"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Wednesday, January 22, 2014

Bingkisan Rindu

Assalammualaikum.....

hari ini aku belajar untuk menjadi seorang yang kuat, yang tabah dan yang sabar dengan setiap ujian dari Allah. melihat kerenah manusia, kadang-kadang ada yang sangat menyakitkan hati, mujur rasa sabar masih ada dalam diri ini. aku tidak mahu diriku membenci orang lain atas kesilapan orang lain. semoga melalui liku-liku hidup ini, aku akan menjadi lebih kental dan kuat untuk masa depan. :)

Alhamdulillah..aku bersyukur kepada mereka yang menyakiti hatiku kerana aku dapat belajar untuk sabar dan terus tersenyum. Aku belajar daripada ujian, aku belajar daripada pengalaman, aku belajar untuk menerima ketentuan, aku belajar untuk yakin pada janji Tuhan, aku belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang. aku belajar dari segalanya, yang kembali membawa kita kepada DIA. aku yakin setiap apa yang ditarik olehNya adalah kerana DIA ada yang lebih baik untuk digantikan kepada kita. dan aku akan sentiasa berdoa untuk itu. semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat diriku. Amiin... :)

akhir kata.....

Ya Allah, di mana sahaja JODOHKU berada, Engkau lindungilah dia. Peliharalah imannya dan bisikan kepadanya bahawa aku juga merindui dia. Biar kita menjauh, cukup berhubung melalui doa. Aku percaya, kuasa doa mampu mengubah sesuatu. Semoga Allah sentuh hatimu. (':

No comments:

Post a Comment