"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, December 19, 2014

Oh My Pimples ! ♥

Assalammualaikum !
Salam Jumaat ~
Hai adik-adik kakak-kakak yang cantikk ! Mesti ramai yang tak suka dengan jerawat kan? *sapa suka habaq mai..hehe* Orang tua-tua cakap tak boleh picit jerawat tu sebab tak nanti berparut. *lagipun sakit kot ! --* Lepas tu tak boleh buang sesuka hati sebab nanti berlubang lah apa lah kan. Sebenarnya, bangun tidur pagi tadi aku pun belek lah muka aku dekat cermin *memang rutin hari-hari :P* And tetiba....... no !! Pimples !! Jadi aku pun terus cari petua nak hilangkan pimples nie sebab taknak ada kesan parut dekat muka. Semua orang pun nak kulit yang bersih dan licin kan? So hari nie aku terasa nak kongsi beberapa tips atau petua nak hilangkan jerawat ! Hihihi.. Bolehlah kita sama-sama cuba kan? Hihihi..

Antara beberapa petua yang boleh dicuba. *cari laa yang senang dan barang tu senang nak dapat :)*

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas ir panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InshaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InshaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6. Bersihkan muka sehinggan bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InshaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InshaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

11. Sejukkan kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.

15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

Apa pun kita hanya berusaha, sama ada menjadi atau tak Allah yang tentukan :) Selamat Mencuba ! Hihi..

info : blog petuatradisional.com

kat sini juga aku nak sertakan beberapa punca jerawat so dapatlah kita elakkan ! :)

Antara punca masalah jerawat :

1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri (mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
info : blog mauceriasokmo

jadi semua dah taw kan puncanyaaaaa.... sama-sama kita elakkan ye ! :D 
Lastly, Thank you..

Salam Kasih Sayang,


Annyeong !

Thursday, December 18, 2014

Aku Rindu Sayang Kamu ♥

Assalammualaikum !
Dah duduk dekat rumah keja nak update je kan. Hihihi.. Mentang-mentang dah tinggal zaman belajar banyak pulak masa terbuang kat rumah nie. *macam laa berkurun sangat "zaman belajar" tu.. hahaha.. baru diploma je kot ! hahaha*

Actually takde benda sangat pun nak bercerita. Cuma aku rindu saat-saat indah *kemain ayat* dekat Dungun dulu ! Hihihi.. Rindu semua dekat sana, rindu pantai, rindu poli, rindu kelas, rindu lecturer, rindu suasana bising-bising dekat bilik lecturer, kacau encik-encik dengan puan-puan kat sana sebab dorang sporting ! Layan je kerenah anak-anak didik dorang nie. Hihihi.. Paling aku rindu mestilah kawan-kawan aku yang tersayang. Beza kawan dekat poli dengan kawan dekat Kulim nie sebab poli aku jauh so aku berkawan dengan orang pelbagai negeri. Jadi bila dah balik negeri masing-masing mulalah rasa rindu tu. Kalau dekat Kulim mestilah kawan-kawan Kulim yang sekolah sekali semua sekali. Aku pun orang sini ja jadi tak dak masalah aku nak jumpa bila-bila masa pun. Dan yang pasti aku sayang semua kawan-kawan aku tak kira dekat poli atau dekat sini. :) *aku tak pernah bezakan hampa taw.. sekali aku kawan, selamanya hampa semua jadi kawan aku*

Selalu kalau time macam nie housemates aku dekat Dungun dulu mesti jadi hyperactive ! Hahaha.. Time nie lah nak kacau orang tidur, nak menyanyi kuat-kuat, nak amik gambar macam-macam pose ! *paling aku tak lupa rambut hantu tu.. kah3* nak buat tu, nak buat nie ! Serius aku rindu semua tu. Rindu nak makan ramai-ramai depan tv, tambah-tambah masa bulan puasa, pegi bazaar, pegi pasar malam habiskan duit, bila dah takdak duit pakat makan #maggi belaka ! Hahaha.. Rindu nak buat bising dalam kelas, tapi masa buat assignment tak rindu sebab sekali kerja selambak memang tak tidur jawabnya. Hahaha.. Banyak sangat kenangan dekat sana yang aku rindu. Manis, pahit, suka, duka semua ada ! Dengan kenangan tu semua jugak aku dapat belajar erti kehidupan. Kadang-kala kita di bawah, kadang-kala kita di atas, ada pasang surut. Dan jangan terlalu yakin yang semua orang suka dengan kita. Dalam diam pun mungkin ramai yang menyimpan dendam dengan kita even kita tak pernah kacau hidup mereka *aku bercakap melalui pengalaman diri sendiri, sumpah perit sangat rasa kena fitnah* Semoga Allah ampunkan dosa mereka dan aku. Mungkin semua yang jadi nie atas kerana kesilapan diri aku sendiri, balasan Allah untuk aku. Aku redha. Allahuakbar ~

