"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, July 13, 2018

Harapan

"Tak payah berjanji kalau tak yakin."

"Tak, ini bukan janji. Ini harapan saya. Harapan awak. Tak salah kan kalau kita berharap." 

-Andainya Takdir 2-

Dekat sini aku ada 2 pendapat!

First, yes tak salah. Tak salah kalau ada harapan untuk seseorang yang kita sayang. Kalau ada jodoh Alhamdulillah bersatu jugak. Jadi memang tak salah untuk mengharapkan sesuatu dalam hidup nie.

Second, salah sebab kalau terlebih berharap dan perkara yang diharapkan tu tak terjadi, diri sendiri yang merana.

So, moral of the story.. jangan sesekali memberi harapan dekat seseorang kalau kita sendiri tak tahu dapat tunaikan atau tak. Bagi aku bagi harapan tu sama je macam berjanji. End up nothing.. Dan yang diberi harapan atau yang dijanjikan itu yang akan merana.

And for those yang diberikan harapan tu, jangan terlalu berharap kalau taknak sakit hati. Kalau apa yang diharapkan tu terjadi bagus. Tapi kalau tak, diri sendiri yang merana, terluka, sedih, pedih.

********** 

I've been hurt myself two times because of this 'harapan' stuff. Because of too much trust. I know how it feels.

Just sharing. ✌️✌️

Sunday, April 15, 2018

April

Here comes April.

1. Balance is what keep our life right.

2. Bila Tuhan bagi sesuatu, syukur. Bila Tuhan ambil sesuatu, redha. Bukannya bila dibagi jadi sombong, bila ditarik jadi marah.

3. Don't fight battle that are not needed.

4. Mengalirkan air mata darah sekalipun tak boleh nak kembalikan apa yang dah pergi, dah hilang. Jangan melawan takdir.

5. What we feel can weaken us.

6. Berhenti salahkan diri untuk segalanya. Satu kesalahan yang kita lakukan tak menentukan siapa diri kita sebenarnya. Manusia boleh berubah.

7. Happy or hurt, right or wrong, the world keep spinning and the clock still ticking.

8. Apa-apa yang boleh terjadi dah terjadi dan bakal berlalu. Lalu untuk apa kita terus mengenang? Lepaskan.

9. With closeness come blindness.

10. Kadang terlalu dekat dengan bahagia buat kita mudah lalai. Oleh itu, kadang kita diuji dengan jarak dan perpisahan, untuk belajar menghargai apa yang ada.

11. With distance come awareness.

12. Jauh dari apa yang kita mahu bukan beerti dah tak ada peluang, Jauh itu seharusnya ruang untuk kita lebih berusaha, lebih berdoa dan lebih sedar tentang siapa kita.

13. What we have now could lost in one second.

14. Apa-apa yang kita ada ni sementara. Hargai sebaiknya. Jangan sombong. Ingat walau macam mana sayang sekalipun, semua yang kita sayang tu milik Allah.

15. Get over your tears, face the truth, let it fade.

16. Biar sabar memberikan jawapan. Biar doa menunjukkan jalan. Biar takdir menentukan tujuan.

17. In life, some things happen by chance.

18. Kadang peluang ada tapi kita je yang taknak manfaatkan. Setiap hari dibangunkan dengan peluang baru tapi kita masih lagi nak menyesali peluang yang dah berlalu.

19. Some things only happen because we make them happen.

20. Kalau kita tak mahu berubah maka kita tak akan berubah.

21. Life is long, inshaallah. And we don't have a clue about tomorrow.

22. Kita kata kita tak mampu nak cari pengganti. Tapi macam mana kalau esok hari Tuhan temukan kita dengan sesuatu yang lebih baik?

23. Stop being afraid. Stop thinking too much. Fill your day with what happen at this moment, not with the past.

24. Sebab kita hidup untuk hari ini maka fokus tentang hari ini bukan tentang semalam.

25. Let go, move on, love again.

26. Tak ada istilah terlambat untuk mereka yang mahu berubah.

27. Remember that behind everything there is a reason.

28. Selalu ada sebab untuk apa yang terjadi. Kita kena fikir dan muhasabah diri untuk itu, bukannya menyalahkan sesiapa, bukannya menyalahkan situasi, bukannya menyalahka takdir.

