"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Monday, August 1, 2016

#THROWBACK - Konvokesyen-12 PSMZA 2015

Assalammualaikum.... ! 
Haiiii ! Lama betoi tak terjah bloh hakak nih. Hahaha. Hakak tengah menikmati cuti semester nih 2 bulan lebih. Mereput ler hakak dekat rumah nie haa plus dok tambah berat badan.. Kikiki.. So mai kita bercerita. 

Memandangkan adik-adik hakak dekat politeknik (PSMZA) tu nak konvo esok, hakak baru teringat hakak takde tulis entry pasal konvokesyen hakak tahun lepas yang bertarikh 4 Ogos 2015 ! Haahaha.. Setelah setahun baru nak publish.. So jangan ikut perangai tangguh-tangguh hakak nie yee adik-adik..  Tak baik untuk masa depan.. Hahahaha..Okey jom baca cerita hakak.. Hakak tengah layan lagu hindustan nih.. Menari-nari sambil menaip nih.. Hahahahahaha..

2 OGOS 2015

Hakak bertolak pagi dari Kulim and sampai Dungun malam dalam pukul 8 lebih macam tu. Sepanjang perjalanan tu perasaan teruja hakak memang tak boleh nak simpan. Tahap rindu apa pun taktau lah.. Masuk je pekan Dungun lagi bersemangat biarpun jauh perjalanan. Sikit pun tak rasa letih.. Serius nie kami habaq kat hampa kami tak tipu.. Hihihi.. Lepas dah check-in hotel hakak bagitau Ummi Abah hakak nak p keluaq makan dengan member-member hakak. Yela lama tak jumpa, rindu laa katakan.. Hahahaha.. Kebetulan Shima dengan Farahin pun duduk dekat hotel yang sama so kami bertiga gerak sekali ke tempat pertemuan.. Cehh pertemuan sangat ! Hahaha.. Kami duduk hotel depan poli tu aje haaa.. Senang nak p poli esok harinyaa.. Hehehehe.. Kami semua jumpa dekat restoran peberet kami Restoran D'Pantai Tomyam. Selalu makan kat situ sebab sedap makanan dia. Kena dengan selera hakak. Hakak nie cerewet sikit tambah-tambah bab makan. Hihi. Member-member hakak panggil kedai nie kedai Abg Hensem (hensem keee?) sebab semua pekerja dia lelaki. Kahkahkah.. Okay hakak tak ingat sapa yang sampai dulu, tapi lepas semua dah sampai memang riuh kedai tu dengaq sora kami ja.. Ahahahaha maklum laa lama tak jumpa macam-macam cerita dok ada. Makanan sampai baru senyap makan.. Lapaq tetap lapaq perut kena isi.. Hakak usaha tak makan berat-berat sepanjang perjalanan sebab dah janji nak makan sekali dengan depa nie semua. Kihkihkih.. (perjanjian nak jumpa malam nie dibuat sebulan sebelum konvo lagi) Haaa nampak dak tahap rindu kami antara satu sama lain? Hahahahah koyaa.. Haaa bila dah jumpa tu apa lagi? Bergambo laahhh kamiiiii... Kikikiki.. Banyak gambq tapi banyak jugak yang gegaq sebab kami semua nie bukan reti dok senyap masa amik gambaq.. Hahahahahaha.. Takmau laa bubuh satg depa mai saman hakak pulak.. Hahahahahaha.. Nie ja mampu diselamatkan. Tu pun ada ja muka tak ready. Kah!

Kot hampa rasa gambaq nie kecik ka tak nampak, hampa klik ja kat gambaq tuu.. besaq gedabak dia keluaq.. Hahahah..





Haaaa.. Lepas dah habis makan kami semua p lepak dekat taman.. Nak p pantai gelap sangat pulak.. Tak berani sebab takdak lelaki.. Lepak tu lepak jugak, keselamatan jangan lupa okey adik-adik.. Walaupun kita ramai ! #nasihatkakAlia .. So kami cari laa tempat cerah.. Kami bercerita lagi panjang pasal diri masing-masing.. Masalah masing-masing.. Alhamdulillah dapat kawan macam depa nie.. Hakak bersyukur sangat sebab depa nie memang kawan yang paling terbaik penah hakak ada. Kawan susah senang gelak menangis semua dengan depa nie.. Orang cakap bila duduk sebumbung baru kita tau perangai masing-masing.. Memang betul pun benda tu.. I love uollssss so muchhhh #family2981 !! :( hmmmmm rinduuuuuu.. Okey sambung.. Lepas kami sembang-sembang dekat taman tu semua pakat nak tidoq sekali. Takmau balik hotel masing-masing.. Hahaha.. Rindu.. 8 orang kami tidoq sebilik.. Muat ke tak muat ke sumbat je.. Haha.. Yang best balik hotel amik baju pastu baru bagitau ummi abah kata nak p tidoq ramai-ramai.. Hihihi.. Pastu mak-mak nie semua siap pesan "tidoq awai, jangan dok bersembang sangat, esok pagi nak p raptai pulak." Semua pakat balik mintak izin dekat mak ayah masing-masing.. Hahaha.. walaupun esok tu raptai ada kami kisah? Bangun awai pastu p je.. Kihkihkih.. Punya tak puas bersembang semua sanggup. Kebetulan masa tu Balqis, Iman dengan Farah booking hotel sekali sebab parents depa esok tu baru nak mai Dungun. Hihi..

3 OGOS 2015 


Jeng... jengg... Maka tibalah hari raptai kami.. Pagi-pagi tu jam semua orang pakat bunyi.. Pakat bangun dengan muka mamai p balik hotel masing-masing. Hahahaha.. Lawak bila ingat balik.. Shima lagi lawak, dah laa dia yang drive.. Kahkahkah.. Dah siap-siap kami semua p raptai konvo dekat poli.. Masa nie bertembung aje dengan kawan-kawan lain. Tak larat nak bagi senyuman manis.. Hahaha.. Manis ke tidak tak tau lah.. Tapi rindu poli kot, masa jejak kaki tu rasa bersemangat betoi.. Hahahahahahaha.. Dannnnn seperti biasa kami bergambo lagi.. Hahahahha.. Haaa.. masa nie ada lecturer kot.. Aku tak kenal laa.. Tapi depa ramai jugak dalam 3 orang kot kalau tak silap.. Dia nampak kami nak bergambar lepas tu dia cakap "nak saya tolong amikkan ke?" kami pun dengan pantas "haa.. boleh jugak" "terima kasih" "takpe ke? tak menyusahkan?" hahahahaha.. dah orang offer tunggu apa lagi?


Masa nie dia cakap "buat laa candid sikit, gelak-gelak gerak-gerak, posing laa macam mana pun." Nie kami gelak betoi-betoi nih.. Hahahaha.. Dia tak tau kot kami malu kawan dia lagi 2 orang dok tengok pastu dia pulak p cakap lagu tu.. Hahahahaha.. Apa pun terima kasih En.TakTauNama :D


Nie sopan sikit, lepas posing macam nie laa encik tu cakap macam tu.. Hahahahahaa sabaq je laa..

Lepas keluaq dari dewan kami kena p amik jubah pulak dekat library. Masa nie kena pilih betul-betul saiz jubah sebab kalau besaq dia akan labuh dan bahu akan jatuh so tak cantik, nasib laa hakak jumpa yang sesuai dengan hakak sebab hakak nie tinggi sepasal pastu tangan pulak panjang, banyak kali hakak amik pastu tukaq last sekali hakak p tunjuk terus dekat lecturer yang bertugas tu, dia kata "okey elok dah yang nie" Lega hakak.. Hahahaha.. Ceyy masa tu semua semangat nak p bergambaq dekat pantai laa pokok twilight (nak tau pokok twilight tu kat mana pm tepi.. Haha) laa last-last semua tak jadi sebab hujan.. Kahkahkah.. Sedih.. 


Maka nie je lahh gambaq pre-convo hakak ! Sedihhhhh woooooo ~ T_T

Masa kami tengah raptai, budak-budak kos lain dah konvo dah.. Kos (IT) kami esok harinyaa.. Hihi.. So ada laa terjumpa geng-geng yang konvo hari tuu.. Tahniah lerr awok-awokk ! Hihi..