Tapi Alhamdulillah aku masih punyai kawan-kawan yang selalu ada waktu aku susah dan senang, sentiasa menyokong aku dari belakang, banyak bagi nasihat dekat aku. Terima kasih sangat-sangat. Aku ingat lagi dekat sana dulu kalau sape-sape je ada masalah ke, stress ke, sedih ke, tempat yang kita cari untuk cari ketenangan mesti dekat pantai kan. Kenapa pantai?? Sebab dekat situ tenang, dengar bunyi ombak, dapat tengok betapa cantiknya ciptaan Tuhan. Percayalah cakap aku lepas pegi pantai korang akan rasa lega tak banyak sikit pun hati korang akan rasa tenang, lebih ceria ! :) *pendapat aku lahh, lain orang lain cara* Kita pegi pantai kita cerita semua masalah kita dekat situ. Jenis kita "cerita sini, habis sini" So balik rumah takmau ada rasa stress lagi. Heee.. Sungguh aku rinduuu.. Aku harap masa konvo kita nanti kita boleh spend time macam nie jugak. Habis kuat pun kita lepak pantai kejap then pegi makan besar sama-sama kita ! Sebab nanti mesti family masing-masing ada kan, mesti susah nak kumpul semua sekali. Tapi aku harap kita dapat celebrate kejap pun jadi lahh.. Hihihi..

Lastly, Aku Rindu Sayang Kamuuu.. Selamat Malam.. Thanks for reading !

Salam Kasih Sayang,



Annyeong !

Wednesday, December 17, 2014

Setia Dan Taat Kepada Allah ♥

Assalammualaikum
Selamat Malam

Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas RA:

Sebaik sahaja aku berada di belakang Rasulullah SAW dan beliau berkata: "Wahai budak, saya akan mengajar kamu beberapa perkataan:

1. Setia dan taat kepada Allah (beribadat kepada-Nya semata-mata), sentiasa mengingatiNya, patuhi perintahNya. Dia akan menyelamatkan kamu dari segala bahaya dan akan menjaga kamu dalam semua aspek kehidupan.

2. Setia dan taat kepada Allah, nescaya Dia akan dekat (di hadapanmu), iaitu Dia akan bertindak balas kepada permintaan kamu.

3. Jika kamu meminta, minta kepada Allah.

4. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan dari Allah.

5. Ketahuilah bahawa jika semua orang bersama-sama untuk mendapat faedahmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada kamu dalam apa-apa kecuali apa yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan jika mereka semua bersama-sama untuk mencederakanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat membahayakan kamu dalam apa-apa kecuali apa yang telah ditetapkan Allah untukmu.


The pens have stopped writings [Divine (Allah's) Preordainments]. And (the ink over) the papers (Book of Decrees) have dried."

Hadith from Sahih Al-Tirmidhi


#buat diri sendiri :)
Mintalah pertolongan dari Allah, Dia lebih mengetahui ~ stop pretending that you are strong enough to cope with all of this alone.

Salam Kasih Sayang,


Annyeong! | 12:41AM 

Tuesday, December 16, 2014

Kun Fayakun ♥

Assalammualaikum..
Hari nie hujan tak berhenti dari pagi.. *tarik selimut sedap jugak kan..hehe*
Aku pun memulakan laa rutin harian aku, on lappy, on facebook ! Tu je kerja tetap selama menjadi penganggur seti nih. Kerja aku scroll, baca dan like. Tu je mampu buat sebab peshbuk nie da macam bosan je..ngeee.. Dalam masa tengah scroll tu aku ternampak wanita muslimah yang bertudung labuh dengan pakaian mereka. "Cantik!" Desis aku dalam hati. Terdetik dalam hati aku untuk berpakaian begitu. *Alhamdulillah..masih ada Iman di dalam diri* Bukanlah selama nie aku tak menutup aurat, tetapi kadang-kadang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna.

Ada jugak kawan-kawan yang tegur. *lelaki yang tegur bukan perempuan, kau rasa??* Alhamdulillah masih ada yang ingin menegur, tanda dia nak kita berubah jadi lebih baik daripada sekarang. Tapi dia menegur dalam nada nasihat dan aku pun mengaku sendiri cara aku berpakaian. Ye.. semua orang pernah buat silap dan tak ada yang terkecuali pun. Dulu pun aku pernah free hair sebelum aku bertudung. *lepas SPM* Dan masa tu aku still pakai tudung dengan baju lengan pendek. Perubahan sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan aku rasa malu nak pakai lengan pendek pastu bertudung pulak. Aku rasa tak selesa, rasa macam terdedah. Then, lepas da masuk poli baru lah aku mula sikit-sikit pakai lengan panjang. *ada hikmah jugak datang sebelah timur nie sebenarnya*

Kun Fayakun... apa yang Allah kata akan terjadi, maka jadilah. Alhamdulillah aku dah banyak berubah sejak belajar disana. Berubah menjadi lebih dewasa dan lebih baik dari aku yang dulu. Aku sedar perubahan tu lepas aku tengok balik album gambar aku yang lama. "Macam nie rupanya aku dulu yee..." Kata dalam hati. Aku tak cakap sekarang aku baik gila-gila punya baik, tapi aku dapat lihat perubahan aku sekarang dari aku yang dulu. Sekarang pun aku tengah berusaha untuk jadi lebih baik untuk masa akan datang. "Nak dapat suami yang baik, kenalah ubah diri sendiri dulu." "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik begitu jugak sebaliknya." Tiba-tiba terdetik dalam hati perkataan tu. *haha.. gatai sungguh.. baru 21 tahun.. haha !* Tak salah kita fikirkan tentang masa depan kita, masa nie lah kita patut fikir tentang masa depan kita. Dan yes ! Semestinya aku nak lelaki yang baik yang boleh bimbing aku ke jalanNya. InshaAllah.. Aamiin.. *kemain berangan..hihi* Maka dengan itu, aku harus betulkan diri sendiri terlebih dahulu. Fighting ! *banyak sangat tengok runningman*

