"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Sunday, September 22, 2013

Apa Itu Period Pain??

Assalammualaikum ! hai...selamat malam ! korang dah makan? kite baru lepas makan tadi..hihi..alhamdulillah..lauk hari nie lauk orang sakit..dah macam dekat hospital pulak rasa...oke stop pasal lauk..sebenarnya tak taw nak cerita apa post kali nie..tapi aku ada teringat pasal satu hal nie..nama dia PERIOD PAIN ATAU SENGGUGUT ! haa...ada jugak orang yang tanya aku macam mana sakitnya period pain nie sebab mereka tak tahu pasal period pain nie..ada jugak yang penah rasa pun macam mana sakitnya period pain nie kan? jadi aku rasa aku nak cerita sikit pasal period pain nie..sumber-sumber nie semua pun aku amik dari internet dan dari pengetahuan sendiri jugak :)

Period pain ATAU senggugut ini terjadi semasa kaum hawa or wanita ni sedang dalam masa/tempoh haid....selalunya period pain ni akan terjadi pada hari pertama hingga hari ketiga...kiranya 3 hari ni memang totally worse la...memang kena jaga gila-gila punya hati kaum hawa nie sebab mood dia memang tak menentu...rasa sakit dia pulak macam...ermmm....
- Pinggang rasa sengal
- Perut bahagian bawah (area peranakkan) rasa macam nak roboh atau jatuh kebawah *nie perasaan je tau! sebenarnya tak jatuh pun...hahahaha*
- kadang-kadang rasa cramp di perut, which mean, rasa sakit dia macam perut ni kena genggam kuat2 macam ada orang nak tarik or senang cerita, macam rasa kena perah2 la perut ni...*aku pun tak taw nak cerita sakit dia macam mana...hahaha*
- sakit perut ni boleh buat sampai orang tu berguling-guling...and kadang-kadang rasa mengilu di area tulang belakang...

bagi orang yang mempunyai masalah kurang darah atau low blood presure...dia akan rasa kebas2 di hujung jari, sebabnya kehilangan banyak darah time nie...then akan cepat rasa pening n boleh pengsan or pitam. *teruk kan??*

However, sakit bersalin pulak...aku cerita sikit lahh ye :) mengikut pengalaman orang lain...hahaha yela, aku tak kawin lagi, how do i know ape rasa dia kan?? menurut sumber yang boleh dipercayai ini, beliau kata...sakit dia lebih kurang macam period pain, tapi lagi teruk sampaikan boleh rasa kebas di kawasan pinggang ke bawah...

So, guys out there...kalau your gf, tunang or wife kata period pain itu sakit...yes...memang sakit! sangat sakit! serius! kalau lelaki yang menghadapinya...aku rasa lelaki tak cukup kuat untuk menahan....lagikan kalau sakit bersalin...sakit dia, hanya tuhan saja yang tahu....menahan sakit tu macam antara hidup dan mati....nyawa seperti berada di hujung tanduk je...sebab tu kalau wanita yang mati sebab bersalin nie dikira mati syahid..sebab setiap kali anak tu lahir semua dosa wanita itu akan dihapuskan..
 

Guys, kalau korang rasa sakit perut untuk buang air besar yang memulas-mulas itu adalah sakit yang amat sangat...kalau nak tau, sakit untuk period pain & bersalin adalah berganda-ganda lebih sakit daripada tu.....tapi, itu lah pengorbanan seorang wanita demi menyambung zuriat suami dan umat islam di dunia ini...
So for guys, hargailah wanita yang berada di samping anda...especially isteri yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda dan juga ibu yang melahirkan dan membesarkan anda...

For all lovely women out there...you are rock girl!! hahahahahaha sangat tough and berani untuk menghadapi pelbagai kesakitan dan kepayahan untuk menjadi seorang wanita, isteri & ibu kepada mereka-mereka yang terpilih...Alhamdulillah..Allah jadikan kaum Hawa wanita yang kuat ! :')


buat mereka (perempuan) yang tak pernah merasa macam mana sakitnya senggugut nie..apa yang aku boleh cakap anda sangat bertuah..hahaha...okey lahh sampai sini je kot post kali nie :) 


bagi yang menganggap benda nie personal saya mohon maaf..tujuan dan niat hati saya hanya ingin berkongsi kepada mereka yang tak tahu..sekian..harap info yang sedikit nie boleh buat korang faham :)
 

No comments:

Post a Comment