"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Sunday, September 30, 2012

Dugaan Hari Ahad

Assalammualaikum....lama tak update . hari nie tiba-tiba tergerak hati aku nak menaip kat blog nih . hahaa .. hati nie boleh tergerak nak update pun gara-gara kejadian yang berlaku hari nie ...... memang memerlukan tahap KESABARAN yang tinggi ! >.<

okeh , yang pertama ... biasa lahh dekat poli , ramai orang kan ? macam-macam orang ada , memang aku takkan perasan laa kalau orang yang sepatutnya aku tegur tu , aku tak tegur (tak paham buat-buat paham laah) hahaha .... aku tak tegur sebab tak perasan dia . okeh , memang aku merapu kat sini >.< pandai-pandai laa hampa nak paham -.- aku pakat taip ja nie .. hahahaa ... hmmm , okey-okey , sambung balik , cukup merapu setakat itu ... biasa lahh , orang ramai , memang takkan perasan laa dia tu , larat aku nak usha dia ja kan ?? aku jalan pun memang tak pandang depan , aku pandang mana ? aku pandang kebawah . tengok tanah bawah tu , tak tengok tanah pun aku tengok kasut aku yang tak berapa nak lawa tu ... huhu , memang takkan perasan laa ... huhuu , pastu sebab terasa aku tak tegur dia , balik rumah online FB , then hantar chat cakap aku sombong , ada ke patut ? macam laa dia tak taw perangai aku macam mana ? hmm ... sabaq aje laaa ...

yang kedua pulak ...... dah abih pasal kat poli .... balik rumah pulak .... tiba-tiba nampak satu kertas putih kat pintu pagar rumah .... wahh , semuanya (aku,shima,qis,eein,azi) dengan bangganya p amik ... surat CINTA laa konon ! ahaahaha .... setelah diamati dengan tekun surat tu .... rupa-rupanya surat SAMAN ! pegghhh ! memang terbaik laa ... nak taw surat saman sebab apa ? sebab SAMPAH yang BERTABURAN dekat kawasan rumah kami >.<
memang aku agak panas laa waktu tu , segala kata cacian bakal keluaq dari mulut ! dah laa tengah panas balik tengahari tadi , dapat pulak surat nih . bertambah panas rasanya . =,= sabaq aje laaa , sampah tu semua sebenarnya dah elok dah dalam tong sampah tu , tapi semalam pulak berlaku prang kat kawasan rumah kami nie , bukan takat semalam , malah malam-malam sebelum nie pun memang selalu berlaku PERANG nie >.< sampai dah naik muak dah rasa ... PERANG nie membabitkan HAIWAN yang tidak diTERNAK yang dok ada dalam hutan tu haaa .... nak kata hutan tebal takde laa tebal sangat pun ..... tapi binatang tu mai kot mana pun taw laa ... huhuu , tangkap p jual baru taw ! huh ! geli aku .... >.< binatang apa paham-paham laa :D kalau tak paham buat-buat paham laa .... binatang tu bila kena kat kita kena SAMAK ! hahahhaa .....

selesai yang tu , yang ketiga pulak .... sambung dengan cerita yang tadi .... oleh sebab dah dapat saman tu kami pun kemas laa rumah , sapu , mop segala bagai ... buang semua sampah yang bertaburan tu dalam plastik pastu p buang dalam tong sampah besaq punya kat depan ..... agak letih laa mengemas rumah nie ... huhuu .. biasa laa tuu ... huhu .... dalam letih-letih nie wajib laa rasa lapaq kan ? balik kelas tak makan apa lagi terus ja kemas rumah -,- elok nak p masak ja ,, alih-alih dapuq pulak buat hal .... gas tiba-tiba abih , aku pun tak taw bila kali terakhir gas nie DITUKAR -.- haihh laa nasib , sabaq aje laaa .... last sekali semua makan maggi masak guna heater jaaa ... malangnya nasib .... apa pun SABAR aje yang oleh buat ...