Berbalik pulak dengan cerita aku tadi pasal muslimah tu.. *jauh menyimpang haa.. haha* Nak bertudung labuh tu biarlah ikhlas. Maksud tudung labuh aku disini ialah menutup dada ye anak-anak, bukanlah bertudung seperti ustazah. *tak salah kalau nak berbuah kearah tu pun.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit* Hihihi.. Kaki pulak macam mana?? Asyik cakap tudung je kan, kaki tu pun salah satu anggota yang wajib ditutup. Ye, saya memang tak berstoking ! Kalau nak senang pakai aje kasut yang tutup semua bahagian kaki tu. Kan senang ! *sebenarnya cakap dekat diri sendiri.. haha* Kesimpulannya dekat sini kalau kita masih lagi ada niat nak berubah jadi baik tu bermakna masih ada lagi Iman dalam hati kita. Dalam diri kita. Alhamdulillah :) Semoga Allah berikan hidayah buat kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin..

Salam Kasih Sayang,

Annyong !

Monday, December 15, 2014

BBQ Dip6S1 (25102014) ♥

Assalamualaikum !
Jam menunjukkan pukul 1:30AM | 15 December 2014
Memandangkan aku belum mengantuk lagi so aku nak kongsi kisah BBQ kami sekelas dekat Dungun dulu. Kalau dulu aku pernah update BBQ masa kami semester 3 tapi kali nie last semester ! Untuk Terakhir Kali bak kata lagu Marsha ! Hihihi ~

Okey, seperti biasa kalau buat BBQ mesti wajib bakar ayam ! hihi ~ so, geng rumah sewa aku ditugaskan untuk perap ayam, jadi sekaligus tugas beli ayam, cuci, potong dan blablabla menjadi tugas kami. Untuk kawan-kawan yang lain pun dah dibahagikan tugas, ada yang goreng kentang, buat air, sediakan sosej untuk dibakar, dan untuk budak lelaki pulak, sediakan peralatan membakar aje lahh ~ hehehe.. bagus dorang nie semua.. dengar cakap ! hihihi..

Lepas dah settle semua kami semua pun gerak pergi ke tempat yang dijanjikan *tepi pantai tuuuu...hihihi* kami gerak dalam pukul 11 pagi *pukul 11 janji melayu budak laki cakap --* hehe.. biasalah perempuan kan. Bila dah sampai kami amik tempat hujung sekali takde orang ! *memang lah takde sebab pagi lagi..HAHA* 

Budak-budak laki pun sibuk hidupkan bara api, budak-budak lain pulak sibuk dengan tugas masing-masing *dorang masukkan tepung dalam belon*. Untuk lebih happening BBQ kali nie, Kautsar cadangkan dekat kami untuk adakan game ! So kami kasi geng dorang untuk plan nak buat game ape. Maka, terciptalah sebuah game yang diberi nama "Berani Mati" ! hihihi.. selain tu, kami jugak buat sesi "exchange gift". Supaya dapat jadikan kenangan daripada kelas DIP6S1 nih !

Lepas dah siap bakar, kami makan, makan dan makan sampai kenyang ! *tak kenyang pun.. balik rumah gadoh lapaq..HAHA* lepas dah siap makan, maka bermulalah permainan bernama "Berani Mati" tu tadi. hihihi ~ Memang berani mati betul ! -- Okey game berani mati nie sebenarnya cara mainnya, *nie cara kitorang lahh ye..* dalam setiap keping kertas ada tertulis perbuatan yang kita kena buat. So sesiapa yang dapat tak boleh tukar melainkan ada sebab-sebab tertentu. Antaranya yang aku ingat *sory tak ingat semua*

- buat muka paling hodoh (Me)
- call mak cakap "Mak, nak kawin!" (Qila)
- buat tarian Gwiyomi (Qis)
- apa yang paling sweet BF/GF cakap kat kita (Shima)
- merangkak sambil bawak kawan 3 pusingan (Farahin)
- pilih seorang kawan dan tanya "awak suka saya tak?" (Dhada)
- pilih kawan paling rapat dan cium pipi dia (Farah)
- rendam muka dalam air (Illi)
- buat chicken dance (Kautsar)
- menyanyi satu lagu (Eila)
- pilih sorang kawan dan dia tolak masuk air (Ekin)
- rendam makanan dalam air dan minum (Asyraf)
- jalan itik 3 pusingan (Iqbal)
- marah kawan dalam nada sengau (Nuyue)
- simbah air dekat kawan (Latif)
- pilih kawan yang rapat dan apa kelebihan dia (Din) *seyes lupa soalan.. lebih kurang laa.. sory din*
- pilih kawan yang rapat dan tabiat buruk dia (Zahar)
- lari keliling bulatan 3 pusingan (Pikah)
- *yang siah punya lupa !! haha.. padahal duduk sebelah je -- sory dear !*

