"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Tuesday, March 15, 2016

After one month

Assalammualaikum !
Lama jugak tinggal blog nih tanpa khabar berita.. Acecece.. Hihi.. Actually busy biasakan diri dengan suasana baru. Almaklum lah lama tinggal zaman belajaq nih. Hehe.. Lagipun cara belajaq dekat universiti memang tak sama langsung masa belajaq diploma dulu. So aku kena lebih cepat pick up lagi. Hahahaha..

Hari nie genap sebulan aku dekat sini.. Sebab tu bercadang nak buat entry nih.. Hihihi.. So... Selama sebulan dekat sini apa yang aku boleh kongsi adalah..... Hmmm... First, mestilah kawan-kawan.. Haha.. Selain kawan-kawan yang aku kenal aku dapat lagi ramai kawan baru.. Buat masa nie okey je laa dengan semua orang.. Bak kata orang don't judge a book by its cover.. Haa tulah yang aku cuba buat nih.. Lain orang lain ragamnya.. Kena bertabah sikit lah sementara nak kenal betol-betol.. Hahaha..

Okey... Yang kedua, aku nak cerita pasal kelas lah.. Seriously aku tak suka cara atur kelas macam nie sebab kita kena pilih sendiri, atur sendiri jadual.. Ye, aku tau nie universiti tapi tak best sebab bila buat macam nie, hampa tak tau sapa betol-betol classmate hampa.. Serius cakap... Hahaha.. Kalau nak ambik gambar kelas pun aku konfius.. Sapa je budak kelas aku?? Hahahaha lawak..

Yang ketiga pulak.... Aku nak cerita apa ye? Hmmm.. Aku cerita bab makananlah.. Boleh kan? Sebab aku suka makan.. Hahaha.. Okey, makanan dekat sini okey je laaa.. Tapi biasalah tekak utara nih.. Ada dia boleh masok telan dia telan.. Yang tak boleh memang tolak tepi.. Hahah.. Tapi aku suka ayam tandoori n ayam madu dekat cafe G3 tu.. Memang sedap.. *pssst... Tu kedai mamak* hahaha.. Dah nama orang utara, mamak kat mana pun mesti boleh telan ja masakan dia.. Hahahaha.. Kat sini ada jugak pasar malam.. Tapi yang aku hampa ialah aku belom jumpa lagi bayangan nasi kukus ayam berempah.. Kempunan bertahun dah nie sejak tinggalkan Poli.. Tudiaa ayat.. Hahaha.. Tapi nasi kerabu ada dekat sini.. Hmmmm... Takpe lah... Harap-harap dalam masa terdekat ada orang jual.. Hahaha..

Okey... Ada apa lagi ye nak cerita?? Hmmmm... Takde apa dah kot.. Mungkin hanya kata-kata semangat untuk diri sendiri? Hihihi.. Aku harap aku dapat habiskan degree aku dengan jayanya.. Aamiin.. Ingat senang amik pendidikan? Nak sangat kan? Hadap je lah Aliaaaaaa... Ganbatte !!

XOXO,
MissY ❤