"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, June 29, 2015

Mencari Cinta Sejati ♥

Assalammualaikum...


Mencari Cinta Sejati ♥

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.


 ♥  ♥  ♥  ♥

 ♥  ♥  ♥  ♥

Thursday, June 11, 2015

Birthday Surprise From Fazilah ! ♥

Assalammualaikum ! Hello..


Memandangkan aku tengah free nie, aku nak update sikit pasal birthday surprise yang Ila buat dekat aku sebelum dia balik Johor hari tu (8 June 2015). Ila nie bff aku. Kami da kenal lama sangat da. Dari tadika lagi dan alhamdulillah masih lagi berkawan baik sampai sekarang. Pernah sekali bergaduh teruk dengan dia tapi alhamdulillah kami sama-sama dapat atasi benda tu. Dan aku rasa tu lah first time aku bergaduh dengan dia.. Hihii.. Sebelum nie pun aku pernah buat entry pasal dia dengan Adriana. Kalau rajin cari lah balik yee post lelama tuuu.. Hehe..

Okey.. sebenarnya masa birthday aku hari tu (20 April) Ila da janji nak pegi celebrate awal sebab dia da nak kena balik Johor. Tapi masa tu pulak ada emergency yang tak dapat dielakkan. Maka aku pun ingat benda tu da tak valid da sebab dia da balik Johor. Hahaha.. Tup tup keluar hari tu dia sambut jugak. Haaaa.. tu yang terkejut tu sebab tak aspect dia nak buat macam tu. Keluar pun sebab nak teman dia beli tiket bas je. Pastu pegi merayau ke shopping mall, beli baju sama dedua kami. Hahaha.. Banyak da baju sama nie. *nanti kita pakai sesama ye.. kikiki*

Lepas tu pulak beli Big Apple, konon nak pegi cari cafe laa nak lepak, tapi.. nama ja orang sini.. cafe ape pun haram tak taw kat mana.. bhahahaaha.. Last sekali, pegi makan KFC je dekat Landmark. Sebelum tu masa dalam kereta Ila ada tanya aku..

Ila : alia hg tak makan cheese kan?
Me : yup.. tak lalu.. wekkk.. *haha*
Ila : kek yang hg makan hari tu nama apa? macam sedap ja
Me : kek kat mana? secret recipe?
Ila : haa.. aku teringin nak makan..
Me : oo.. yang tu indulgence..
Ila : indulgence... okay..

Maka perbualan pasal tu berhenti disitu.. yang bestnya Ila cakap masa tu kira da kantoi da dia nak beli dekat aku. Tapi da jenis aku nie slow, lurus.. lambat pick up pulak tu.. hahaha.. Langsung tak perasan yang dia ada niat lain tanya kek tu.. Kahkahkah.. *kalau orang nak tipu aku senang ja -.-* Tak terpikir langsung sebab dia cakap dia teringin nak makan, aku pun okey percaya 100% -_- hahahaha..

Lepas da sampai KFC da duduk semua, dia cakap "hampa makan dulu, aku nak beli kek sat". Aku dengan tak taw apa makan laa frenfries dulu. Lepas dia da beli kek, dia bukak kotak, aku tengok dekat kek tu ada tulis "HB Alia"! Hahaha.. tangan aku laju je cubit dia. Lepas tu dia cakap "Happy Birthday Alia, sorry tak dapat sambut dengan hg hari tu". Atototoo sweet pulak diaaaa.. hahaha.. nasib aku tak nangis. Aku tak kisah pun sambut ke tak janji dapat wish tanda ingat birthday aku tu pun da cukup. Da bersyukur da sebab kengkawan ingat. :')

Lepas tu mula laa sesi suap-menyuap haa.. kesian Firdaus (adik Ila) kena jadi photographer tak berbayar. Kikiki.. Lepas da abis makan kami pun balik rumah aku sebab si Ila nie nak makan roti jala mak aku buat. Memandangkan esok tu dia da nak balik, buat jugak laa bagi dia makan. Hihihi..

Okey.. tu je kot yang aku nak cerita pasal birthday surprise nie. Memang terkejut lah cita dia sebab memang tak jangka. Pandai depa adik-beradik noo. Senyap-senyap buat plan. Hihihi.. okey nak share gambar sikit. :)

 Muka sebelum kejadian.. Haha

 Welfie dulu sedaih sebelum balik..

 Muka aku tu takleh nak cover da tu.. terharu kata kauuu.. ahaha

 Peace sekali......

 Peace dua kaliiiii... hahaha....


Hirupan terakhir sebelum balik...

Haaaa... tu lahh cerita diaaa.. apa pun thank you sesangat best friend ! Sekali sekala hg balik kita keluar macam nie pun best jugak, lama tak jumpa, macam-macam cerita dok ada nak cerita kan. Hihi.. *tapi kami tak bergosip taw...hahahaha*

Thank you for reading ! xD
Yang Benar,

Wednesday, June 10, 2015

Thoughts: Where You Are


You are exactly where Allah wants you to be;


Every breath you breathe,
Every leap you take,
Every fall you fell,
Every single tear you drop.


Every giggle you laughed,
Every muscle you worn out,
Every soul you inspire and bewitched,
And every salty dim sum you squealed about.


With every bruise that left a scar,
Every heart you left a mark,
Every thought that passed by a spark,
And all the sweat you whined a lot,


Never question or doubt;
Cause, it's just all what He wants
Is for you to heed about.


- Shea Rasol -


Sincerely,