Ada aksi "Berani Mati" yang dirakam ada yang tak. Tapi serius best ! Semua sporting, kena buat apa semua ikot je. HAHAHA ! Lepas dah selesai main game tu kami buat sesi "exchange gift". Macam-macam hadiah ada. Malam tu kami kongsi hadiah masing-masing dalam group whatsapp kelas supaya semua orang taw dapat ape. :)

Dan last sekali kami..... apa lagi? Mandi pantai laa jawabnya ~ Dah bergambar sepuas hati kan. Hihihi ~ Sorang-sorang kena tarik masuk laut ! Aku kena tarik dengan kakdeq ! Hahaha ~ Kejam betoi kakdeq ! Tapi tak kisah pun sebab aku memang nak mandi pantai ~ Tu je peluang yang ada, sebab nanti busy dengan final exam pastu terus dah abis poli ! :D

Meh nak share sikit gamba BBQ kitorang yeeee ~ ^_^ *klik kat gamba tu kalau nak tengok besar ye*

Akak-akak semangat membakor ~ hihi
Kakdeq orang kuat bahagian AYAM ! hahaha
Di belakang tabir !
Posing dulu seketui dua ! :D
Abam-abam buat gapo tuuuu ~ HAHA !


Jemput makan ! Orang bertanggungjawab buat game untuk kitorang ~ hihi
Game "Berani Mati" ! :D
sesi "exchange gift" xD
Akak tudung merah yang pegang belon tu ketua segala ketua untuk kelas kami ~ hahaa !
Mandi-manda ramai-ramai ~ bukan selalu boleh macam nie
Senyuman paling ikhlas tuuuu ~ *seronok !*
Hahahaha ! yang nie aku paling tak puas hati sebab tak past lagi menyelam !
Peace bro ! *kata kat cameraman*
Fly in the water ! We believe we can fly ~~ hahaha :P
Pastikan semua masuk ~ 1 2 3 selfieeee ~~~ hihihi
We are DIP6S1 ! Friends Forever ♥
Haaaa ~ tu je lah gamba yang boleh tunjuk, banyak lagi sebenarnya tapi takkan nak letak semua pulak kan? hihi ~ Sikit-sikit cukup ~ :)
By the way, tak semua join BBQ nie sebab ada yang ada hal lain so tak dapat join sekali termasuklah Mama PA (penasihat akademik) kami, Puan Zarina bt Musa.

Lastly, thanks for reading ! :D


Salam Kasih Sayang ♥

3:08AM | 15 December 2014

Saturday, December 6, 2014

Tanam Anggur !

Assalammualaikum !! Salam 1 Malaysia ~ hiksss

Wah lama jugak tak belek blog nih.. so harini kita habiskan satu hari upgrade blog nih.. hahaha.. tak laa secantik blog korang yang pro tuu tapi boleh laa.. aku dah bosan tengok design lama.. nampak semak.. kiki.. kali nie simple saja tapi PINK tetap wajib ada ! *gegirl sangat haa..* Hihihi..

So, dah dekat sebulan sejak aku balik Kulim dan menjadi penganggur setia kat sini. Alhamdulillah result final exam dah keluar 24 November 2014 haritu dan aku pun dah officially graduate diploma aku. Syukur sangat ! Setelah 3 tahun bertarung *macam terok sangat pulak bunyinya..haha* aku dapat habiskan jugak diploma nie. Even aku tak minat kos nie tapi aku gagahkan juga. Jujur aku cakap memang tak minat tapi Alhamdulillah semakin lama belajar semakin rasa beruntung sebab tak semua orang faham apa tu coding, apa tu HTML, JAVA, dan lain-lain. Terima kasih buat semua lecturer yang penat mengajar. Sekarang tunggu nak konvo aje lahh, inshaAllah bulan 9 tahun depan. Tarikh pun tak comfirm lagi. Tak sabar nak jumpa balik dengan kawan-kawan semua. Baru sebulan dah rindu kemain haa. Tapi apapun janji kami semua nak konvo sekali sudah ditepati. Alhamdulillah semua lulus belaka. ^_^

Hmm.. plan aku sekarang just nak kerja dulu sementara nak tunggu sambung belajar. Tunggu result haritu punya pasal lahh tak boleh nak apply mana-mana lagi. Hmmm... rugi dah 1 sem dekat situ. Dah laa makin tua. Hahaha.. Kerja kerja come to me baby ! Haha.. *suka melalut tak tentu hala --* Tu terjadi sebab dah bosan duduk rumah nie haa. Rutin aku layan Runningman ja hari-hari. Haha.. Nampak kan takde life -_-'' Okey sebelum merapu lagi terok kita stop sampai sini saja dulu okey. Kikiki.. Semoga perjalanan hidup Alia Nabila lepas nie lebih menarik !! Aamiin.. Thanks for reading :) Tata Titi Tutu ~

Salam Kasih Sayang,

Thursday, September 18, 2014

Balik Kampung !

