pun suka menulis dan memang ada blog. Memang banyak buku yang dia terbitkan. Memang wow lah Dr nie aku cakap dalam hati aku. Dan memang betullah apa yang dia cakap, blog nie kita sebenarnya suka-suka je nak tulis, sebab masa kita rasa down kita boleh baca balik apa yang kita post tahun lepas-lepas. Memang aku setuju lah dengan pendapat dia tu sebab memang itu yang aku buat pun selama ada blog nih. Dan bab menulis pun memang aku minat cuma belum ada masa yang sesuai nak mulakan, niat hati nak cuba tulis novel. In Shaa Allah satu hari nanti akan keluar seorang novelis bernama Alyea Rafee. Chewahh.. nama glamor kononnya. Hehehe.. Berangan kuat ! Tak salah pun, tak kena bayar. Hehe.. So, berbalik kepada cerita Dr tu tadi. Dari apa yang kami interview nampak laa dia nie sebenarnya okay, nampak je macam garang, serius, tapi lawak juga orangnya. Jadi.. wish me luck for my lukisan potret yang kena hantar minggu depan ! Oh my God !! Aku memang takdak basic art, melukis, warna apa semua nie memang tak reti tapi aku suka sebenarnya. Yang penting minat baru boleh jadi. And tambah pulak Dr nie minat melukis. Mati laaa kalau dia tengok aku lukis muka dia nanti tak cantik. Hahahahahaa.. Hadoii berdebaq jantung ceq ! Huhu..

Okay laa setakat nie dulu kot. Nanti in shaa Allah aku share lukisan aku semua dekat sini untuk post yang akan datang. Hehehe.. Nak p baca blog Dr tu sat ! Hampa jangan taktau, melalui blog nie pun kita boleh kenal personaliti seseorang tu tauuuu.. So, selamat mengenali diriku.. Hahaha tetiba.. Okay.. Babaii....

Thanks.

xoxo,
MissY ♥

Tuesday, November 22, 2016

Bingkisan Hati ❤

Dikala kau merasa tidak mampu untuk tersenyum, kenanglah kembali saat-saat yang paling bahagia dalam hidupmu. Dan percayalah disebalik setiap titisan airmata kau itu akan ada sinar cahaya di masa hadapan. In Shaa Allah. Dikala hati kau tidak mampu untuk menerima segala ujian buat dirimu, percayalah bahawa Tuhan itu tidak akan menguji kepada mereka yang tidak mampu untuk mengharunginya. Dan yakinlah bahawa ujian itu adalah untuk membuatkan kau lebih kuat dan tabah dalam hidup.