"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, February 15, 2014

Apa Kata Hati??

Assalammualaikum....

pernah rasa kosong? rasa sepi? rasa macam dalam dunia nie kita saja yang ada? rasa sedih? rasa kecewa? rasa putus asa? mesti pernah ! semua manusia mesti pernah rasa macam tu kan? macam tu jugak aku..sekarang nie perkara itu yang sedang aku rasakan..yang sedang aku lalui..aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu sedangkan semua benda yang boleh buat aku bahagia ada depan aku sekarang..apa yang kau nak sebenarnya wahai hati?? kadang-kadang soalan tu selalu aku tanya kepada diri sendiri..

tapi....aku masih belum menemui jawapannya..aku keliru dengan perasaan aku sendiri..aku suka berfikir..fikir ape nak jadi masa depan aku kalau aku buat macam nie..macam tu..dan sebagainya..kadang benda tu jugak buat aku stress..betullah orang cakap banyak berfikir boleh menyebabkan stress dan boleh memudaratkan kesihatan..ya aku tahu tu ! tapi situasi aku sekarang tak siapa pun yang memahami..aku hanya ada ALLAH untuk aku terus kuat berdiri disini..sejujurnya Dia lagi tahu isi hati aku..hanya Dia..

family?? ya..aku ada family yang sayang kepada aku..aku jugak sayangkan family aku..tapi bila berjauhan macam nie aku jadi lemah..aku tak kuat tanpa family disisiku..even bila balik aku selalu cari gaduh atau gaduh-gaduh manja..buat perangai kebudak-budakkan..tu cara aku..aku percaya setiap orang ada cara tersendiri untuk tunjuk kasih sayang mereka kan?? macam tu jugak aku..Alhamdulillah family aku memang dah tahu perangai aku macam tu sejak azali lagi..tapi tidak bagi orang yang baru mengenali aku..bila aku buat macam tu, perkataan TIDAK MATANG, MACAM BUDAK-BUDAK yang keluar..tu cara aku untuk jadi lebih rapat dengan seseorang..sepatutnya dia rasa bangga sebab bukan dengan semua orang aku boleh buat macam tu..hanya family dan yang tersayang saja..tetapi aku tidak menyalahkan dia andai dia belum dapat memahami diriku sepenuhnya..proses pengenalan itu memang memakan masa..take ur time..

kawan-kawan?? ya..aku punyai ramai kawan..tak kira sama ada kat Kulim ataupun disini..poli Dungun Terengganu..aku bersyukur dikurniakan teman-teman para sahabat yang memahami aku..tolong aku waktu susah..dengar masalah aku..tengok air mata aku mengalir waktu aku sedih..gelak ketawa bersama-sama dikala suka..menangis bersama dikala duka..dan sentiasa tolong-menolong kalau salah seorang daripada kami tengah susah..memang susah nak dapat kawan macam nie dalam masa setahun lebih aku dekat sini..Alhamdulillah syukur sangat.. :') maaf jika aku tidak sempurna dimata kalian semua..maaf atas segala kesalahan aku yang mungkin tidak aku sedari..maaf jugak jika kerana aku kalian bermusuh dengan orang lain atau tiba-tiba ada musuh..aku sayang kalian semua..sekali sudah menjadi sahabat tetap akan menjadi SAHABAT SELAMANYA..Amiin..

Akhir kata...

Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

Salam Kasih Sayang ♥

2 comments:

  1. Waalaikummussalam :)
    Akhir kata, peliharalah hati kita, jgn sampai diracuni.
    Kalau dh npk tanda2 'diracuni' tuu, spray 'shieldtox' cepat2..
    Hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi pandai adik comel kita nie buat lawak ye...hehe..insyaAllah..sama-sama kita jaga okeyy..hihi.. (:

      Delete