Wahhh... lama rasanya tak update blog nie.. bz laa sangatkan.. padahal line lembab gila dekat rumah sewa tu.. nie pun sebab balik rumah tu yang boleh update.. hihihi.. sebenarnya lari balik rumah sebab poli bukan tengah cuti pun sekarang nie.. haha.. balik untuk cari ketenangan bak kata orang.. stress dengan segala macam benda.. grrr... Alhamdulillah otak da clear sikit balik 3 hari nie.. hehe..

So kali nie alang-alang dah balik rumah aku nak share cerita-cerita pasal kat sini aje lahh... kali nie aku balik adik dengan sepupu aku ada dekat rumah.. terkejut jugak sampai pagi-pagi tu buka pintu bilik tengok ada dua orang manusia dalam bilik tengah tidoq.. hihihi.. *jangan marah*

Semalam kami p tengok wayang cerita Maze Runner.. serius best tapi macam debor sikit.. haha.. nak taw kenapa kena p tengok sendiri lahh.. tapi bapak best.. gempak gilaa.. hahahaha.. bagi aku lah tapi kalau orang yang suka jiwang-jiwang nie maybe dia tak minat sangat cerita macam nie.. hehehe.. tapi ending cerita nie sedih sikit.. *keluaq jugak laa airmata aku* kikiki.. tapi pada firasat aku cerita nie akan ada sambungan lagi.. sebab ending dia macam tergantung sikit.. kita still tak taw apa sebenarnya jadi dekat Thomas dengan kawan-kawan dia tu.. nak kata bahan uji kaji pun boleh tapi serius tak faham cerita nie.. hahaha..

okey lahh.. setakat tu dulu lahh bercerita.. takde benda da nak taip pun.. huhu.. aku nak kongsi gambo sikit ! hihihi... 


LinLiaKin xOxO !!

banyak lagi gambo lain tapi yang nie saja cukup lahh.. hehehe :)
Salam Kasih Sayang,

Wednesday, July 16, 2014

:)

Salam 18 Ramadhan ! Hari nie 16/7/2014 da masuk 18 hari aku dengan kawan-kawan semua berpuasa di perantauan. *chewah ayat....kemain ! haha* Lagi seminggu je lagi nak balik beraya dekat kampung masing-masing. Tak sabar gilaaa..nak balik, nak shopping, nak jumpa semua orang ! aaaaaaahhhhhh ~ semua tu seminggu lagi okey, harap bersabar duhai hati :)

tak panjang entry kali nie..just nak hilangkan bosan terperuk dekat rumah hari nie sebab kelas hari nie semua batal..poli buat Gotong-Royong Perdana pulak hari nie...ngee -_- okey nak siap pegi poli pulak buat amal..kikiki :P babaii ~

Salam Kasih Sayang.

Friday, May 16, 2014

Result ?? Hari Guru ??







hai semua ! actually tak boleh nak tidur sebenarnya. lately nie aku asyik tidur lewat ja. hmmm.. sebenarmya tak taw pun nak update apa. tapi dah alang-alang result exam dah keluar (150514), so aku update pasal result aje lah. 

okey, alang-alang hari nie dah 16 Mei, first of all aku nak ucap terima kasih banyak-banyak buat semua bekas guru-guru dari tadika sampai laa ke sekolah menengah yang telah mengajar dan memberi ilmu dekat aku selama nie. tanpa ilmu tu semua mungkin aku boleh jadi seorang yang kurang ilmu pengetahuan. tak lupa jugak dekat pensyarah PSMZA yang dah mengajar dari semester 1sampai lah ke semester 5 ini. bukan senang nak mengajar, apatah lagi subjek programming tambah pulak dapat student yang BLURR macam aku nie. hahaha ! tak lupa jugak buat umie and abah ! kalau tak dak depa tak mungkin aku boleh belajar sampai tahap diploma nih (: sesungguhnya memang tugas kita supaya menuntut ilmu didunia ini. 

okey, berkenaan result pulak Alhamdulillah aku LULUS semua subjek dan pointer aku pun naik sikit dari semester lepas. Syukur sangat ! memang puas hati sebab memang dah sungguh-sungguh study. subjek killer tu yang takot sangat tapi Alhamdulillah lepas semua. tinggal lagi satu semester lagi untuk aku dapat segulung diploma. Inshaallah aku akan usaha lagi kuat semester depan supaya dapat konvo sekali sama-sama dengan kawan-kawan sekelas. itu janji kami semua dari awal sem ! good luck kawan-kawan dan untuk aku jugak.

macam biasa, lepas result keluar memang semua sibuk tanya lah (: buat semua kawan-kawan yang cemerlang, yang AKJ tu, yang lulus semua tu, tahniah aku ucapkan. macam mana pun takpe, janji kita semua sekelas lagi semester depan. hihii (: dan buat kawan-kawan yang kurang bernasib baik tu jangan sedih, jangan cepat putus asa. usaha lagi sampai berjaya. Inshaallah pasti boleh ! dan jangan sesekali merasa rendah diri dengan yang lain. (: *kemain nasihat! hehehe* 

okey tu aje buat masa nie. kalau ada story lain aku update lagi dekat sini ! by the way, Selamat Hari Guru buat semua yang pernah bergelar seorang guru dan juga buat sahabat semua yang memilih kerjaya sebagai guru. Selamat Maju Jaya dalam mendidik anak bangsa. *chewah ayat ! hihihi* Inshaallah satu hari nanti aku bakal bergelar seorang GURU jugak ! Aamiin (: *cita-cita dari kecik okeyy !*

thanks for reading,

Salam Kasih Sayang,









 


Monday, May 12, 2014

Pilihan : Cinta Hati ♥



malam nie nak berjiwang sikit....tak banyak yang ingin dikatakan disini.....hanya satu ayat..... 