Sebab boleh bergambar dengan mereka ini adalah sebab nie adalah sebahagian ahli SPRK (Sketeriat Pilihan Raya Kampus)  Hakak masa dekat poli rajin join macam-macam.. Masok universiti jadi malas.. Kah!


Ini Aqmal, suka panggil kite Kak Billa.. Haaa lain dari yang lain tau.. Sebab tu hakak ingat adik sorang nihh.. Kikikiki..





Tamat untuk hari ini.....

4 OGOS 2015

Maka... hari yang dinantikan oleh kami semua telah tibaaaaaa.. Hihi.. Harini semua bersemangat plus dengan ketaq perut sebab nak kena naik atas pentas. Masa raptai semalam tak semua orang kena buat.. Buat laa tetiba terjatuh tergolek apa pun tarakkk ! Hahahaha.. Semua member hakak dah cun melecun dengan jubah konvo wauuu.. Hihihi.. Kami pun berjalan pegi Dewan Kuliah Utama (DKU) sebab semua pelajar kena berkumpul dekat situ dulu sebelum bergerak ke Dewan Besar.. Acara selfie welfie candid semuanya lahhh bermula.... Hahahahaha.. Hakak memang suka bergambar sebab bagi hakak tu kenangan yang kita ada, setiap gambar tu ada situasi masing-masing, cerita tersendiri yang kita boleh kenang. :) 

Situasi di luar dewan....


Team projek hakak ! Farahin and Farah




Biasa laa, kami memang tak reti dok senyap, jadi laa gambaq lagu nih ! Hahaha..




Welfieee.. Sejenis Alia yang suka menempek bila nampak camera ! Hahahaha


Me Myself ! :D

Situasi di dalam DKU....











Haaaa nie lah hasilnya bila pelajar sampai awal lepas tu depa mula lambat pulak kan.. Hahahaha.. Ada banyak lagi gambo tapi hakak share hat nie ja laa.. Hahahahaha.. Kad oren tu semua wajib bawak, kalau takde takleh masok dewan.. Hahhaha.. Sebab kad tu akan di scan dan nama kita akan keluar dekat skrin besor masa kita naik pentas dalam dewan tu nanti.. Hiks ! (masa tengah taip nih tetiba lagu Politeknik Malaysia keluaq.. hakak play random je nih.. hahahahahahaha)

Lepas dah dengaq taklimat sikit kami pun bergerak ke dewan besar.. Bergambaq habis-habisan lerr sebab dalam dewan besar tak boleh bawak masok hp.. Hakak nie jujur, so hakak pun tak bawak, suruh mak hakak pegang.. Hahahahaha.. Baik tak hakak? :P










Masa tengah beratur nak masuk dewan besar pun menyempat tau ! Hahahhaa.. Bukan kami je.. Bebudak lain pun sama.. Bebudak laki pun ramai je dok bergambaq kat belakang tuu haaa.. Hahahaha.. :P


Dimana ada camera disitu ada kami.. Hahahaha :D


Nie video perarakan masuk kami dalam dewan.. Haaaaa.. Muka sapa hat ada termasuk tu untunglah.. Hihihi.. Tapi muka kami 10 orang wajib lah ada sebab Mama Shima yang amik video nihhh.. Thanks Mak Cik.. Ada jugak kenangan kami nak tengok balik! :DD

Lepas dah selesai dekat dalam kami keluaq jaaa penuh laaa parents dok cari anak masing-masing.. Kalau mata dok tengok tempat lain tu abaikan laa noo sebab camera banyak sangat ! Hahahaha hakak fefeling retis gituuuu.. Kahkahkah! Belek-belek lerr kot-kot hampa ada ter #photoboom ka kat belakang tuu.. Hahahaha..