kredit : AKU ISLAM

Friday, February 9, 2018

Result Semester 4

Assalamualaikum 🙋

Haaaaa.. petang kelmarin dah kecoh pasal dah boleh check result ! Hahaha walaupun memang dok tunggu-tunggu result keluaq, dalam hati dok ketaq jugak sebenaqnya. Walaupun tengok senarai tampal (unofficial result) tu dah rasa lega tapi selagi result tak keluaq selagi tu tak lega hati nie. 😓

Alhamdulillah syukur segala penat lelah aku semester 4 nie berbaloi. Tak rugi naik turun library tu belajaq statistic. Risau sangat sebab aku tak faham sangat Dr. ajar dalam kelas. Biasa lah bila kelas dah ramai student, ada yang cepat ada yang lambat pick up. So, kadang-kadang jadi blur dalam kelas. Kena study sendiri lah jawabnya. 😔 Alhamdulillah result sangat tak dijangka. In Shaa Allah semester depan aku akan usaha lebih lagi.

Terima kasih jugak dekat kawan-kawan yang tak jemu ajaq benda yang aku tak faham. Dan aku halalkan jugak apa yang aku ajaq dekat hampa even aku nie tak reti nak explain dekat orang. Harap dengan ilmu aku yang sikit tu dapat tolong hampa jugak. Tahniah semua dan jangan putus asa. Kita usaha lagi next semester okay ! 💪

Semoga semester depan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semua urusan aku. In Shaa Allah. Aamiin. Doakan yang baik-baik untuk aku okay. In Shaa Allah aku selalu doakan yang baik-baik untuk semua kawan-kawan aku. Good luck to all of us ! Ganbatte ! 😘

Semoga semester depan aku dapat kurangkan hadap TV, kurangkan main, kurangkan buat benda-benda tak berfaedah (gosip) ! 🙅 Hahaha. Wayang tak boleh tinggal k ! Hahahahaha 🙈 Dan yang paling penting semoga aku kuat untuk cabaran dan dugaan semester depan. Sabarkan, tabahkan dan kuatkan hati aku untuk hadap semuanya nanti. Aamiin. 💝

xoxo,
MissY 💘


Thursday, January 25, 2018

#THROWBACK - My 24th Birthday Surprise !! - (20 April 2017)

Assalammualaikum ! 🌹
Haiiii Selamat Tahun 2018 ! Hahahaha.. nak habis dah bulan 1 nie. Tak sempat nak update blog nie. Sebelum nie busy dengan final tapi sekarang aku tengah cuti semester sampai bulan 2. Hihi so banyak jugak masa terluang. Selain melayan drama Korea aku boleh lah update blog nie jugak. Lama tinggai haaa.. 😂

So entry aku kali nie pasal birthday aku tahun lepas. Seperti biasa aku dapat lagi kejutan dari housemates aku nie semua. Thank you girls! Love you all so much ! Hehehe.. Tapi Farah takde kali nie sebab masa nie dia balik Terengganu. 👉👈

Okay dari mana aku nak mula eaaa?? Sebenarnya tak ingat sangat pun kejadian nie. Yang aku ingat masa tu kami plan nak pegi tengok wayang. Midnight laa kononnya. Hahaha. Kami tengok cerita Fast And Furious 8 masa tu. Aku laa nak tengok sangat cerita tu. Hahaha mana boleh tinggal, aku dah follow dari yang first lagi kot. Sebelum famous lagi cerita tu aku dah follow.. Kihkihkih 😛

So siang tu memang biasa-biasa je. Yang bestnya depa satu rumah tak wish langsung dekat aku even dekat group kelas semua dah start wish. Hahahaha lawak laa tapi aku tak kisah langsung pun sebab masa tu pun semua busy buat assignment. Yang paling lawak si Ika laa.. Beria mintak maaf dekat aku sebab tak wish sebab dia yang paling dekat dengan aku. Roomate laa katakan. Hahahaha..

Lepas tu malam tu pun kami plan keluar makan dengan geng-geng PSMZA. Ada laa si Muin, Fawwaz, Iqbal dengan Nina. Wawa takde masa nie. Dia balik rumah husband dia kot masa nie aku pun dah tak ingat. Hahaha.. So kami pun keluar lah makan dekat Batu Pahat sebab plan lepas makan tu nak pegi tengok wayang. Lepas makan pulak tiba-tiba budak-budak nie ajak aku pegi Old Street dekat BP tu. Aku pun okay je laa sebab memang tak penah pegi sebelum nie. Kira masa nie first time lah aku pegi. Hahaha.. 🙈🙊

