"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Sunday, September 8, 2013

sakit itu nikmat :)

Assalammualaikum....hai semua...korang sihat tak? Alhamdulillah kalau korang semua sihat belaka :) aku kat sini tak sihat ! :( hurmm....seminggu dua nie cuaca tak elok..kejap hujan kejap panas..aku nie pulak jenis tak tahan...terus je dapat sakit ! haa....firstnya batuk lahh..tunggu lagi seminggu dua pulak nanti datang selsema pulak then demam pulak...selalu kalau sakit macam nie laa...mesti dimulakan dengan batuk dulu...huhu...kalau sihat tu sihat sangat-sangat tapi kalau dah sakit lambat pulak nak baik even dah makan ubat ! xpela...redha je...orang cakap sakit tu dapat hapuskan dosa kita...Allah sayang kita sebab tu dia bagi kita sakit...contoh yang aku baca dekat satu blog nie...dia cakap macam nie...

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


selain itu......

 Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya. (H.R. Bukhari)

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya. (H.R. Muslim)

Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hambaNya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya. (H.R. Al-Hakim)


Sakit itu ada hikmah, jangan la sampai mengeluh sakit yang ditimpa, itu ujian untuk kita. Walaupun sakit, jangan lupa kepada Dia dan solat lah mengikut kemampuan.

Sakit tu penghapus dosa, kita yang banyak buat dosa ni, kalau ditimpa sakit, jangan la mengeluh sana sini, sakit tapi dosa kita dihapuskan. Sakit di akhirat tiada bandingan dengan sakit di dunia ini iaitu hanya lah sekadar ujian daripada Dia. Semoga kita semua dan seluruh umat Islam diberkti,Amin.


 itu yang dapat aku kongsikan selain dari bercerita tentang sakit aku nie :) selain dari punca cuaca kat sini mungkin jugak aku sakit sebab stress dengan macam-macam benda yang nak kena fikir...sakit kepala tu tak payah cakap lahh..boleh dikatakan setiap hari aku sakit kepala...nak pergi check takut lain pulak jadinya..huhu...sem nie paling teruk sekali aku rasa..hmm...belum masuk sem 5 lagi..tak taw laa nanti macam mana aku nak handle diri aku nie...harap aku boleh..

lagi pun sibuk dengan siapkan jurnal n report nie...dapat call pulak dari lecturer yang nak datang pantau..sibuk siapkan apa yang patut...orang lain rileks je aku tengok bila lecturer nak datang pantau tapi aku nie yang takut lebih =___= HAHAHA ! nak buat macam mana..aku memang jenis kuat gemuruh...tapi kalau tengok cerita hantu takde pulak nak rasa takut macam nie , serius aku pelik ! HAHA -,-''

teringat pulak ummi cerita masa kecik-kecik dulu aku selalu nangis bila orang yang tak kenal datang dekat dengan aku..padahal orang tu bukan datang nak amik aku ke nak dukung ke ape , lalu sebelah je pun...hahaha...ntah ape-ape je -__- cukup lahh flashback yang agak memalukan tu..hehe..tapi itulah aku..sebab tu sekarang pun ramai cakap aku sombong..sebab aku lagi suka diam , mendengar dan melihat kelaku orang keliling aku..tapi aku tak kisah sebab family aku dan orang terdekat aku kenal sifat aku macam mana...mungkin dekat poli je aku macam tu..balik rumah baru taw siapa Alia Nabila..hahaha :D tapi kawan-kawan rapat tu sememangnya taw perangai aku...aku bukanlah sombong seperti yang dikatakan...cuma yang kenal saja taw aku :) ehhh...lari tajuk banyak dah nie..nak cerita pasal sakit je sebenarnya...hmmm...bila dah boleh menaip tu tak ingat apa dah..haa...keluaq dah Kedah tu..hehehee...saya anak jati Kedah ! *tiba-tiba* -_____-

InsyaAllah lepas dah baik dari sakit nie aku nak fokus sepenuhnya dekat report nie...kenapa nak tunggu lepas baik ? sebab masa sakit nie serius aku tak boleh fokus nak buat kerja...kat rumah ke kat ofis ke semua serba tak kena...okey aku cerita sikit dekat sini antara yang tak kena tu adalah.....

masa kat ofis aku kena backup semua folder sebiji laptop nie dari laptop lama dia..malangnya aku backup tak habis semua..nasiblah laptop lama dia tu belum format lagi kalau tak sape nak jawab?? memang matilah aku..dia tu lecturer..memang banyak lah benda dia simpan...hmm....dekat rumah pulak aku nak buat telur goreng...masa nak pecahkan telur tu ntah ape yang aku fikir terus je aku pecahkan dalam tong sampah kecil kat tepi sinki dapur rumah aku tu...masa pecahkan tu aku macam tak sedar..roh aku melayang-layang badan aku je ada dekat dapur tu..bila dah sedar telur yang aku pecahkan tu dah masuk dalam tong sampah..terus aku jerit..ummiii !!! pastu aku gelak *nak tutup kesalahan* =____= apa lagi boleh buat?? hmm....takde rezeki nak makan telur tu...kadang-kadang pelik dengan aku nie sebenarnya...ummi cakap aku suka termenung...bukan termenung apa pun...tiba-tiba jadi tak sedar...not my fault :P *masih taknak ngaku salah sendiri* huhuu.....

enough bout that ! taknak ingat pun...huhuu...apa pun aku nak tamatkan sem 4 dengan jayanya ! tinggal lagi sebulan lebih je nak siapkan semua nie....aku nak dapat CEMERLANG untuk sem nie ! hehe...azam untuk sem nie...boleh camtu??? boleh je..kenapa tak boleh pulak kan?? InsyaAllah....doakan yang terbaik untuk aku okey ! sayang hampa banyak-banyak lahh ! :)

sekiann......TAMAT cerita merapu aku disini :P terima kasih sudi pinjamkan mata dan buang masa hampa untuk baca post nie..panjang berjela...HAHAHA...byee ! :)

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ

2 comments: