"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, December 4, 2023

Hello 2023 (!)

Assalammualaikum...
Agak lamaaaaaa aku tinggal blog ni tanpa apa-apa update. Huhu... banyak benda jadi dekat aku.
Alhamdulillah ada berita baik dan juga berita yang tidak baik.. Huhu..

Antara berita baiknya aku dah selamat bergelar seorang guru di sekolah menengah. Alhamdulillah tapi masih dalam tempoh percubaan, maksudnya belum dilantik secara SAH. Doakan aku okay. Lagi 3 bulan genap setahun aku berkhidmat dekat sini. Harap semuanya okay sampai laaa dah dapat sah jawatan. Huhu.. stress tu jangan cerita.. memang banyak tapi kita amik sebagai pengalaman dan pembelajaran selama menjadi guru nih. 

Berita yang tak baik pulak, umi aku meninggal dunia bulan 9 yang lepas. Nanti lah aku buat post asing untuk cerita pasal tu. Selain tu banyak lagi benda yang agak menyedihkan berlaku dekat aku setakat awal bulan nih. Harapnya benda-benda tu tak mengganggu aku untuk buat kerja. Sebab awal-awal dulu benda tu agak mengganggu hari-hari aku. Aku jadi malas nak buat kerja, aku jadi malas nak keluar rumah, malas segala-galanya lah.. jasad je nampak okay tapi dalaman tidak. Huhu..

Okay lah setakat ni dulu update aku.. hehehe saja nak bagi ada coretan untuk tahun 2023 nih.. sebelum habis tahun😄🙈

xoxo,
MissY