Yang peliknya si geng lelaki tu pun nak ikut pegi Old Street. Orang ajak tengok wayang taknak. Hahaha tapi pegi situ nak pulak. Hahaha anyway thank you guys. Even dah malam still luangkan masa nak sambut birthday iolss ! Hahahaha.. Dah sampai dekat situ kami pun naik laa dekat atas. Sambil jalan-jalan tu aku dengar budak-budak nie nyanyi lagu "Happy Birthday" sambil bawak kek keluar dari kedai ! Hahahahahahahahahaha.. Terkejut aku tengok semua orang tiba-tiba ada dekat situ. Padahal siang tadi semua plan nak keluar tempat lain. Ajak tengok wayang pun taknak. Hahahaha. Terharu iolsss tauuuuuuuu ! Nasib tak nangis kat situuuu tauuu.. 😚

So sampai situ lah kisah surprise birthday aku untuk tahun lepas. Kira masa U nie agak baik sikit laa dari masa poli dulu. Kalau masa poli dulu aku asyik kena buli je, pastu baling tepung ! Hahahahaha.. Kalau nak tau rajinkanlah belek post lama aku. Semua birthday surprise aku update sini. Untuk kenangan diri sendiri sebenarnya. Hihihi.. 💋

Okay sambung... lepas tu semua makan kek dan of course bergambar tu wajib ! Hahahaha.. nanti aku share gambar-gambar dekat bawah k.. 😘


Haaaa nie lah housemate kami ! 💕




Nie pulak mereka-mereka yang sudi luangkan masa join surprise birthday aku nih ! 
Thankssss semuanyaaaaaa 💗






Nie laa rupa kek aku ! Comel kannnn ?? Hahahaha pandai cari budak-budak nie..


Nak potong kek pun ketaq-ketaq tangan ceq ! Maluuuuuuu 😳😳


Roomate tersayang ! 💝 


Hada comel yang suka babykan aku ! Hahaha 💋


Si Kakdeq tiap-tiap tahun nak calit kek dekat muka ! Hahahaha.. 
Nasib baik si Anim lapkan untuk aku 😚


Birthday girl berangan jadi Cinderella duduk dalam kereta kuda ! 
Hahahahaha 🙈 


Tetiba boleh terjumpa Atul pulak masa nie.. So kami pun welfieeeeeee... 💃💃💃


Lepas tu dekat wayang jumpa pulak dengan Jiha and housemates dia.. Hihihihi 💗 


So tercapai lah hajat aku nak tengok Fast and Furious 8 ! Pukul 4 pagi baru kami balik haaa ! Hahahahahahaha nak tengok midnight sangat 😜 Amik kauuuuuuu 😝 


Lastly, thank you so much for everything girls ! Aku bersyukur sangat-sangat aku selalu berjumpa dengan kawan-kawan yang baik sepanjang aku hidup nie. Love you guys so much ! 😘 Semoga persahabatan kita semua kekal sampai jannah. Aamiin 💟


The End !

xoxo,
MissY 💘


Thursday, December 28, 2017

Mimpi Kahwin !!!!

Assalammualaikum ! 💟

Yaaaa.. Lama aku tak menaip dekat sini.. Sibuk dengan esaimen sampai tak cukup tidoq.. Huhu.. So sekarang nie aku masih dalam mood study week (mood bersenang lenang) walaupun exam mula 31hb nie.. hahaha.. 😂

Tapi sebenarnya punca aku nak menulis nie sebab semalam tiba-tiba ja boleh mimpi.. Aku mimpi aku kahwin tapi aku tak kenal sapa lelaki tu.. Aku cerita sikit kronologi aku mimpi semalam tu ehh..

1. Aku pakai baju putih, tudung putih.. semua serba putih lah senang cerita..
2. Dah selesai akad nikah laa kononnya nieee.. tetiba aku nampak kawan-kawan lelaki aku masa sekolah ramai-ramai..
3. Aku jalan terus ke depan.. Lepas tu ada sorang lelaki nie ikut aku dari belakang.. Dia macam tak boleh terima yang aku dah kahwin..
4. Aku pusing tanya dia 'Kenapa?" tapi dia tak jawab apa pun..

Aku terjaga sebab Subuh... tapi lepas tu aku sambung tidoq lagi.. Ahahaha.. Nak tau kesudahan mimpi sebenaqnya.. sebab tak keluaq lagi muka husband aku tu.. So tak puas hati nak sambung mimpi lagi..

Dan memang mimpi aku tu bersambung.. fuhhh nasib baik sambung !

