"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Sunday, October 27, 2013

5 days to go ! ^_^

Assalammualaikum...

petang nie sejuk je sebab kat luar tu hujan lebat ! rasa nak pergi main hujan je tapi memikirkan minggu depan adalah minggu untuk berperang kat poli tu pulak. perang apa? jeng jengg ! minggu depan aku dan semua kawan-kawan yang tengah praktikal sem nie kena balik poli untuk present LI kami semua nie...wish me luck korang ! hehe... :)

kalau nak ikotkan tarikh aku naik bas tinggal lagi 5 hari je sebelum present ! so, minggu nie je minggu last nak selesaikan segalanya...report pun boleh kata dah 90% dah siap...tapi aku still tak puas hati dengan report aku tu...so aku turunkan jadi 80% ! tarikh present aku 7hb nanti...ngeeee....ada lagi masa...insyaAllah Alia boleh ! fighting fighting !! :D

dalam hati sebenarnya bukan excited sebab nak habis LI nak pergi present pun ! tapi sebab nak jumpa balik dengan semua kawan-kawan dekat poli tu :D hehehe...serius rindu sangat-sangat ! bayangkan lima bulan tak jumpa...hanya chat dekat facebook je...aku tak boleh bayangkan bila dah habis belajar nanti macam mana...mesti susah nak jumpa n kumpul balik ramai-ramai ! jadi masa setahun yang ada dari sekarang kena gunakan dengan sebaik-baiknya ! ;)

semoga segalanya dipermudahkan buat aku dan juga kawan-kawan lain..insyaAllah..Amin Ya Rabbal Alamin...

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Sunday, September 22, 2013

Apa Itu Period Pain??

Assalammualaikum ! hai...selamat malam ! korang dah makan? kite baru lepas makan tadi..hihi..alhamdulillah..lauk hari nie lauk orang sakit..dah macam dekat hospital pulak rasa...oke stop pasal lauk..sebenarnya tak taw nak cerita apa post kali nie..tapi aku ada teringat pasal satu hal nie..nama dia PERIOD PAIN ATAU SENGGUGUT ! haa...ada jugak orang yang tanya aku macam mana sakitnya period pain nie sebab mereka tak tahu pasal period pain nie..ada jugak yang penah rasa pun macam mana sakitnya period pain nie kan? jadi aku rasa aku nak cerita sikit pasal period pain nie..sumber-sumber nie semua pun aku amik dari internet dan dari pengetahuan sendiri jugak :)

Period pain ATAU senggugut ini terjadi semasa kaum hawa or wanita ni sedang dalam masa/tempoh haid....selalunya period pain ni akan terjadi pada hari pertama hingga hari ketiga...kiranya 3 hari ni memang totally worse la...memang kena jaga gila-gila punya hati kaum hawa nie sebab mood dia memang tak menentu...rasa sakit dia pulak macam...ermmm....
- Pinggang rasa sengal
- Perut bahagian bawah (area peranakkan) rasa macam nak roboh atau jatuh kebawah *nie perasaan je tau! sebenarnya tak jatuh pun...hahahaha*
- kadang-kadang rasa cramp di perut, which mean, rasa sakit dia macam perut ni kena genggam kuat2 macam ada orang nak tarik or senang cerita, macam rasa kena perah2 la perut ni...*aku pun tak taw nak cerita sakit dia macam mana...hahaha*
- sakit perut ni boleh buat sampai orang tu berguling-guling...and kadang-kadang rasa mengilu di area tulang belakang...

bagi orang yang mempunyai masalah kurang darah atau low blood presure...dia akan rasa kebas2 di hujung jari, sebabnya kehilangan banyak darah time nie...then akan cepat rasa pening n boleh pengsan or pitam. *teruk kan??*

However, sakit bersalin pulak...aku cerita sikit lahh ye :) mengikut pengalaman orang lain...hahaha yela, aku tak kawin lagi, how do i know ape rasa dia kan?? menurut sumber yang boleh dipercayai ini, beliau kata...sakit dia lebih kurang macam period pain, tapi lagi teruk sampaikan boleh rasa kebas di kawasan pinggang ke bawah...

So, guys out there...kalau your gf, tunang or wife kata period pain itu sakit...yes...memang sakit! sangat sakit! serius! kalau lelaki yang menghadapinya...aku rasa lelaki tak cukup kuat untuk menahan....lagikan kalau sakit bersalin...sakit dia, hanya tuhan saja yang tahu....menahan sakit tu macam antara hidup dan mati....nyawa seperti berada di hujung tanduk je...sebab tu kalau wanita yang mati sebab bersalin nie dikira mati syahid..sebab setiap kali anak tu lahir semua dosa wanita itu akan dihapuskan..
 

Guys, kalau korang rasa sakit perut untuk buang air besar yang memulas-mulas itu adalah sakit yang amat sangat...kalau nak tau, sakit untuk period pain & bersalin adalah berganda-ganda lebih sakit daripada tu.....tapi, itu lah pengorbanan seorang wanita demi menyambung zuriat suami dan umat islam di dunia ini...
So for guys, hargailah wanita yang berada di samping anda...especially isteri yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda dan juga ibu yang melahirkan dan membesarkan anda...

