"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, August 22, 2016

J.O.D.O.H ♥

Assalammualaikum..

Pernah tak kita terfikir pasal jodoh? Tipu kalau ada yang kata tak pernah. Bagi aku, bila dah sampai umur 20-an nie memang kebanyakan orang akan fikir soal jodoh. Sekarang bukan masa untuk bermain cinta monyet lagi dah. Semua mesti nak cari yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan lagi masa nak putus dan buat perangai macam budak-budak sekolah.

Sama laa jugak macam aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku seronok sorang-sorang tapi lepas aku tengok sorang-sorang kawan aku bertunang, kahwin, and ada anak aku pun rasa kesunyian jugak. Kadang-kadang tengok orang lain pun ada jugak timbul rasa iri hati. Tapi aku tak terburu-buru nak cari pasangan hidup sebab aku percaya pada jodoh Allah. Memanglah kadang-kadang kita akan rasa sunyi tapi kalau Allah belum izinkan kita untuk bertemu dengan yang tepat, apa yang kita boleh buat kan? Kita hanya mampu berdoa je supaya ditemukan dengan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. Inshaallah. Sebab Allah dah tentukan jodoh, ajal maut kita semua. Sentiasa berdoa yang baik-baik.

Ramai orang cakap bercinta lepas kahwin nie indah tapi bagi aku memang ada baiknya dan ada jugak buruknya. Tak semua orang ada nasib yang baik. Contoh pagi tadi aku ada terbaca kisah seorang hamba Allah nie. Umur dia sebaya dengan aku 23 tahun and berkahwin dengan lelaki yang dia baru kenal. Konon bercinta selepas nikah, tapi last-last dia dapat tahu suami dia berhutang dengan along siap nak bagi anak dia dekat along tu. Memang banyak cerita baik yang kita dengar bercinta selepas nikah nie, tapi macam aku cakap tadi tak semua orang punya nasib yang sama. Sebab itu penting untuk kita selidik dulu latar belakang pasangan kita evenbaru kenal sekalipun. Mintak tolong saudara atau kawan-kawan untuk siasat latar belakang, kisah hidup pasangan kita dulu. Aku cakap nie untuk diri aku jugak supaya beringat sentiasa. Lepas aku baca cerita pagi tadi aku jadi takut pulak nak percaya orang yang kita baru kenal nie.

Tapi apa yang aku harapkan semoga aku ditemukan dengan orang yang baik-baik sahaja inshaAllah. Kalau dah sampai jodoh siapa kita untuk menolak kan? Semoga dipermudahkan semua urusan aku di masa hadapan inshaAllah. Aamiin.

XOXO,
MissY ♥

No comments:

Post a Comment