"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, April 28, 2017

PETUNJUK ISTIKHARAH

Assalammualaikum..🌹

Bila kita tengok perempuan atau lelaki yang kita mention namanya dalam istikharah.
Hati terasa 'LAPANG'.
Maka itu tanda JODOH yang baik.
Tapi bila kita sebut nama dia
Tengok gambar dia,
Jadi sempit dada,
Serabut fikiran, tak tenang, rasa ada something wrong,
Maka itu petunjuk bukan jodoh yg baik.

💙💚💛💜

Ingat.
Istikharah tak semestinya dapat 'petunjuk' dari mimpi, kadang dari pemilihan mak ayah pun boleh jadi asbab petunjuk dari Allah, yang mana keluarga hanyalah perantaraan.
Dan jika mimpi pun takda, mak ayah pun tak bagi jawapan.
Pilihlah mengikut apa yang ada dalam hati.
Again, apa yang ada dalam hati.
Cop ! Lubuk hati yang paling dalam.

💙💚💛💜

Saja nak ingatkan.
'Kasihan'
Dan
'Cinta'
Perasaan yang berbeza.
Jika kerana kasihan, jangan hairan terlalu ramai kita 'kasihankan' selepas dia.
Mendirikan 'masjid' bukan hal enteng untuk dimain-mainkan yaa kak bang dik ?
Tapi 'mendirikan masjid'
Merupakan 'penyatuan dua hati' yang sedia untuk tempuh laluan yang 'mencederakan kaki' bagi mereka yang tersilap langkah. 

💙💚💛💜

xoxo,
MissY 💘

Tuesday, April 11, 2017

Cara Untuk Redakan Marah

Assalammualaikum ! 👧

Lama tak update blog. Banyak je benda nak tulis tapi tak sempat lagi. Nanti kami up semua cerita-cerita yang kami nak bagitau dekat sini k. 😆

So hari nie kami ada dengaq tadi dekat astro Oasis.. 😇 Cara nak redakan marah.. Supaya lebih banyak bersabar.. Marah tu kan tak elok kan.. *padahal aku pun marah-marah dah sebelum tu.. hmm* 😓

Tekniknya ialah sentiasa mengamalkan 👇

S L T C

Stop 
- Berhenti ! Tarik nafas.. Hembuss... Supaya lebih tenang.
Listen 
- Kita marah mesti ada sebab kan.. So, kita dengar dulu apa yang ingin diperkatakan.
Think 
- Berfikir.. Fikir dulu sebelum cakap sesuatu.
Communicate 
- Apabila sedang marah, berkomunikasilah dengan sesiapa yang boleh mendengar.. Kita kongsikan masalah itu supaya kita lebih tenang.


Akhir sekali,
Semoga marahmu reda..
Dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain ataupun dirimu sendiri.. 😉

Btw, ayat nie semua aku olah sendiri lepas dengaq tadi.. maafkan diri ini andai ada kesilapan dalam menyampaikan ilmu yang aku dapat ini. 👐

xoxo,
MissY 💘

Monday, April 3, 2017

Welcome April 2017

"Just beyond the horizon of the so-called impossible is infinite possibility"

-Bryant McGill-

#welcomeApril2017