For all lovely women out there...you are rock girl!! hahahahahaha sangat tough and berani untuk menghadapi pelbagai kesakitan dan kepayahan untuk menjadi seorang wanita, isteri & ibu kepada mereka-mereka yang terpilih...Alhamdulillah..Allah jadikan kaum Hawa wanita yang kuat ! :')


buat mereka (perempuan) yang tak pernah merasa macam mana sakitnya senggugut nie..apa yang aku boleh cakap anda sangat bertuah..hahaha...okey lahh sampai sini je kot post kali nie :) 


bagi yang menganggap benda nie personal saya mohon maaf..tujuan dan niat hati saya hanya ingin berkongsi kepada mereka yang tak tahu..sekian..harap info yang sedikit nie boleh buat korang faham :)
 

Sunday, September 8, 2013

sakit itu nikmat :)

Assalammualaikum....hai semua...korang sihat tak? Alhamdulillah kalau korang semua sihat belaka :) aku kat sini tak sihat ! :( hurmm....seminggu dua nie cuaca tak elok..kejap hujan kejap panas..aku nie pulak jenis tak tahan...terus je dapat sakit ! haa....firstnya batuk lahh..tunggu lagi seminggu dua pulak nanti datang selsema pulak then demam pulak...selalu kalau sakit macam nie laa...mesti dimulakan dengan batuk dulu...huhu...kalau sihat tu sihat sangat-sangat tapi kalau dah sakit lambat pulak nak baik even dah makan ubat ! xpela...redha je...orang cakap sakit tu dapat hapuskan dosa kita...Allah sayang kita sebab tu dia bagi kita sakit...contoh yang aku baca dekat satu blog nie...dia cakap macam nie...

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


selain itu......

 Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)

Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)


Sakit itu ada hikmah, jangan la sampai mengeluh sakit yang ditimpa, itu ujian untuk kita. Walaupun sakit, jangan lupa kepada Dia dan solat lah mengikut kemampuan.

Sakit tu penghapus dosa, kita yang banyak buat dosa ni, kalau ditimpa sakit, jangan la mengeluh sana sini, sakit tapi dosa kita dihapuskan. Sakit di akhirat tiada bandingan dengan sakit di dunia ini iaitu hanya lah sekadar ujian daripada Dia. Semoga kita semua dan seluruh umat Islam diberkti,Amin.


 itu yang dapat aku kongsikan selain dari bercerita tentang sakit aku nie :) selain dari punca cuaca kat sini mungkin jugak aku sakit sebab stress dengan macam-macam benda yang nak kena fikir...sakit kepala tu tak payah cakap lahh..boleh dikatakan setiap hari aku sakit kepala...nak pergi check takut lain pulak jadinya..huhu...sem nie paling teruk sekali aku rasa..hmm...belum masuk sem 5 lagi..tak taw laa nanti macam mana aku nak handle diri aku nie...harap aku boleh..

lagi pun sibuk dengan siapkan jurnal n report nie...dapat call pulak dari lecturer yang nak datang pantau..sibuk siapkan apa yang patut...orang lain rileks je aku tengok bila lecturer nak datang pantau tapi aku nie yang takut lebih =___= HAHAHA ! nak buat macam mana..aku memang jenis kuat gemuruh...tapi kalau tengok cerita hantu takde pulak nak rasa takut macam nie , serius aku pelik ! HAHA -,-''

teringat pulak ummi cerita masa kecik-kecik dulu aku selalu nangis bila orang yang tak kenal datang dekat dengan aku..padahal orang tu bukan datang nak amik aku ke nak dukung ke ape , lalu sebelah je pun...hahaha...ntah ape-ape je -__- cukup lahh flashback yang agak memalukan tu..hehe..tapi itulah aku..sebab tu sekarang pun ramai cakap aku sombong..sebab aku lagi suka diam , mendengar dan melihat kelaku orang keliling aku..tapi aku tak kisah sebab family aku dan orang terdekat aku kenal sifat aku macam mana...mungkin dekat poli je aku macam tu..balik rumah baru taw siapa Alia Nabila..hahaha :D tapi kawan-kawan rapat tu sememangnya taw perangai aku...aku bukanlah sombong seperti yang dikatakan...cuma yang kenal saja taw aku :) ehhh...lari tajuk banyak dah nie..nak cerita pasal sakit je sebenarnya...hmmm...bila dah boleh menaip tu tak ingat apa dah..haa...keluaq dah Kedah tu..hehehee...saya anak jati Kedah ! *tiba-tiba* -_____-

InsyaAllah lepas dah baik dari sakit nie aku nak fokus sepenuhnya dekat report nie...kenapa nak tunggu lepas baik ? sebab masa sakit nie serius aku tak boleh fokus nak buat kerja...kat rumah ke kat ofis ke semua serba tak kena...okey aku cerita sikit dekat sini antara yang tak kena tu adalah.....