"someone.......somewhere......is made for you..... ♥"





PILIHLAH ORANG YANG PEDULI PADAMU

Pilihlah seseorang..... 

→ Yang mampu merasakan kesedihanmu. 
→ Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam. 
→ Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu. Kerana dialah yang akan bisa mengerti tentang dirimu. 



◆◆ Terkadang engkau harus berlari jauh. Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu. 

◆◆ Terkadang engkau harus berbicara perlahan. Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarkanmu. 

◆◆ Terkadang engkau harus melibatkan diri dalam sebuah perbezaan. Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu. 

◆◆ Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat. Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar. 

◆◆ Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau sayangi. Agar engkau tahu apakah dia akan kembali disisimu. 



●● Sesungguhnya... 

→ Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan. 
→ Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti. 
→ Ketika kita menangis, agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapuskan air mata kita. Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita. Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman. 

●● Dear boys.....


lastly, thank you for reading ~ Happy 1y5m


Salam Kasih Sayang (:

Friday, May 9, 2014

Cuti Semester Uolls !

hello Mei ! hello kawan-kawan....aku dengan selamatnya ada dekat rumah sekarang sebab poli dah mula cuti semester...yepiiii....actually dah lebih kurang seminggu dua dah balik sini...hahahaha..baru terasa nak menaip nie haa...kalau tak lappy nie pun aku tak bukak :P

tapi......

betapa bosannya dekat rumah nie Allah saja yang taw....sampai tak taw nak buat apa...haaa....masa nie la aku belek-belek kelebek balik game-game dalam lappy aku nie....hahaha...jadi hantu games pulak cuti nie..mulanya nak kerja tapi kerja apa ja aku nak buat? bulan 6 dah nak kena balik poli..sekrang dah bulan 5...macam sia-sia ja..hahaha...apa pun nie laa masanya aku nak berehat bersuka ria tahap gaban...nanti dah balik poli takdak masa dah nak berehat macam nie....tidoq pun tak cukup nanti....masa nie laa nak enjoy sikit pun....tapi kat area Kulim Kedah nie asyik hujan ja...aktiviti kat luaq terpaksa dikurangkan...sebab tu memerap ja dalam rumah....huhuhu...

bila dah terperap ja dalam rumah memang laa hobi aku makan, tidoq dengan tengok tv jaa...hahaha....paling tak sukanya aku dah rasa badan aku nie dah naik ! --' sebabnya aku dah tak muat seluaq hitam peberet aku tuh ! aisshhh.....tapi takpa...nie pun sebab semua orang pakat suruh aku gemok sikit kan...kira usaha aku dah berhasil lah tu...bila aku tanya pendapat semua cakap macam nie dah okey....*okey apanya kalau seluaq dah tak muat...nie terlebih okey namanya...--'* hahahaa...tapi takpa laaa.....nanti balik Dungun dah masuk bulan puasa...so time tu laa aku boleh diet...buat masa nie makan ja apa pun..semua aku sumbat masuk mulut...kikiki *kecuali sayur-sayuran..aku memang tak makan dan tak suka sayur*

okeyy...cakap-cakap pasal dok rumah cuti nie....15hb nanti In Shaa Allah result final keluaq...kalau geng-geng "U" dah dapat taw arini, kami geng-geng poli maybe 15hb nih....wish me luck uolls...aku dah buat sehabis baik..tawakal je laa dengan result nanti...aku hanya berharap aku lulus semua tanpa ada REPEAT...Aamiin...seksa kalau repeat paper nie...satu, jadual kita takkan sama dengan kengkawan kelas kita and one more kena kongsi kelas dengan orang lain...aku dah laa "peramah" sangat *mata ke atas tangan ke dada*...huhuhu...bukan apa..segan sebenaqnya....aku hanya akan mula bersembang kalau orang tu tegur...kalau tak tegur sampai habis sem lah aku dengan kawan-kawan yang aku kenal ja...hahahahaha...bukan sombong ka apa...pemalu sebenaqnya....*puiii..mesti ramai yang muntah kan? hahaha....* tapi betul....tak tipu..kalau tak percaya boleh tanya family aku...dari kecik lagi sama ja perangai aku sampai sekarang nie :D

okey laaa...melalut pelik-pelik sangat dah nie...doa aku supaya semua kawan-kawan aku berjaya dunia akhirat..Aamiin...siap sedia perah otak untuk semester last kita nanti..yang penting get ready untuk subjek projek...aku dah laa tak buat apa pun cuti nie...blur dah aih...adoyaiiii --' semoga hati puan lembut sikit sem depan...Aamiin...debor cakap pasal projek nie...ngee..

last but not least...aicewahhh..macam karangan dah..ahahaha...sampai sini je laa aku mengarut merapu malam nie...nanti ada masa atau ada cerita lain aku update sini okey....kikiki *macam laa ada orang nak baca kan..hahaha* takpe..tak kisah..janji hidup aku bahagia...kikiki....okeyy..babaii uolls....

terima kasih sudi baca hasil coretan 'lappy'ku yang panjang lebaq macam karangan nihh...kikiki...