Cap Ibu dan Anak :D 









Officially Graduate Diploma In Information Technology (Programming)


 Si Raja bersama dayang-dayangnya xD

We believe we can fly ~~~

Haaaa pelik kan sebab sorang budak laki kat situ.. Hahahaha.. Dia je rajin nak mai konvo.. Classmate laki yang lain semua malas nak mai.. Hahahaha.. Lawak betoi depa nih.. Kesian si Din sorang-sorang maka kami pun ajaklah dia bergambaq sekali.. Kenangan.. :D Lepas dah bergambaq dengan kawan-kawan depan dewan hakak p jumpa adik-adik kesayangan nie pulak. Depa siap pesan dah semalam "keluar dewan terus datang sini (booth) tau, nak bergambar." Hihihi.. Si kembar Athirah...  Athirah Sahami dan Athirah Ismail.


Cik Tyrah Sahami kite nie bussiness woman tau.. Dia ade butik.. :) Pegi laa melawat ig dia : @tyranuunaonlineshop


Cik Huda nie siap bagi hadiah lagi.. Hehehe.. Tak lama lagi nak jadi isteri orang dah adik comey sorang nih..


Dan last sekali Cik Hanna.... Hehehehe.. Nak pegang bunga dua-dua katanya.. :D

Tahun nie korang pulak berkonvo... TAHNIAHHH ! xD


And last sekali mesti gambar dengan Abah n Ummi ! Masa nie adik dengan abang tak dapat mai so bergambar bertiga je lahh.. Huhu.. Thank you ! :*
InshaAllah lepas nie degree pulak.. Wish me luck gaisss.. 
Doakan yang baik-baik.. Aamiin.. ♥


T-H-E E-N-D

Dan..... Tamatlah cerita konvokesyen hakak nie... Selesai je majlis konvo tu pakat teriak balik kami semua sebab dah nak kena berpisah balik.. 3 hari tak cukup.. Nak jumpa selalu memang tak dapat lah.. Semua jauh-jauh.. Yang dekat pun susah nak jumpa nie pulak yang jauh.. Tapi walaupun jauh hampa semua tetap dekat dalam hati aku ! Cia ciaa ciaaa.. Hahahaha.. Tak pernah Tak sayang.... Sayang Semuanyaaaaaa ♥

Jumpa lagi dalam post seterusnyaaaaa.. babaii !

Thanks for reading, Assalammualaikum..

XOXO, 
MissY ♥

Saturday, May 21, 2016

Nikah vs Belajar

Assalammualaikum..

Wahh lama betol aku tinggal blog nie.. Post birthday sendiri pun tak dapat nak up.. Hihihi.. Nampak benor busy dia tu.. Hahaha.. *poyo* Okay lah banyak benda aku nak cerita sebenarnya nih.. tapi satu-satu laa ye.. So, harini aku pilih nak cerita pasal forum semalam.. Haa forum apa? Forum Ustazah Fatimah Syarha dengan suami dia Dr. Farhan Hadi.. Sapa yang rajin tengok rancangan Fiqh Wanita dekat tv3 tu mesti kenal ustazah nie.. Haa, semalam dia datang universiti aku buat forum tajuk Pernikahan Vs Pelajaran.. Haa, sambil baca nie play lagu nasyid In-Team - Kasih Kekasih.. Mesti menusuk jiwa hampa. Hahahaha.. Okay joke.. Sebab semalam ada persembahan nasyid and depa nyanyi lagu favourite aku nih.. In-team pulak.. Kumpulan favourite dari kecik lagi.. Adoii.. Lemah semangat.. Hihi..

Ustazah bagitau semalam gambar poster nie masa dia konvo master.. hihi 
Isu yang banyak dibincangkan adalah berkenaan situasi pelajar yang ingin berkahwin sewaktu belajar dan pelajar yang sudah pun berkahwin. Nie just dari apa yang aku faham dan apa yang aku dengar semalam lah okey.. Hihi.. Banyak soalan yang diajukan semalam, aku pun tak ingat sangat.. Yang mana aku ingat aku bedal tulis je k.. Ahahaha..