masa kat ofis aku kena backup semua folder sebiji laptop nie dari laptop lama dia..malangnya aku backup tak habis semua..nasiblah laptop lama dia tu belum format lagi kalau tak sape nak jawab?? memang matilah aku..dia tu lecturer..memang banyak lah benda dia simpan...hmm....dekat rumah pulak aku nak buat telur goreng...masa nak pecahkan telur tu ntah ape yang aku fikir terus je aku pecahkan dalam tong sampah kecil kat tepi sinki dapur rumah aku tu...masa pecahkan tu aku macam tak sedar..roh aku melayang-layang badan aku je ada dekat dapur tu..bila dah sedar telur yang aku pecahkan tu dah masuk dalam tong sampah..terus aku jerit..ummiii !!! pastu aku gelak *nak tutup kesalahan* =____= apa lagi boleh buat?? hmm....takde rezeki nak makan telur tu...kadang-kadang pelik dengan aku nie sebenarnya...ummi cakap aku suka termenung...bukan termenung apa pun...tiba-tiba jadi tak sedar...not my fault :P *masih taknak ngaku salah sendiri* huhuu.....

enough bout that ! taknak ingat pun...huhuu...apa pun aku nak tamatkan sem 4 dengan jayanya ! tinggal lagi sebulan lebih je nak siapkan semua nie....aku nak dapat CEMERLANG untuk sem nie ! hehe...azam untuk sem nie...boleh camtu??? boleh je..kenapa tak boleh pulak kan?? InsyaAllah....doakan yang terbaik untuk aku okey ! sayang hampa banyak-banyak lahh ! :)

sekiann......TAMAT cerita merapu aku disini :P terima kasih sudi pinjamkan mata dan buang masa hampa untuk baca post nie..panjang berjela...HAHAHA...byee ! :)

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Tuesday, September 3, 2013

Still Into You ♥

Assalammualaikum...hari nie terasa nak update lirik lagu lahh pulak ! :)
anyway mood aku dah okey..tu sebab aku tukar lagu dekat blog nih ! jom kita dengar sama-sama..boleh nyanyi sekali sebab ada lirik dah dekat bawah ! :)

Still Into You ♥

Can't count the years on one hand that we've been together 
I need the other one to hold you, make you feel, make you feel better 
It's not a walk in the park to love each other 
But when our fingers interlock, can't deny, can't deny you're worth it 

'Cause after all this time, I'm still into you
I should over all the butterflies, but I'm into you 
And baby even on our worst nights, I'm into you 
Let 'em wonder how we got this far, 'cause I don't really need to wonder at all 
Yeah, after all this time, I'm still into you 

Recount the night that I first met your mother 
And on the drive back to my house I told you that, I told you that I loved ya 
You felt the weight of the world fall off your shoulder 
And to your favorite song we sang along to the start of forever 

And after all this time, I'm still into you 
I should over all the butterflies, but I'm into you 
And baby even on our worst nights, I'm into you 
Let 'em wonder how we got this far, 'cause I don't really need to wonder at all 
Yeah, after all this time, I'm still into you 

Some things just, some things just make sense 
And one of those is you and I (Hey...) 
Some things just, some things just make sense 
And even after all this time (Hey...) 
I'm into you 
Baby not a day goes by that I'm not into you 

I should over all the butterflies, but I'm into you 
And baby even on our worst nights, I'm into you 
Let 'em wonder how we got this far, 'cause I don't really need to wonder at all 
Yeah, after all this time, 
I'm still into you 
I'm still into you 
I'm still into you 

yeahh ! suka pulak lagu nie...fahami lirik dia :) thanks for visiting ! have a nice day ♥

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ


Wednesday, August 28, 2013

Terima Kasih ! =)

Assalammualaikum...sebenarnya ade dekat ofis nie haa..ada masa free nie curi-curi update blog kejap..lama dah tak update nie...hehehe :)

sebenarnya takde ape nak cakap sangat pun...alang-alang aku tukar lagu baru dekat blog nie,so aku letak laa lirik lagu nie dekat sini sambil-sambil baca korang boleh nyanyi sekali kan? aku suka lagu nie..suara penyanyi dia slow je..lagu nie meaning dia happy walaupun dengar muzik dia slow macam sedih..tapi lirik lagu nie umtuk orang-orang yang tengah bahagia dengan pasangan masing-masing..elok laa korang dengar lagu nie..ehehehe ;) jom kita nyanyi sama-sama....

TERIMA KASIH - iamNEETA

Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
sebab nak update jugak nie adalah sebab arini dah genap sebulan arwah maktok ku pergi meninggalkan kami semua untuk menghadap kembali Maha Pencipta..sedekahkan Al-Fatihah buat arwah maktok..semoga tenang disana..Amin.. 
thanks for visiting ! enjoy your day ~ sekian...Assalammualaikum.
Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Friday, June 28, 2013

Salam Jumaat

Assalammualaikum ! Salam Jumaat untuk semua :)
Alhamdulillah...masih bernafas sehingga ke hari ini..Allah sayang kita..Dia bagi kita peluang untuk bertaubat dan jadi lebih baik daripada yang sebelumnya.

