"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, April 28, 2017

PETUNJUK ISTIKHARAH

Assalammualaikum..🌹

Bila kita tengok perempuan atau lelaki yang kita mention namanya dalam istikharah.
Hati terasa 'LAPANG'.
Maka itu tanda JODOH yang baik.
Tapi bila kita sebut nama dia
Tengok gambar dia,
Jadi sempit dada,
Serabut fikiran, tak tenang, rasa ada something wrong,
Maka itu petunjuk bukan jodoh yg baik.

💙💚💛💜

Ingat.
Istikharah tak semestinya dapat 'petunjuk' dari mimpi, kadang dari pemilihan mak ayah pun boleh jadi asbab petunjuk dari Allah, yang mana keluarga hanyalah perantaraan.
Dan jika mimpi pun takda, mak ayah pun tak bagi jawapan.
Pilihlah mengikut apa yang ada dalam hati.
Again, apa yang ada dalam hati.
Cop ! Lubuk hati yang paling dalam.

💙💚💛💜

Saja nak ingatkan.
'Kasihan'
Dan
'Cinta'
Perasaan yang berbeza.
Jika kerana kasihan, jangan hairan terlalu ramai kita 'kasihankan' selepas dia.
Mendirikan 'masjid' bukan hal enteng untuk dimain-mainkan yaa kak bang dik ?
Tapi 'mendirikan masjid'
Merupakan 'penyatuan dua hati' yang sedia untuk tempuh laluan yang 'mencederakan kaki' bagi mereka yang tersilap langkah. 

💙💚💛💜

xoxo,
MissY 💘

No comments:

Post a Comment