"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Wednesday, May 22, 2013

Sakit Kepala !!

Assalammualaikum.....selamat malam semua !
aku sebenarnya tak berapa larat nak menaip nie..dah nak tidur rasanya..tapi sebelum tidur aku nak kongsikan INFO ine sikit dengan hampa semua...kebetulan aku tengah sakit kepala sekarang nie..aku pun tak taw apa punca dia..mungkin sebab aku banyak mengadap LAPTOP kot...nak buat macam mana...kos aku amik pun kos IT..memang comfirm lah kena banyak mengadap laptop..hurmm...pastu sebab tak cukup tidur sama kot..masa kat Dungun lahh..sekarang aku dekat rumah..mungkin baru sekarang effect dia...memang terok sakit kepala aku nie..sampai nak solat pun susah..nak bangun dari rukuk n sujud je aku rasa melayang-layang pastu berdenyut-denyut..rasa nak nangis pun ada...tak tahan sakit sangat..huhu..tengok laa esok...kalau tak baik jugak memang aku pegi check dekat KLINIK je laaaa jawabnya....hemmm :(

okelah...oleh sebab aku sakit kepala nie aku p laa cari kat internet sebab-sebab sakit kepala nie...aku jumpa laa artikel nie....

Punca2 / Sebab2 Sakit Kepala


1. Kekeringan atau Penyahhidratan - Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.

2. Perokok Pasif- Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala

3. Stress - Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat

4. Emosi - Fikiran yang bercelaru atau tak menentu

5. Penyakit - Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi, kemurungan

6. keadaan setempat - Duduk bertentangan dengan cahaya terang, Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu 

sebab tu aku tak suka bau rokok dan orang yang merokok ! huuu....ada lagi yang lain tapi aku amik yang nie je lahh...kalau nak taw hampa p laa baca sendiri oke ;) nie pulak petua nak hilangkan sakit kepala....

Cara mengatasi tanpa menggunalan ubat :


1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh - kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata - tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata ...rilekskan otot mata punca sakit kepala

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas - Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah

4. Picit/ Urutan kepala - Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur - Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman. 

nie pulak petua yang berkait dengan Islam sikit...insyaAllah lega....


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 


2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 


5. Baca Surah An-Nas (1kali) 


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)


NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit. 

colourfull sikit blog aku hari nie..ape pun selamat membaca..pada yang tengah sakit kepala tu ke boleh laa try..kalau tak lega jugak cuba lahh petua lain..banyak lagi petua lain...kalau tak baik jugak lagi elok lahh jumpa doktor dan check...takut ada benda lain pulak kan :)

thanks for visiting ! Good night , sweet dream !

Love,
ღ(。◕‿◕。)ღ


4 comments:

  1. Waalaikumussalam. :))
    Akak amik kos IT dekat mana ekh.?
    Akak kerap sakit kepala.? Moga akak pun mengamalkan langkah-langkah mengatasi tu ekh.? HEHE :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. aina sayang....akak amik kos IT tu kat poli laa dikk :)
      insyaAllah...mungkis sebab kerap ngadap laptop..sekarang dah oke ;) Alhamdulillah....mekasih ye dikkk ;)

      Delete
  2. Haaa,dah kak Alia dlm kos IT mestila kena ngadap laptop kan haa. Hehe. :)
    Ye,sama-sama kasihh akak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..tu lahh adik ! hehee . xpela...nasib badan :) hehee ! :*

      Delete