hari nie aku tak pasti apa untuk diceritakan...cukup lah aku cakap yang aku rindu sangat dekat kawan-kawan aku...baru masuk dua minggu LI...tapi dah dok teringat poli tercinta dekat DUNGUN tu..kikiki...time dok sana sibuk ja nak balik KULIM..dah ada sini sibuk nak p sana pulak dahh...huhu...bukan apa...i just need their support ! i need my friends... ! depa ja taw apa yang aku tengah lalui sekarang nie..dekat family aku tak pernah nak cerita pun..cukuplah hanya senyuman palsu yang mampu aku bagi depan family..aku kena tunjuk aku happy dengan hidup aku sekarang depan depa walaupun hati aku nie dah pecah berderai macam cawan kaca yang halus tu.....kalau nak cantum balik maybe boleh tapi takkan sesempurna seperti sebelumnya....

hari nie 28/6/2013 aku dah tekad dengan jalan yang aku pilih nie..maybe cara nie yang terbaik untuk semua orang...termasuk diri aku sendiri...insyaAllah...doakan yang terbaik buat diriku....aku pun tak taw apa sebenarnya yang jadi sekarng nie...kepala aku dah serabut fikir benda yang tak penting nie...sangat serabut...dan boleh menjejaskan aku punya praktikal ! dan aku tak mau benda tu jadi...jadi....aku akan duduk berbincang dan selesaikan benda nie secepat mungkin ! yeah ! aku kuat ! aku boleh hadapi semua nie....aku taw aku boleh ! sebelum nie pun benda sama dah jadi..dan aku dah lali dengan benda macam nie...sama ja semuanya..mungkin belum ada yang tepat ! insyaAllah....Allah tu maha mendengar...Dia dengar semua luahan hati dan doa kita kepadaNya...cuma cepat atau lambat saja untuk ditunaikan....aku taw benda tu....dulu aku pernah berdoa mintak dengan Allah..dan Alhamdulillah...doa aku tu kini dah termakbul....syukur sangat ! setahun masa yang agak lama untuk aku tunggu....tapi berkat kesabaran aku tu ada hasilnya....syukur ! "jika doa kita dimakbulkan Allah maka bersyukurlahh..tapi jika doa kita tidak dimakbulkan...janganlah kata Allah itu kejam...kerana mungkin Dia ada jalan yang lagi baik untuk kita"....aku selalu pegang ayat tu dalam hidup aku....sebabnya...kalau apa yang kita mintak tak dapat..kita takkan cepat putus asa..takkan senang menyerah...dan akan membuatkan kita lebih kuat...tapi tu pendapat aku laa...pendapat orang lain mungkin berbeza...semua ada cara masing-masing :)

agak panjang aku melalut hari nie...patutnya ada lagi tapi cukuplah sampai sini saja...cuma doakan supaya apa yang aku niat untuk buat tadi tu berjalan dengan baik dan tak dak sapa yang sakit hati dengan apa yang bakal aku lakukan :)  dan semoga hidup aku akan kembali ceria seperti sedia kala bak kata kawan-kawan aku...aku nie dulu ceria dan depa rindu nak tengok aku yang dulu tanpa ada lakonan senyuman yang palsu nie :) insyaAllah aku akan jadi macam tu..hampa kena doa dekat aku dan sokong aku oke kawan-kawan :') ada jugak kawan aku cakap..aku nie jenis yang suka pendam ! sebab tu selalu cepat sakit.... :') aku hargai hampa semua..aku syukur dapat kawan macam hampa...tak semua orang boleh faham perangai aku..sifat aku nie macam mana...Alhamdulillah.....aku sayang hampa sangat-sangat ! sekali kawan dengan aku tetap kawan selamanya...insyaAllah aku tak lupa hampa semua ! support aku plez kawan-kawan :'(

sekian....sampai sini dululah merapu meqaban aku nie :) Salam Mahgrib...

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Saturday, June 22, 2013

First Day Practical !

Assalammualaikum semua . Selamat tengahari . dah makan ke? saya belom lagi :) hehee

oke..untuk pengetahuan semua saya da memulakan praktikal saya minggu nie..so,hari nie aku cuti :) yeahh ! HEAVENnya rasa ! bila dah keja nie rasa time belajar lagi best..sebabnya aku pun tak pasti,..yang pasti bila aku dah ada dekat sini,aku rindu sangat dengan kawan-kawan poli...rasa kosong sangat ! macam dalam dunia nie aku sorang ja ada..aku pun tak taw kenapa aku rasa macam tu :'( semalam masa berWECHAT dengan depa pun hampir mengalir airmata aku..huhuu..tapi aku tahan je..sebak je rasa..hurmm..feeling apa lahhh terok sangat aku nie :(

oke laahh..teruskan dengan tempat praktikal aku nie pulak okee...untuk minggu nie belom banyak kerja yang aku kena buat..cuma kena install software dekat lab IT untuk pelajarUniKL nie guna...penat jugak laa walaupun install saja..ada 30 biji PC dalam lab tu..aku amik masa 2 hari untuk siapkan semua..tu pun ada 5 PC tak boleh guna..tapi kira oke laa..aku belajar jugak cara-cara nak install MasterCam tu...yang tak best pasal install nie sebab nak kena tunggu lama..sampai mengantuk aku dibuatnya..nasib laa tak tertidur dalam lab tu..dah laa dalam lab tu ada CCTV..nanti tak pasal depa cakap aku curi tulang pulak ! hahaha !

