"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, February 28, 2014

Selamat Hari Lahir ♥

Assalammualaikum....

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki / perempuan ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki / teman wanita,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you”, tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki / perempuan tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…


Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah pengalaman.
Bersungguh dan semakin teguh dalam istikarah cintamu.
Menanti DIA mngutuskan seseorang.
Mengharap DIA menunjukkan jalan.


-petikan dari Aku Islam-

Selamat hari lahir
Semoga panjang umur dan murah rezeki.. ^_^

akhir kata........

dan ketika Allah mengambil sesuatu yang membahagiakan kita pada hari ini hingga kita rasa sedih dan kecewa, bukan sebab DIA benci, tapi sebab DIA nak tunjuk, kebahagiaan yang DIA akan bagi esok hari atau nanti, adalah lebih indah dan baik :) ingat....jarak ini bukan untuk menjauhkan kita tetapi untuk menguatkan serta untuk menjaga hati kita masing-masing..sabar dan teruskan berDoa agar diberi petunjuk oleh-Nya.. :') insyaAllah hari itu akan tiba juga jika sudah tertulis untuk kita..Amin Ya Rabbal Alamiin..setiap ujian ada sebabnya tersendiri..kita sebagai hamba-Nya hanya perlu mengikut jalan yang sudah tertulis buat kita..

Salam Kasih Sayang







thanks for reading ~ have a nice weekends u olls \(^_^)/
 

No comments:

Post a Comment