5. Aku sampai dekat 1 rumah nie.. lepas tu muka laki aku keluaq (wah macam drama tau !) Haha..
6. Aku tak kenal, masa nie baru aku nampak muka dia dalam mimpi aku tapi memang tak kenal..
7. Lepas tu, aku tak sure macam mana.. tetiba jadi cerita hantu weh ! Pakat jadi hantu pulak.. Hahahahaha aku rasa terbawak-bawak cerita korea aku tengok semalam.. (Hwayuki - A Korean Odyssey)

Lepas tu aku terus bangun, pelik betoi mimpi aku.. Aku teruskan hari aku harini dengan memikirkan pasal mimpi tu sepanjang hari so sebab tu aku decide nak tulis dekat sini pasal mimpi aku nie.. Aku ada search tapi menakutkan pulak.. Orang cakap jangan percaya sangat dengan mimpi-mimpi nie semua so aku baca just untuk pengetahuan tapi aku taknak percaya.. hmm..

Apa pun maksud di sebalik mimpi nie semoga aku dijauhkan dengan benda-benda yang tak elok.. Aamiin.. 😖 

xoxo,
MissY 💘

Friday, October 27, 2017

My Skincare Product

Assalammualaikum ! 💟 
Lama betul aku tinggal blog nie tanpa apa-apa cerita baru.. chewaaahhh ! Hahahaha..  Macam laa ada pembaca setia kan? Hahahaha.. Tapi kalau diam-diam orang dok baca sapa tau kan? Hihihihi.. 🙈

Okay harini aku terpanggil nak share pasal skincare yang aku selalu pakai. Actually aku baru try yang nie.. Memandangkan orang dok cakap "muka elok dah" "muka flawless" "muka licin" yang mana aku tak rasa macam tu pun tapi orang yang cakap so aku terima aje lah apa yang orang kata.. Haaa gituu.. 😐

Okay first sekali untuk dapat muka yang cantik, licin, dan bersih hampa MESTI kena rajin cuci.. Serius aku cakap aku memang selalu cuci muka, even masa nak amik air sembahyang pun aku still cuci pakai pencuci muka.. Kalau hampa duduk rumah saja tak p mana or tak pakai make-up tu takpe laa kalau taknak guna pencuci muka pun.. Yang aku cakap nie untuk yang selalu pakai make-up.. Jangan sayang make-up ye, sayang muka.. Make-up habis boleh beli, muka rosak? Hadap lah sendiri.. Ooppss.. 🙊 Masa nak wuduk tu cuci sebersih-bersihnya muka hampa okay.. 😄

Aku bukan bangga ye muka aku licin tak bermasalah macam sesetengah orang.. Kadang kesian jugak tengok kawan-kawan sendiri ada masalah.. Kita nak tolong pun mampu tolong share apa yang patut je, sebab aku bukan pakar kulit, pakar kecantikan or what. Aku mampu share apa yang aku buat, pakai, ataupun apa yang aku baca je.. Kulit kita semua lain, dan ada masalah lain-lain. Nak lagi senang jumpa pakar terus and tanya apa masalah kulit masing-masing and mintak dia cadangkan skincare apa yang sesuai dengan kulit hampa. 

Okay macam aku, yes.. Aku pun ada masalah kulit sensitif jugak. Ada skincare yang aku tak boleh pakai, ada yang aku boleh pakai.. Before this, aku banyak tukar-tukar skincare. Aku pernah jugak cuba local skincare. Alhamdulillah kulit aku okay, maknanya skincare tu sesuai laa dengan aku. Tapi lepas keluar macam-macam cerita pasal local skincare nie aku jadi takut nak pakai dah and aku stop. 

Aku pun dah pening nak pakai skincare apa sampai aku biar je muka aku nie tak pakai apa-apa dalam masal 1-2 bulan. Hahaha punya malas nak fikir. So masa nie laa aku cari-cari dekat internet apa yang okay untuk aku pakai. Sampai lah aku ternampak skincare Hada Labo nih. Tengok feedback macam okay so aku decide nak try. So aku pun belilah pek percubaan nie.. Harga sorry tak ingat.. Aku beli nie awal tahun 15 Januari 2017.