dekat sini staff dia semua oke belaka :) cuma minggu nie depa busy sikit dengan Karnival Sukan Mahasiswa dekat UniKL tu...UniKL nie jadi tuan rumah..so,memang busy laa kan..tak sempat sangat nak bersembang dengan aku...kat sini banyak unit..aku duduk dekat unit IT laa kan...kos aku pun IT...dekat unit nie ada 5 orang..ofis kami dekat tingkat atas..dekat ofis nie sorang je perempuan,Kak Zura...yang lain semua laki..En.Adi,Abg Haza,Abg Shah dengan Abg Faizul...mula-mula aku segan jugak dengan depa nie..tapi lama-lama oke laa jugak...huhu..

hmm...rasanya itu jelaa kot untuk post kali nie...insyaAllah aku update lagi hari lain..and aku tengah excited nie nak pergi kenduri kawan sekolah aku hari Sabtu minggu depan :) Alhamdulillah jodoh dia dah sampai . Aminn . nanti aku tulis pasal wedding dia pulak oke ! ;) Assalammualaikum semua...have a nice Saturday ! selamat berehat bagi yang bercuti tu . Papaii !

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Sunday, June 16, 2013

Day Before Practical

Assalammualaikum . lama tak menaip :) hari nie ada masa sikit sebelum mula praktikal esok....so,update je laa :) hehehee....

esok merupakan first day aku punya internship life ! aicewahh .... merasa pengalaman kerja time belajar nie ;) tujuan sebenar memang nak belajar pun . nie laa kelebihan student politeknik ... ada praktikal bagai...huhuhuu..tapi yang nak peningnya time buat report laa...tapi insyaAllah aku boleh ! cyaiyok Alia !! ;)

ramai kawan-kawan lain yang dah pegi arini . sepatutnya aku pun kena pegi arini...tapi sebab UniKL tu cuti hari Sabtu dengan Ahad...so,aku punya praktikal mula esok laa . heee :D yang bestnya semua mesej aku cakap "duduk saja ja...bosan". hahahaah...first day memang laa macam tu..ada jugak da mula buat keja...yang kena buat sistem pun ada...huhuu...takot pulak dengaq...apa laa nasib aku esok -_- hmm....apa pun doa ja laa semoga semuanya dipermudahkan ;) Aminn....

oke laa..sampai sini je dulu melalut...xde benda dah nak merapu -_- heee...simple saja post kali nie . have a nice Sunday :D

Assalammualaikum

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Wednesday, May 22, 2013

Sakit Kepala !!

Assalammualaikum.....selamat malam semua !
aku sebenarnya tak berapa larat nak menaip nie..dah nak tidur rasanya..tapi sebelum tidur aku nak kongsikan INFO ine sikit dengan hampa semua...kebetulan aku tengah sakit kepala sekarang nie..aku pun tak taw apa punca dia..mungkin sebab aku banyak mengadap LAPTOP kot...nak buat macam mana...kos aku amik pun kos IT..memang comfirm lah kena banyak mengadap laptop..hurmm...pastu sebab tak cukup tidur sama kot..masa kat Dungun lahh..sekarang aku dekat rumah..mungkin baru sekarang effect dia...memang terok sakit kepala aku nie..sampai nak solat pun susah..nak bangun dari rukuk n sujud je aku rasa melayang-layang pastu berdenyut-denyut..rasa nak nangis pun ada...tak tahan sakit sangat..huhu..tengok laa esok...kalau tak baik jugak memang aku pegi check dekat KLINIK je laaaa jawabnya....hemmm :(

okelah...oleh sebab aku sakit kepala nie aku p laa cari kat internet sebab-sebab sakit kepala nie...aku jumpa laa artikel nie....

Punca2 / Sebab2 Sakit Kepala


1. Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.

2. Perokok Pasif- Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala

3. Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat

4. Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu

5. Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan

6. keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu 

sebab tu aku tak suka bau rokok dan orang yang merokok ! huuu....ada lagi yang lain tapi aku amik yang nie je lahh...kalau nak taw hampa p laa baca sendiri oke ;) nie pulak petua nak hilangkan sakit kepala....

Cara mengatasi tanpa menggunalan ubat :


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata ...rilekskan otot mata punca sakit kepala

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah

4. Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman. 

nie pulak petua yang berkait dengan Islam sikit...insyaAllah lega....


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 


2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 


5. Baca Surah An-Nas (1kali) 


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)


NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. 

colourfull sikit blog aku hari nie..ape pun selamat membaca..pada yang tengah sakit kepala tu ke boleh laa try..kalau tak lega jugak cuba lahh petua lain..banyak lagi petua lain...kalau tak baik jugak lagi elok lahh jumpa doktor dan check...takut ada benda lain pulak kan :)

thanks for visiting ! Good night , sweet dream !

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ


Tuesday, May 14, 2013

cuti sem !!