sekian , terima kasih laa sudi baca blog saya nih :) agak malang nasib hari nie , tak taw nak buat apa , so kita update je dalam blog .. hehehe ^_^

p/s : cerita ini adalah benar bukan rekaan semata-mata . maaf jika ada yang terasa hati @ berkecil hati dgn saya :)

Friday, September 21, 2012

cara-cara menjauhi zina


Assalamualaikum .... salam Jumaat pembaca-pembaca setia (ntah ade ke tak ^_^ )

hari nie saya mendapat tahu satu cerita yang agak memeranjakan diri saya sendiri .
saya sebenarnya tak percaya langsung dengan apa yang didengar . tapi betullah orang kata .
jangan memandang seseorang itu dengan sebelah mata . nampak je baik tapi perangai nauzubillah .
cukuplah setakat nie tentang dia . tak baik membuka aib orang lain . >.<

hari nie saya ingin mengongsikan cara-cara menjauhi zina . sama-sama lah kita mencuba sedaya upaya menjauhinya . Insyaallah :D

[1]  Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan."

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah
mencontoh Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu
bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh
mereka yang terlihat.

[3]  Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." (Lukman:6). Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati) .

[5]  Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa
yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut yang paling tinggi yang menjauhkan
seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada
perbuatan zina, maka bagaimana jika seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?

[6]  Mencari teman yang baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa.

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka anda akan disibukkan oleh kebathilan.

[9]  Ingatlah bahawa anda akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa.  Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maiyam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari mereka yang menjadi korban.

terima kasih kerana sudi membaca blog yang tak seberapa nie :D
semoga hari-hari anda akan dirahmati Allah s.w.t
Assalamualaikum ^__^

Thursday, September 20, 2012

Pengubat Hati Sedih


Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.


Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi.

Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.


Sumber:akuislam.com

tq . sudi membaca blog nie .... ^_^

Monday, September 17, 2012

dari hati ke hati ♥

Assalamualaikum .......
hello readers saya yang comel lagi hensem ♥ :D
agak lama tak update . sibuk dengan kelas dan assignment .

apa yang hampa rasa bila pandang seorang perempuan yang menutup aurat dia ditambah pulak dengan berpurdah ? maksud kat sini menutup aurat dengan sempurna . rasa tenang dan sejuk je hati kan ? aku pun rasa macam tu jugak walaupun aku perempuan .
bila aku tengok ,dalam hati aku pun cakap . kan best kalau aku pun macam nie . =) (angan-angan)
tapi kalau nak buat tu kena ikhlas bukan untuk suka-suka . pertama sekali kena laa pastikan kita nie betul-betul dah bersedia ke belum . kalau setakat pakai sebab BF suruh  , atau takot orang mengata , tak pun sebab ikut kawan , tak payah laa . kena ikhlas dari hati . =)

aku pun teringin nak pakai purdah . tapi belum sampai seru lagi . :)
insyaallah satu hari nanti bila aku rasa aku dah betul-betul boleh berubah jadi lebih baik dari sekarang (macam laa baik sangat :P) aku akan berubah . :)
buat masa nie slow-slow ubah diri , tingkah laku , dan yang paling penting solat :)
berusaha supaya sentiasa menunaikan solat 5 waktu penuh . takde yang tertinggal . insyaallah . doakan lahh :)

tak salah niat dari awal kan ? okey , aku pun tak taw kenapa aku jadi macam nie . =) hati aku rasa tenang je bila slow-slow ubah diri nie . aku bukan laa sejahat yang hampa fikir . aku bertudung cuma aku rasa aku nak lebih dari tu . :D

okey lahh . diharap post nie tak mengguris hati sesiapa . nie sekadar luahan hati saya . =)
mintak maaf jika ada yang kurang selesa lepas baca post nie . yang baik itu datang dari Allah dan yang salah itu mungkin dari saya sendiri . :) saya tak perfect dan semua manusia pun tak perfect . ade kelemahan dan kelebihan masing-masing .

sekian , terima kasih sudi baca blog budak kaki merapu nih ! =P
sayang semua ♥