Salam Kasih Sayang,

Saturday, April 26, 2014

Happy Sweet 21 Nur Alia Nabila ♥

lama rasanya tak menaip dekat blog nih....maklum laa..tengah final..hihihi...tapi Alhamdulillah final dah abis...esok ummi abah datang angkut aku sekali dengan barang-barang bawak balik Kulim Kedah...yeayyyy ! hahaha....tidoq tak lena lahh malam nie....

okey dah lari tajuk nih...actually aku nak share story sikit pasal birthday aku hari tu (20 April) housemates aku nie semua dah plan baik punya nak kenakan aku...sampai ternangis laa aku dibuatnya...hahahaha *malu kejap*

okey....mula sekali malam lepas pukul 12 tu kengkawan aku nie semua tak tidoq lama..dalam hati aku "kenapa laa depa nie tak tidoq lagi? selalunya awai lagi dah landing lentok bagai" sumpah ketaq perut takot depa buat macam-macam kat aku...hahaha...last sekali depa pakat nyanyi lagu H A P P Y B I R T H D A Y dekat aku....lepas tu DHADA buat pandangan yang menyeramkan...terus aku amik bantal tutup muka..syok ja depa gelak kat aku...hahahaha *punya takot sampai jadi lagu tu* maka terselamatlah aku malam tu.....lewat jugak laa tidoq sebab nak pastikan depa tidoq dulu supaya depa tak kenakan aku time aku tidoq...mana nak taw nak letak ubat gigi ka kat muka..hahahaha *jangan marah kawan-kawan* :P dalam hati cakap "malam nie tak kena kira selamatlah aku" hahahaha

esoknya.....apa yang hati aku cakap tak betol....kena jugak aku dengan bebudak nih.... -_- okey jom mula cerita...haha...

dari pagi sampai tengahari aku selamat lagi...tengahari sampai petang pun selamat lagi..yang boleh jadi tak selamat tu pasal depa ajak menyicah pelam depan rumah...siap p katok pelam depan rumah tu lagi dengan batang kayu sebab nak kait tak boleh...hahaha..rugi banyak jugak lah sebab jatuh masuk longkang...rugi...sedap oiii pelam besaq-besaq.... *okey melalut dah -_- ! jom sambung*

tengah sedap-sedap menyicah tu macam-macam jugak kami dok bersembang sama-sama kami..yang bestnya aku tak perasan langsung depa dah plan nak kenakan aku petang tu..pandai sungguh hampa berlakon wahai housemateku....hahaha *kena dapat anugerah pelakon terbaik nih* tengah syok-syok menyicah tiba-tiba NAZIRA mai dekat belakang aku baling tepung sambil cakap HAPPYBIRTHDAY ALIAAAAA.....aku tersenyap sat kat situ dok loading *pikiaq apa dok tengah jadi nih sebenaqnya --''*....hahaha...sebab aku memang tak taw depa nak kenakan aku...last sekali semua pakat dok amik tepung tu dok ligan nak baling kat aku...aku pun apa lagi....lari keluaq pagaq terus laaa...kira apa...janji aku selamat....memang syok bertepung laa...tak payah pakai bedak dah..beruban rambut...hahaha....DHADA dengan SHIMA paling semangat sekali..sanggup ligan aku jauh-jauh...hahaha...aku pun cakap dalam hati "tak boleh jadi nie,aku kena amik jugak plastik tepung tu" dengan gagahnya aku berlari pastu terus rebut plastik tepung tu dekat depa..bila dah dapat dekat aku semua pakat lari masuk rumah..taw takott.....hahahaha *masa tu aku gelak jahat* last sekali semua kena tepung...BALQIS yang lari masuk paling awal pun kena...hahaha...apatah lagi FARAHIN yang selalu terlepas setiap kali kami sambut besday kawan-kawan lain...hahaha :P lepas tu pulak semua dah surrender...semua duduk sambung makan pelam balik....hahaha...letih berlari punya pasal...masa tu pulak IMAN menjalankan tugas dia dok bancuh air bancuhan terbaik nak siram aku....hahaha..aku mati-mati ingat dah abis dah kenakan aku...pandai cari masa kan iman....grrrrr.....masa nie pulak aku kena air bancuhan tu....jerit pasal tepung tadi pun tak habis lagi sambung jerit pulak sebab kena siram dengan air tu...bau dia wangi jugak...boleh tahan laa...tapi lama-lama jadi tak sedap terus bau dia....yang aku taw IMAN letak sunquick blackcurrent , serbuk kopi , sabun downy , mayonis , sos blackpepper , apa lagi pun tak taw lahh.....memang redha je laa aku masa tu..nak lari pun tak boleh dah...SHIMA best...lari keliling rumah...hahaha..sakit perut aku gelak kat dia... :P lepas pada tu aku dah tak leh tahan badan melekit...p laaa dekat paip air depan rumah nak cuci sikit..mata pedih masuk air bancuhan tu...hihi...masa tu laaa YUS muncul dengan telur busuk lalu membuat balingan terbaik punya kena kat aku...sekali dah pecah telur tu perrgghhh bau dia....bapa tahun simpan pun aku tak taw...hahahaha....SHEDA hanya mampu gelak ja kat aku...air mata aku dah takleh tahan dah masa nie...letih berlari tambah plak kena buli palu-palu...hahahaha..maka tersedih sat depan paip tu...BALQIS dengan FARAHIN dok dengan aku dekat situ...hahahaha...depa tolong jirus air kat aku....YUS cakap "mandi terus...mandi terus...." hahahaah.....maka mandi lah aku kat depan rumah....masa nie semua kena mandi sekali..hahaha...memang semua basah kena percik dengan air....nasib laa rumah aku hujung sekali takdak orang...time tu dah nak dekat Mahgrib...dah siap semua..pakat masuk rumah....nie kira okey lagi dari tahun lepas...aku kena mandi kat luaq tengah-tengah malam...sejuk gedikk oiii.... -_- haha