Rumusan yang aku dapat buat dari forum nie ialah berkahwinlah sekiranya kamu mampu.. bukan saja dari segi kewangan tapi juga mampu menjalankan tanggungjawab masing-masing lepas dah kawin nanti.. Sebab kawin bukan sehari dua, tetapi untuk hidup dengan pasangan kita sampai bila-bila inshaallah.. Kalau tak dapat jalankan tanggungjawab maka terjadilah kes cerai.. Haa tu antara sebab yang dinyatakan semalam. Aku just tambah sikit-sikit je..

Persoalan untuk mereka sudah mempunyai calon, tapi mak ayah ada calon lain, ataupun orang tengah tolong kenen-kenen kan tu, buat solat istikharah mohon petunjuk. Kalau taknak dengan calon pilihan orang tua atau orang luar boleh menolak, sebab dalam Islam, kita berhak memilih calon hidup kita sendiri. Tapi orang luar dan mak ayah still boleh bagi cadangan. Sebab tulah perlunya solat istikharah. Nak calon yang baik pulak, diri sendiri kenalah berubah dulu, bukan perfect boleh hafaz Quran tapi cukup lah sekadar baik dan tahu hal-hal agama. Semua manusia tak  perfect, maka pasangan kita nantilah yang akan sempurnakan apa yang kurang dalam diri kita dan begitu jugak sebaliknya. *haa ayat tu aku tambah* Aku tertarik dengan ayat "Allah tak pandang kejayaan kita tapi Allah pandang usaha keras kita dalam membuat sesuatu perkara". Haa, ayat nie memang paling masok dalam kepala aku. Macam-macam aku pikir lepas dengar ayat nih.. Oleh itu, usahalah untuk berubah sebab Allah nampak semua tu. Jangan putus asa. Bak kata orang "pasangan kita tu adalah cermin diri kita sendiri". Maka kalau rasa diri tak mampu lagi bersabarlah okay.. Macam lirik lagu in-team tu, "bersabarlah sayang saat indah kan menjelma jua". Sabar okay sayang.. Hahah.. Banyak ganjaran untuk orang yang bersabar nih.. :)


Haa.. ada satu soalan aku ingat, soalan dia.. si suami yang dah kawin lepas tu bila time study ada berkenan dekat perempuan lain sebab dia nampak perempuan tu lagi baik lagi cantik lagi perfect dari isteri dia.. Haa kecoh orang perempuan semalam lepas dengar soalan nie.. Hahahah.. Nak kena rejam laki dia nih.. Hahaha.. Okey, jawapannya senang je.. Syaitan.. syaitan nie selalu nak sesatkan kita, apatah lagi yang dah berkahwin, dia kalau boleh nak musnahkan ikatan perkahwinan nie dengan menampakkan orang lain lagi perfect dari pasangan kita.. Haa memang keja setan pun nak runtuhkan masjid.. Maka sang lelaki atau suami nie kenalah bersyukur, tundukkan pandangan.. Jaga hati, jaga mata, jaga diri.. Allah dah aturkan jodoh kita, kalau yang tu, memang yang tu lah yang terbaik buat kita. Bersyukurlah okay. Kalau macam ustazah cakap semalam, kita boleh buat syarat taklik supaya lebih mempercayai pasangan kita.. nie nak mengelakkan cemburu buta.. :)


Haaa aku rasa itu saja kot perkongsian aku dari forum semalam.. Kalau ada tertinggal tu sorry lah.. Best sebenarnya majlis ilmu macam nie, boleh tingkatkan pengetahuan diri kita.. inshaAllah.. Maaf andai ada salah silap dari penulisanku ini.. Saya juga hanya manusia biasa yang melakukan kesalahan.. :)

Thanks for reading ! Babaii...
Assalammualaikum..





XOXO,
MissY ❤

Tuesday, March 15, 2016

After one month

Assalammualaikum !
Lama jugak tinggal blog nih tanpa khabar berita.. Acecece.. Hihi.. Actually busy biasakan diri dengan suasana baru. Almaklum lah lama tinggal zaman belajaq nih. Hehe.. Lagipun cara belajaq dekat universiti memang tak sama langsung masa belajaq diploma dulu. So aku kena lebih cepat pick up lagi. Hahahaha..