Assalammualaikum...hai awok-awok ! :)
sebenarnya tak taw pun nak tulis apa...huhu..tapi bosan tahap gaban..tangan nie pulak gatai nak menaip :P
aku main taip ja laa apa benda yang hati aku tengah cakap dan otak aku tengah fikir :P HAHA . merapu terok dah nie -_-

anyway...sekarang aku tengah jadi QUEEN dekat rumah sebab tengah cuti semester..hehee (QUEEN laa sangat -__-) hmm...walapun happy duduk dekat rumah tapi aku rasa boring sangat-sangat tahap gilaaaa...ngeee..tak taw nak buuat apa...huhuu...bila dok jauh gaduh nak balik rumah..bila dah duduk rumah tingat kat sana pulak...hahah..lumrah laa tu....hampa kalau hampa kata hampa tak macam tu nampak sangat hampa tipu...hehehe :P

dah duduk rumah nie merata ikot mak aku...sibuk dengan kenduri bagai...tunang ada...kawin ada...akad nikah pun ada...ehhh...da kawin mesti laa ada akad nikah ! haha ~ bengong betoi -.-''
so untuk menghilangkan boring aku dekat rumah nie...aku baca novel ! hehehe :)
nak taw novel apa? cite nie tengah femes kat TV3 ;) gara-gara Izzue Islam yang hensem dan comel tu :P hahaa...mesti hampa dah taw kan novel apa yang aku baca...mestilah Sebenarnya Saya Isteri Dia.....heheheheeh :)


nie diaaaaa.....novel tu....baru dok muka surat 147...hahaha...tebai nak mampuih :P

sekarang nie tengah tunggu result kuaq jaa...wish me luck...doakan yang baik-baik buat saya ye awok-awok :) InsyaAllah....Aminnnn :) 

oke laaa....rasanya setakat nie dulu lahhh pengUPDATEtan blog aku nih.....hehehee....malam-malam nie ayat merapu keluaq banyak sangat dah....selamat  malam . sweet dream readers ku sayangg ! :)
Assalammualaikum...
Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Sunday, April 28, 2013

apabila bosan :)

Assalammualaikum my sweetie readers :)

mood menaip aku dah datang..banyak sebenarnya aku nak cerita dekat sini tapi sayang benda tu semua PRIVATE. tunggu je laa aku update dekat blog lain...blog tu private sikit so orang yang kenal aku tak boleh baca ! HAHA ! :D hmm...dekat blog je aku boleh nak luah rasa hati aku nie . susah nak cakap depan-depan . alasan aku takmau cakap depan-depan sebab taknak gaduh . tu je ~ :( kalau si dia baca...silakan lah awak ehhh :) saya lebih selesa tulis kat sini . maaf !

cuti minggu nie bosan . sebab duduk rumah je . hujan pulak . bertambah bosan bila fon pulak DIAM atau SILENT . hahaha ~ great weekends for me :/ tq !
tapi tak kisah laa bosan duduk kat rumah pun sebab final exam aku pun tak habis lagi . ada lagi satu paper je . tapi paper tu lambat lagi . 2 May 2013...so ade masa nie aku berehat je dekat rumah . lagipun nak kemas barang sebab nanti dah nak abis semester . semester depan aku akan pergi buat LATIHAN INDUSTRI . aku buat dekat UNIKL kat KULIM tu je . haha ~ dekat sikit dengan rumah aku . malas dah rasa nak duduk jauh-jauh . sebab bila aku rasa LEMAH sebab satu-satu benda , aku nak family ada dekat aku . *bukan saya je , awak-awak yang baca nie pun mesti nak family dekat dengan kita kan bila kita rasa sedih,patah hati dan sbagainya?*

alang-alang dah update nie . nak jugak aku cerita pasal besday aku aritu :) 20 APRIL 2013 
haha ~ best sangat sebab aku telah berjaya diCOMOTkan oleh housemate aku nie semua :D


dari kiri FARAH,me,FARAHIN,BALQIS,AZI,SHIMA,DHADA

haaa...mesti korang tertanya-tanya kan ape yang depa nie buat dekat aku? *tak tertanya-tanya pun xpe* HAHA ! sebenarnya aku dah taw depa memang ada rancangan nak kenakan aku malam tu . memang tipu laa kalau kata takdak kan . tapi aku tak taw bila depa start merancang tu . salah satu sebab aku syak tu sebab semua pakat tidoq lambat malam tu , selalunya awal lagi pakat lena dah . haaa...nampak dak permainan depa kat situ? haha . satu lagi sebab kantoi tu sebab tiba-tiba semua keluaq duduk kat luaq rumah . konon nak amik angin laa , tengok BA** laa, apa laaa .... hahaaha :D banyak dah kantoi kat situ . hahaa :P

oke....yang boleh buat aku keluaq tu sebab depa dok panggil-panggil...nak buat GWIYOMI laa bagai , aku pun kesian..satg hajat nak kenakan aku tu tak sampai...aku pun keluaq laa duduk kat luaq tu..haha..sempat lagi dok menyemabang kat luaq tu...pakat dok tacing dengan aku..hahaha...pastu tiba-tiba aku rasa PANGG!!! ada benda pecah atas kepala aku...tetiba lendir-lendir meleleh ke leher aku....pergghhh ! depa bagi telur dekat aku...geli weiii ! tak nak cakap macam mana aku rasa masa tu..tak cukup dengan tu,ada air bancuhan apa pun tak taw laa...yang aku boleh bau kopi...apa benda lagi depa campur pun aku tak taw laa...dah laa dengan baju tidur aku pakai malam tu...habis semua...depa tambah tepung pulak lagi...aiyoooo....aku tunggu masa nak kena goreng jaa... -,-' aku pun tunggu lagi? JERIT terus laa...peduli apa...malam tak malam...huhuuu -___-