yang bestnya malam tu sepatutnya aku keluaq dengan SHIMA....nak beli MCD laa kononya...teringin nak makan punya pasal...BIRTHDAYGIRL laa katakan...hahahaha...tapi lepas aku siap mandi aku tengok BALQIS dah siap pakai tudung bagai...aku pun tanya laa.....

ALIA : qis...nak p mana? nak ikot sekali ka?
QIS : aaa...dak..tak p mana...hihi *terus keluaq bilik*
ALIA : dalam hati cakap "biaq betoi qis nie..." haahaha


pastu  SHIMA masuk bilik cakap dekat aku.....

SHIMA : weii alia..qis nak bayaq bil..dia nak p sekali...dah tu macam mana? kalau nak pinjam moto budak depan nie takot takdan..pain pun tak mandi lagi... *okey..aku tak ingat apa lagi yg hg cakap shima..haha* :P 
ALIA : haa takpa laa...hg p je laaa dengan qis....aku order ja....
SHIMA : okey...hg tulis hg nak makan apa...p amik order semua orang....

lepas semua dah pakat-pakat order maka kawan aku berdua nie pun pegi lahh beli MCD n bayaq bil...serius masa nie aku tak perasan lagi yang depa nak buat surprise bagai sebab memang tak terpikiaq langsung...kikiki...lepas dah lama sikit tu IMAN pulak tiba-tiba mintak nota statistic kat aku...aku pun cakap kat dia "alaa..nota alia dalam bilik, jap nak g amik..." dah masuk dalam bilik tu IMAN dok ajak bersembang..aku pun layan je laa sembang dalam bilik tu...hahaha...dalam hati dok rasa something bakal terjadi dah sebab sebelum IMANmintak tu semua pakat keluaq kat depan rumah...aku dok seriau depa nak baling tepung lagi sekali kat aku...tapi takpa..aku sembang ja dalam bilik dengan IMAN.....pastu tiba-tiba rumah BLACKOUT ! terjerit sat dalam bilik sebab terkejut..nasib fon ada dekat tanga..ada laa jugak lampu nak suluh dalam gelap....masa tu plak aku terus keluaq bilik pastu terus keluaq rumah...hahaha..masa tu aku dah nampak lampu lilin dekat kek...hahaha...depa beli kek rupanya....lagi sekali depa semua nyanyi lagu H A P P Y B I R T H D A Y dekat aku...terharu kawan-kawan aku sambut besday aku dengan meriah sekali tahun nie....hihihi....happy sangat :D thankyouu so much kawan-kawan...tahun nie last aku sambut besday dengan hampa semua.... :')

okey aku nak share sikit gambaq kami semua
lovely housemates | girlfriends
SHIMA DHADA BALQIS FARAHIN NAZIRA YUS SHEDA IMAN
Taman Delima 2
CHUA je takdak sebab dia dah balik kampung masa nie
\(^_^)/


syok ja depa celek kek tu kat muka aku kan...pasrah je laaa....
 le housemate !


 kek tu exciden maka terjadilah nama ALIA NABIL...kikiki...abaikan muka comot tu okey..
kami berbaju tido je...kau hadoooo?? hahaha
 

 BIRTHDAYGIRL

A little speech from me :)

Alhamdulillah.. telah diberi kehidupan di dunia ini selama 21 tahun.. macam-macam aku belajar tentang kehidupan dan aku akan terus belajar lagi..
Terima kasih buat semua yang telah menceriakan hidup saya selama 21 tahun ini.. semoga hidup kita semua akan diberkati olehNya..
Thanks jugak buat semua kawan-kawan yang still ingat dekat saya walaupun kita jarang contact n jumpa...kengkawan yang sudi wish dekat FACEBOOK, WHATSAPP, WECHAT, MESEJ dan tak lupa jugak dekat INSTAGRAM...i love you all ♥

thanks for lend me your eyes to read this entry (:

Salam Kasih Sayang,