Haa nie laa pek percubaan tu. Sebelum nak try apa-apa produk yang baru, hampa try laa beli yang kecil dulu,takut tak sesuai nanti membazir. Dah nak kena cari orang pulak nak bagi kan. Dan sebelum try produk baru pastikan muka hampa rest daripada produk lama lebih kurang seminggu. Macam aku sebulan lebih jugak aku biar muka aku tanpa apa-apa skincare. Cuma aku pakai pencuci muka safi adik aku punya je. Hahahaha.. Dalam nie ada pencuci, toner and moisturizer. Tapi aku tak boleh pakai laa moisturizer dia sebab moist sangat ! Haha.. Macam lotion.. Rimas pulak lepas letak kat muka so aku hanya pakai pencuci and toner dia aje. Memang best dan alhamdulillah sesuai dengan kulit muka aku.

So aku pun teruskan pakai Hada Labo nih sampai lah sekarang.. Sekarang aku pakai yang nie.. 

 

Softening & Whitening Face Wash harga RM21.10 (depends kalau ada sale or not). Face wash dia ada banyak jenis, boleh pilih sesuai dengan masalah kulit masing-masing. Aku dah pakai lama Hada Labo nie dari awal tahun lagi and memang best. So recommended ! 😁 Tahan lama jugak, termasuk yang nie aku rasa aku baru beli 3 botol.. 


Okay untuk toner pulak aku pakai yang ini. Hydrating Lotion.. Harganya aku tak ingat.. Tapi mampu milik.. Lebih kurang dengan harga face wash dia jugak. Toner nie aku baru beli  sekali selama aku pakai dari awal tahun nie. Nampak tak betapa jimatnya? Sebab toner nie just tuang sikit je dekat tapak tangan lepas tu terus sapu je dekat muka. Takyah nak guna kapas. Sebab dia cair sangat macam air. So hampa patut try. 😄


Last but not least, macam yang aku cakap tadi, aku tak boleh pakai moisturizer Hada Labo nih so aku gantikan dengan Olay Moisturising Cream nie. Harga dalam RM2+.++. Aku tak ingat. Tapi harga mampu milik. Aku memang dah lama pakai moisturising cream nie. Tak ingat sejak bila tapi rasanya sejak sekolah kot. Nie botol yang ke berapa pun aku dah tak ingat. Kotak cream nie warna hitam dan putih. Cream dia warna pink lembut. Jangan salah beli ye. Sebab yang jenis nie susah nak jumpa sekarang. Aku takut Olay dah tak keluarkan yang nie apalah aku nak pakai pulak lepas nie. Hmmm.. Aku memang pengguna tegar Olay dari dulu lagi. And cream nie memang bagus. Semua pun sedia maklum kan kenapa kita kena pakai moisturizer nie kan. Untuk bagi muka kita lembab and tak kering. Nie basic step lah untuk student yang pemalas macam aku nie. Lepas pakai moisturizer nie aku terus je pakai bedak compact. Aku tak suka pakai foundation. Hahaha.. Simple je weh nak pergi kelas je pun 😔


So inilah skincare yang aku pakai selama nie. Kalau ramai yang nampak muka aku elok tu alhamdulillah, yang nampak muka aku biasa je tu okay jugak alhamdulillah.. Hehehehe.. Aku just share apa yang aku pakai untuk hampa-hampa yang tertanya-tanya tu. 😜

Lastly, jangan malas cuci muka kalau nak muka licin okay? Sebab sisa-sisa make-up tu yang rosakkan muka sebenarnya. Semua nie hampa boleh dapat dekat drugstore je. Watson ada, Guardian pun ada. 😊

Sekian, semoga perkongsian nie bermanfaat untuk semua. Semoga kita cantik sentiasa.. Haaa gituuuu.. Hahahaha bye ! 

Thanks for reading.

xoxo,
MissY 💘

Friday, September 15, 2017

New Semester !

Assalammualaikum ! 💟

Aku dah masuk semester 4, rasa sat ja.. Huhu.. Semester nie tak banyak final tapi banyak projek.. Yela, subjek yang takdak final nie lagi susah sebenarnya sebab nak kena cari markah dekat projek. Kalau projek KO, KO lah markah kami.. Huhu.. Semoga dipermudahkan urusan aku untuk semester nie. Semoga tak lalai, semoga kurang tengok tv, semoga siapkan kerja awal dan tepat pada waktu.. Hahaha.. Jenis suka buat kerja last minute 😁

