"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Sunday, August 28, 2016

Tips Penjagaan Wajah Wanita Korea

Assalammualaikum ! 
Actually aku terbaca tips nie dekat facebook, aku takut hilang tenggelam dengan post-post lain, so aku decide nak tulis dekat blog nie. Senang nak baca balik nanti. Hehehe. Bagus tips-tips nie semua and sebenarnya nie benda basic je nak jaga kulit wajah kita. Aku pun dah pernah share entry yang lepas-lepas tentang tips penjagaan muka. Kalau rajin carilah ye. 

Tips #1 Memakai Toner

Sebaik sahaja selesai mandi, anda harus memakai toner dalam masa 10 saat sebaik sahaja keluar dari bilik mandi. Ini kerana, lebih lama anda tangguh, kulit anda akan terdorong untuk menjadi lebih kering. Untuk memudahkan, anda boleh menyimpan toner di dalam bilik mandi. 

Toner sebenarnya juga berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang terbuka, anda juga boleh menyapu krim pelembab secepat mungkin. 

Tips #2 Memakai Mask Muka

Untuk mendapat hasil yang berkesan, wanita korea membawa kepingan mask bersama mereka ke gim ataupun spa. Sebaik sahaja pori muka terbuka oleh kerana wap panas di sekeliling, letakkan mask tersebut di wajah. 

Ini kerana, apabila liang pori wajah anda terbuka, maka lebih mudah kulit untuk menyerap segala nutrisi dan kebaikan yang terkandung di dalam mask berkenaan.

Tips #3 Urutan Muka

 Wanita korea gemar mengurut wajah mereka setiap hari. Terdapat banyak cara urutan muka yang boleh anda amalkan sebagai contoh, gunakan tulang ketuk jari (tulang bonggol) atau ibu jari untuk mengurut seluruh permukaan wajah untuk merangsang sel dan otot bawah kulit. Ini akan melancarkan peredaran darah dan oksigen ke wajah anda. 

Hasilnya kulit anda lebih menyerlah dan berseri. Urutan wajah ini juga dapat menghalang kedutan dan sebarang masalah penuaan kulit wajah.

Tips #4 Kerap Mencuci Wajah

Cucian adalah langkah pertama untuk mendapat kulit bak selebriti. Cucian yang pertama adalah membersihkan sisa solekan yang ada pada wajah anda dengan menggunakan pembersih yang berasaskan minyak. 

Selepas itu, gunakan pula pencuci wajah yang sesuai yang dapat membersih hingga ke dalam (deep clean) untuk cucian wajah kali kedua.

Tips #5 Tampar Wajah Anda

Ya, jangan terkejut kerana ia dapat melancarkan peredaran darah dan menegangkan otot wajah. Lakukan selepas membersihkan wajah anda.

Tips #6 Menggunakan Air Beras

Ambil beras dan rendamkan di dalam air bersih selama 10-15 minit, kacau dan gunakan air pekat seperti susu itu sebagai toner wajah.

Tips #7 Memakai Aksesori Pelindung

Wanita korea amat menjaga kulit mereka, bukan hanya wanita bahkan lelaki juga sama. Sebagai langkah untuk menjaga kulit, anda boleh memakai sarung tangan apabila memandu di tengah panas, memakai topi, sunblock dan lain-lain.

Jom kita try sama-sama mana yang mampu ! Hehehe.. 

Selamat Beramal ! 

Thanks.

xoxo,
MissY ♥

No comments:

Post a Comment