"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Tuesday, June 9, 2020

Pandemic Covid-19

Hi Assalammualaikum..

Lama tak update blog nih. Ada laa dalam setahun aku menyepi. HAHA.. bukan apa.. sibuk dengan study aje sebenarnya. Banyak benda aku nak share dekat sini so aku akan update entry slow-slow okay. Hihi.. so apa yang dah hampa capai tahun 2020 nih? Sedar tak sedar dah masuk setengah tahun dah kita dalam tahun 2020 nih. Tapi, tak terasa dek kerana kes Virus Corona nih. Semua pun sedia maklum apa yang terjadi dekat bumi kita nih. So disebabkan tarikh harini sama dengan tarikh aku mula-mula main blog dan kebetulan sama pulak dengan tarikh akhir PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat iaitu pada 9 Jun 2020 makanya aku buat post ni untuk peringatan di masa hadapan yang negara kita pernah dilanda situasi Pandemic ni..

Simpan sebagai pengajaran.

2020
PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APRIL - 14 APRIL 2020
FASA 3: 15 APRIL - 28 APRIL 2020
FASA 4: 29 APRIL - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Boleh dikatakan semua aktiviti harian TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh PKP ini dijalankan. Bahkan nak keluar beli barang dapur pun sorang je yang boleh keluar. Haa masa nie lah kaum lelaki a.k.a KETUA KELUARGA boleh belajaq beli barang dapur. HAHA. Pastu kecoh dekat FB dengan posting laki salah beli barang. HAHAHA. Takpe walaupun salah still boleh belajar beli sampai dapat yang betul. Nampak tak ada jugak kebaikan yang kita dapat daripada musibah yang Allah bagi nih? Ada hikmah sebenarnya setiap ujian dari Allah untuk kita semua nie. Allah nak sedarkan kita yang terlalu lalai dengan dunia ni. Buktinya kita lebih banyak masa dekat rumah. Boleh tingkatkan amal ibadah. Boleh luangkan masa dengan keluarga. Boleh buat macam-macam. Yang jarang masak pun tetiba boleh jadi pandai masak. Penuh je gambar dan resipi baru yang kita boleh cuba.(aku laa salah sorang tu) HAHAHA.. Haa.. pandang dari sudut positif ye. Hihi☺

Okay ini sajalah untuk post kali nie. Terima kasih buat semua yang sudi membaca. Nanti aku update entry yang happening sikit ye. Okay last but not least, jangan lupa jaga jarak anda dengan orang lain, cuci tangan, sanitize barang-barang yang baru dibeli dan jaga diri selalu. Kalau tak sihat pakai mask dan elakkan berjumpa dengan orang. Semoga kita semua dapat menghadapi dugaan ini sebaiknya sampai ke penghujungnya. Semoga virus Covid-19 ini cepat berakhir. Aamiin.❤

xoxo,
MissY❤