Buat masa nie tak rasa lagi stress dia.. Cuma yang aku stress subjek technical writing aku tak boleh daftar lagi sebab dah full, nak daftar manual pun tak boleh sebab lecturer tu dah takmau sebab dah full 40 orang pelajar dalam kelas depa.. Kelas sampai 15, tapi semua 15 kelas tu penuh 40 orang ! Haisshhh.. Aku nak campak celah mananya nie? Hmmmm 😓 Kalau tak dapat amik sem nie kena amik sem depan ! Aku harap subjek sem depan tak hard sangat. Tapi sem depan dah kena amik PSM 1. Aku still tak pikiaq lagi nak buat apa untuk PSM aku nih. Hmmmmm.. 🙍

Lastly, semoga aku berjaya lalui semester nie dengan happy dan tenang ! Hahaha.. Jadi student nie stress dia tak tau nak habaq.. Kalau kerja pun ada ja stress dia.. Pokoknya, apa yang kita buat semua stress.. Hahahahaha.. 😥 Okbai !

xoxo,
MissY 💘



Monday, August 14, 2017

Haters Gonna Hate

Assalammualaikum... 💋

Okay first sekali kami nak pesan hidup nie jangan membenci kalau takmau dibenci... Haaaa gituuu.. 💢 Tapi biasalah kita tak kacau hidup orang pun masih ada yang membenci atau ayat manis sikit iri hati (mungkin) dengan diriku yang serba kekurangan ini. 💁

Alhamdulillah semakin benci dikau kepada diriku semakin bahagia hidupku.. Kahkah ! Kami tau ada je manusia yang dok stalk hidup kami nie.. Kami tak kisah laa hampa nak kata apa pun pasai kami.. Kami pun ada hidup sendiri.. Cuma kami nak cakap dekat sini let bygones be bygones.. 💞

Kami cuma perlukan orang-orang yang betoi-betoi ikhlas ja nak kawan dengan kami.. Kami tak perlukan stalker yang nak stalk hidup kami lepastu p bercerita.. (taktau lah kalau yang lelaki pun kaki gosip) And kami ada hak untuk pilih dengan siapa kami nak berkawan.. Jangan terasa kalau TERKENA remove okay 😀

Akhir sekali, semoga kita semua bahagia dengan hidup masing-masing dan semoga kami dapat maafkan hampa hampa hampa hampa dan hampa semua okay 😘 Move on please guys 🙊 Kami mintak maaf lah kalau-kalau ada yang hampa tak puas hati lagi dengan kami nie sebab kami memang dah takmau tau apa-apa pun pasai hampa semua.. Takmau ada pun dalam kenangan hidup kami nie tauuuu.. Haaaaa biaqlah masing-masing dengan hidup masing-masing naaa.. Dan apa pun yang kami buat takdak kena mengena langsung dengan hampa hampa hampa hampa semua tauuuu ! 😚

Jangan mengutuk, nanti dapat pahala free ! (Alhamdulillah, terima kasih dok bagi pahala kat kami) 🌸

xoxo,
MissY 💘

Sunday, July 30, 2017

Result Semester 3 ❤

Assalammualaikum.. 💕

Akhirnya result kami semua dah keluaq pagi tadi.. 👏 Hahaha.. sem nie lah sem yang paling lama nak tunggu result keluaq. 😓 Mungkin sebab lecturer nak tunggu semua orang hantar report masing-masing kot. Sebab kami semua buat ROS kan sebelum nih.. huhu.. tu yang lambat tu result nak keluaq.. 😆

Alhamdulillah result masih dalam range yang aku puas hati.. In Shaa Allah semester depan aku akan usaha lagi untuk dapat lebih baik. 😁 oh yaaa.. Aku dah janji nak cerita serba sedikit pasal orentasi sekolah aku tu kan? Nanti aku cerita selama 2 minggu tu aku buat apa dekat sekolah.. heheheh.. 😍

xoxo,
MissY 💘

Friday, July 7, 2017

Teacher to be.....

Assalammualaikum 🌹
Alhamdulillah for my new journey. Hari Ahad nie aku akan mula ROS atau Rancangan Orentasi Sekolah dekat sekolah lama aku in shaa Allah. Doakan urusan aku berjalan lancar selama 2 minggu nie. Aamiin. ROS nie salah satu perkara yang semua bakal guru perlu buat sebelum bergelar seorang pendidik. Semoga Allah mudahkan bagi aku. Haaa.. Nak tau apa aku kena buat sepanjang ROS nie? Tunggu aku update semua dekat sini okay. Yang pasti kena buat report lah.. Hahaha.. Good luck buat semua kawan-kawan yang akan menjalani ros minggu depan termasuk jugak diri sendiri 😊

xoxo,
MissY 💘