Hari nie genap sebulan aku dekat sini.. Sebab tu bercadang nak buat entry nih.. Hihihi.. So... Selama sebulan dekat sini apa yang aku boleh kongsi adalah..... Hmmm... First, mestilah kawan-kawan.. Haha.. Selain kawan-kawan yang aku kenal aku dapat lagi ramai kawan baru.. Buat masa nie okey je laa dengan semua orang.. Bak kata orang don't judge a book by its cover.. Haa tulah yang aku cuba buat nih.. Lain orang lain ragamnya.. Kena bertabah sikit lah sementara nak kenal betol-betol.. Hahaha..

Okey... Yang kedua, aku nak cerita pasal kelas lah.. Seriously aku tak suka cara atur kelas macam nie sebab kita kena pilih sendiri, atur sendiri jadual.. Ye, aku tau nie universiti tapi tak best sebab bila buat macam nie, hampa tak tau sapa betol-betol classmate hampa.. Serius cakap... Hahaha.. Kalau nak ambik gambar kelas pun aku konfius.. Sapa je budak kelas aku?? Hahahaha lawak..

Yang ketiga pulak.... Aku nak cerita apa ye? Hmmm.. Aku cerita bab makananlah.. Boleh kan? Sebab aku suka makan.. Hahaha.. Okey, makanan dekat sini okey je laaa.. Tapi biasalah tekak utara nih.. Ada dia boleh masok telan dia telan.. Yang tak boleh memang tolak tepi.. Hahah.. Tapi aku suka ayam tandoori n ayam madu dekat cafe G3 tu.. Memang sedap.. *pssst... Tu kedai mamak* hahaha.. Dah nama orang utara, mamak kat mana pun mesti boleh telan ja masakan dia.. Hahahaha.. Kat sini ada jugak pasar malam.. Tapi yang aku hampa ialah aku belom jumpa lagi bayangan nasi kukus ayam berempah.. Kempunan bertahun dah nie sejak tinggalkan Poli.. Tudiaa ayat.. Hahaha.. Tapi nasi kerabu ada dekat sini.. Hmmmm... Takpe lah... Harap-harap dalam masa terdekat ada orang jual.. Hahaha..

Okey... Ada apa lagi ye nak cerita?? Hmmmm... Takde apa dah kot.. Mungkin hanya kata-kata semangat untuk diri sendiri? Hihihi.. Aku harap aku dapat habiskan degree aku dengan jayanya.. Aamiin.. Ingat senang amik pendidikan? Nak sangat kan? Hadap je lah Aliaaaaaa... Ganbatte !!

XOXO,
MissY ❤

Sunday, January 17, 2016

Alhamdulillah.. terima kasih Allah

Assalammualaikum..
First sekali syukur alhamdulillah doa dimakbulkan Allah S.W.T. Terima kasih jugak kepada semua sahabat dan juga kaum keluarga yang mendoakan. Yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Alia.

Alhamdulillah impian untuk sambung degree dalam bidang pendidikan dah tercapai. Orang paling excited mestilah Abah. Dia yang tolong check pastu terus whatsapp aku suruh bukak portal UTHM tu. Mula-mula takot jugak kalau tak dapat, sebab family semua dah berharap, siap yakin lagi aku akan dapat. Alhamdulillah.. syukur..

Lepas je aku cakap yang aku dapat sambung belajar, kecoh jugak dekat ofis. Semua pakat cakap "pegi je Alia". Okey, memang nak pegi pun. Sebab memang tu je bidang harapan aku untuk sambung degree nih. Kalau bidang lain kurang dah rasanya. Huhu..

Lastly, semoga segalanya dipermudahkan dan semoga aku berjaya menamatkan degree selama 4 tahun nie. Aamiin.. thanks for all the wishes. ❤

Assalammualaikum dan terima kasih.

XOXO,
MissY 💘

Saturday, January 9, 2016

2016

Assalammualaikum..
Lama sangat tak buang masa dekat sini.. haha.. berhabuk tak terkata dah blog nihh.. memandangkan harini cuti dan aku pun dok mereput ja dekat rumah nie maka aku mengambil keputusan nak buang masa dekat sini.