best laa kena tu tapi air bancuhan kopi apa benda tu tak taw meleleh masok mata aku...pedih oooo ! pastu aku pun kena laa tutup mata...dah aku tutup mata tak boleh nak lari mana lagi dah...lagi syok depa dok baling kat aku...tudiaaa...punya laa kejam ! hahaha :D last sekali dah comot-comot tu pakat mandi kat luaq . depa tolong basuhkan n syampukan rambut aku yang penuh dengan telur ngan kulit-kulit dia...perrgghhh ! bau telur ! hahahaha :D nasib bukan telur busuk ! >.<
tak pasal aku kena mandi untuk kali kedua tengah-tengah malam . ketaq dagu abih ! sejukk nak mampusss ! ngeee ~ -_-

apa pun aku seronok . no heart feeling . no tacing-tacing . hahaaha ! yang pasti ada rakaman video malam tu ! hahaa ~ kenangan buat aku sebelum kita pergi LI nanti . thanks kawan-kawan ! :*
actually, sebelum nie pun aku dah penah kena , cuma takde laa seteruk nie ~ hahahaa ! :D

oke laa...setakat nie aje untuk hari nie :) saja bosan-bosan so aku update laa blog nie . thanks for visiting :) have a nice day :) senyum tak perlu kata apa-apa :) aku takmau stress selagi FINAL tak habis :)

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

Friday, April 19, 2013

No Caption -_-

Assalammualaikum korang yang comel lagi hensem :)
agak lama tak update blog nie ~ sibuk sikit sejak sem 3 nie (sibuk laa sangat -__-) arini 19 April .... lagi 4 hari aku nak final exam dah , cepat masa berjalan ... pejam celik pejam celik dah nak habis sem 3 nie ~ banyak kenangan dekat poli dengan kawan-kawan kelas , tak lupa kawan-kawan yang lain jugak :) nanti masa LI mesti rindu dekat semua . huuu :(

kelas kami sempat jugak buat BBQ dengan PA dekat pantai hari tu :) best sangat ! siap kena baling masok dalam laut lagi . aku dah laa ringan , kena baling berguling dulu dalam air tu . hahaha . pastu pakat dok baling air pulak . aku siap telan lagi air laut yang masin tu . hahaha ~ wekkk ! masuk hidung abih ! memang lencun habis laa baju . dah laa tak bawak baju salin , basah abis FERARI KUNYIT Pok Di . hahahaa ~ apa pun memang best :) bila happy-happy lupa semua benda yang buat kepala serabut ~ hmmm ~ huhuu ~ -__-

memandangkan lagi 4 hari nak final exam . alang-alang aku update blog nie aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dengan semua orang yang pernah sakit hati , terasa hati atau apa-apa dengan aku atau aku ada tercakap apa-apa yang kasar dengan awok-awok sekalian . kadang benda keluar dari mulut kita, kita tak sedar . tambah-tambah tengah marh kan . doakan aku supaya tenang jawab exam nanti , In Shaa Allah . Aminnn ~ seperti setiap sem . aku tak nak ada repeat . huhuu ~ wish me luck guys :)

aku nak share sikit gmbar-gambar sepanjang BBQ dengan kengkawan kelas DIP3-S1 :)












Saturday, February 16, 2013

cuti-cuti Malaysia

Assalammualaikum my cute and handsome readers ....
rindu nak merapu dekat blog nie . lama aku tak update . busy laa katakan . ;)  waahhh . tengok tajuk entri macam best je . padahal aku bercuti dekat rumah je . hehehe :D
sekarang tengah cuti raya cina . ade laa dalam seminggu . tapi today is last day aku dekat rumah . malam nie dah kena balik Dungun ! hmmm ~ bermula kembali rutin harian sebagai student PSMZA . sepanjang cuti nie aku memang tenang dan happy sangat . sape tak happy balik cuti kan ? hehe . makan pulak "LEBIH DARI BIASA" . hahaha . balik rumah senang hati , makanan pun senang laa nak masuk mulut . yang pasti aku terasa aku semakin GEMOKKSS !! balik Dungun misi DIET kembali . hehee

aku nak cerita apa yang aku buat selama cuti seminggu nie . first , buat makan-makan sikit dekat rumah nenek aku sekaligus dengan besday kazen aku yang comel tu :) heheh . tapi just family members je . xde jemput orang luar pun . hehehe . lama tak balik cuti , best jugak dapat kumpul ramai-ramai macam nie . walaupun tak semua sedara yang balik , still meriah umah nenek aku . untung laa anak ramai ka maktok :) hehehe . alang-alang nak bgtaw sekali nenek aku ada 12 orang anak . memang kecoh laa rumah kalau balik ramai-ramai , tambah-tambah time raya :) okeylah cukup pasal tu . aku nak menayang sikit gambar yang sempat diSNAP ! ^_^







oke ... itu je gambar yang mampu aku kongsi . ramai lagi mka yang tak dapat masuk tu :P hehehe