Sat ja dah masuk tahun 2016 kan. Maka dengan itu umoq aku pun bertambah menjadi 23. Hahaha..
Soalan paling femes umoq-umoq sekarang nie mestilah "bila nak kawin?" Hahahaha.. hampa p cari jodoh kat aku, baru aku kawin. Nak cari sendiri macam dah malas memandangkan banyak sangat sandiwara dunia nie yang aku dah tengok.

So... nak cerita apa ye.. pasal aku? Takda apa yang menarik pun buat masa nie. Cuma aku dah kerja dan pindah jadi orang KEYEL ! Hahah.. tapi niat sebenar nak sambung degree nie. Doakan aku ye. In Shaa Allah Aamiin.. Pasal kerja? Okey kerja nie okey je. Tapi aku still belajar lagi. Aku dekat department certificate kena handle scheduling apa semua. Kadang-kadang pening jugak kepala nie. Berkerut-kerut kening nih ! Hahahaha.. Okey tu je laa, mana boleh cerita banyak-banyak.. nak berahsia. Hahaha..

Cerita pasal #geng2981 pulak laa.. hihi, Mama dengan Shima dah selamat jadi tunang orang bulan 12 haritu. Hihi.. tarikh sebelah-sebelah pulak tu, senang nak ingat. Mama pilih tarih Krismas teruih, lagi senang ingat. Hahah. Happy sangat untuk depa. Hihii.. hat lain bila nak menyusul? Kikiki.. aku rasa lepas nie mesti Qila dengan Mummy. Hihihihi.. Plan vacay dengan depa nie tak tahu lah menjadi ke tidak. Nak jumpa sangat-sangat nie. Huhu.. Percayalah aku cakap, zaman belajaq zaman paling best even masa tu hampa dok kata cepatlah habih belajaq, cepatlah habih belajaq. Tau sebab apa? Sebab dia hampa sendiri boleh tau. Tak payah aku cerita. Hahaha.

Okey lah, otak pun dok pikiaq macam-macam sebenaqnya nie. Dah tak tau nak cerita apa lagi. Maka dengan ini, tamatlah cerita aku. Hahaha..

Lastly, harapan aku untuk tahun nie semoga segala impian hati aku tercapai. Aamiin..

Thank you. Assalammualaikum..

XOXO,
MissY.

Thursday, November 26, 2015

Scammer kononnya dari MAXIS

Assalammualaikum

hari nie takda apa nak cerita pun cuma nak share benda nie. baru je jadi dekat aku tadi. so hati-hati k ;)

Aku dapat call dari nombor nie tadi.. 01125269904
kononnya call dari maxis center cakap simcard aku menang RM5000, *siap cakap takniah untuk aku dan family lagi.. kahkahkah* aku dah agak dah menipu. dia tanya ada pakai ATM card tak? aku jawab ada, dia tanya bank mana, then dia tanya berapa lama masa untuk aku amik dari rumah nak ke bank, dari situ aku dah syak dia menipu.. dia cakap lagi aku tak payah bagi nombor akaun dekat dia, tak payah bagi pin nombor apa pun, dia mintak aku p dekat bank tu pastu dia akan call balik nak bagitau proses nak keluarkan duit tu. aku tanya dia balik "ini betul ke ni?" dia cakap betul ini bukan menipu, ini Haji Syamsuri dari maxis center bla bla bla *suka hati dia ja petik nama orang* hahahaha.. bongok! aku pun menipu balik cakap sejam nak pegi bank.. dia cakap okey lagi sejam dia call balik.. then aku call abang aku, abang aku suruh call maxis center balik tanya. aku p call maxis center then aku tanya, dia cakap itu memang MENIPU, lepas nie kalau nombor tu call lagi tak payah jawab. dia cakap nasib aku call tanya maxis center dulu kalau tak habih duit aku dalam akaun. pastu lepas sejam dia call balik, memang aku tak jawab lah cita dia.. kahkahkah.. call lah sampai mereput.. 

okey, just sharing.. hati-hati k jangan sampai tertipu.

Yang Benar,