cuti nie jugak aku keluaq dengan kawan-kawan sekolah aku . FAZILAH , AISYAH , HAJJAR . bold sikit biaq jelas . hehehe . memang best laa dapat lepak walaupun hanya 4 orang je yang mampu . hehehe . kami jalan-jalan dekat Jusco Perda . memang pecah perut dengan depa nie . ada ja tak kena . pantang tengok orang pelik sikit . mulut laju ja nak kutuk ! hahaha . jahat kan . jahat-jahat kami pun lagi banyak benda baik kami buat . hehe . oke laaa . yang penting gambar itu harus diSNAP ! hehehe ;)





nie je yang sempat diSNAP . HAHA . GOJES u ! ^_^

thanks sudi menyinggahkan mata dan meringankan tangan anda-anda yang comel lagi hensem untuk baca post nie . merapu je lebih . suka hati laa  blog saya :P hehehe . peace korang ! sayang korang ^_^ ♥

thanks a lot,
Assalammualaikum . have a nice day ! n____n

Tuesday, January 22, 2013

Hari Malang Alia ;)

Assalammualaikum semua . agak lama tak update blog nie . habuk naik bape inci da . hari nie tiba-tiba aku gatai tangan nak menaip . hmm . nie pun sebab dah 3 kali aku mendapat nasib malang . haha . kesian kan ?? *tak kesian pun xpa , tak kisah pun :P* oek sambung ...... 

hari pertama masa hari ahad aritu ... dekat poli laa ... masa tu kelas data struct , lecturer suruh laa aku buat coding . buat laaa aku nie pun . elok da siap nak compile tak boleh . masa mula-mula oke , tapi sebab ada error aku betulkan laa . dah betul tak boleh nak compile pulak . hang macam mana tak taw laa . puan cakap xpe, awak tunggu kejap . aku pun tunggu laa sampai tahap kesabaran pun hilang -,-' . last sekali aku decide nak guna PC lain .... buka PC yang kedua pulak ... sama jugak ... hang lagi ...... tunggu lagi ....... kesabaran hilang lagi ........ aku pun bukak PC yang ketiga plak ...................... haaaaaa ! hang jugak lagi ~ tersangatlah tension disitu =..=' HAHAH ! sabaq terok gak laa aku time tu . dah laa lab tu nak kena hantar hari tu jugak . last sekali aku restart je PC tu balik ! hahaha ~ nampak tak permainan dia kat situ ?? =P 
dah boleh tu aku pun dengan berhati-hati tekan button compile tu . takot gak jadi lagi sekali . hahahhaa . serik dah weiii .... kalut siapkan lab tu . huhuu ..... 

hari kedua pulak yang membuatkan aku malang adalah pada hari isnin ...... tempatnya dekat poli jugak . masa tu kelas network . kena wat cable tu . yang tu oke je laa . dah habis buat tu kena hantar lab pulak . aku pun usha semua orang bawak kuaq lab cover merah tu :P aku dok pikiaq balik . aku rasa aku tak bawak lab tu ! pastu , bukak beg cari ............. memang takdakk !! hahaha ~ terbaikk ..... aku pun p laa cakap kat cik kata tak bawak . cik cakap ape pun saya nak petang nie sebelum pukul 5 -,-'' . aku pun balik laa rumah amik lab tu . nasib ada geng jugak . kalau tak menapak sorang-sorang . huhuu ..... dah time nak balik tu aku pulak hampir terjatuh tergolek kat situ -,-'' adoii laaa ..... lawak gila ... hahahhaa .... nsib laa tak jatuh lagi .... kalau jatuh ??? seminggu tak p poli ! hahaha . malang sungguh ... 

hari ketiga pulak .... hari nie laaa ... hari selasa ...... kelas pukul 10 , kelas BI .... awal-awal lagi dah kena ... mula-mula lalu kat bangunan JKE tu tengok orang macam kecoh-kecoh ja . ramai tak macam selalu ... rupanya ada spotcheck . aku pun dengan yakinnya p je laa masuk kelas . konon xdak buat salah . hahaha . lecturer tu cakap sape yang rasa ada buat salah , pakai itu , ini sila keluar sebelum saya check . aku pun duduk je laa buat bodo kat kerusi . hahaa . pastu lecturer tu cakap ... ooo , yang nie taknak mengaku ehh , diri kat depan saya nak check . aku pun kuaq je laa . tak sedaq g diri ada buat salah . hahahaha :D dia check kat kawan aku , pastu dia cakap tunjuk kuku ... aku pun !! alamak !!! kuku panjangggg !! hahahaha ~ terus g mengaku .... kuku saya panjang :P hahahhaa . lecturer tu cakap .... oo , tadi tak mengaku , kena double saman nie , bagi kad matrik . ketaq aku dibuatnya .  hahhaa . serius aku tak teringat langsung pasal kuku aku yang panjang nie ... hohooo ~ tapi lecturer tu tak kejam . aku tak kena saman double pun . hehehehe . first time in my life saman-menyaman nie . dulu sekolah menengah seingat aku takdak penah kena pun . hahaha . 

banyak lagi sebenarnya tapi cukup laa sampai sini saja . yang lain-lain tak perlulah aku nak ceritadekat sini . cukup lah simpan dalam hati saja ;) thanks !

Assalammualaikum .... may Allah bless all of you . with love , Alia ^_^