"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Friday, February 27, 2015

Detik 5 Pagi ♡

Assalammualaikum.... Haiiii ! :D *ewahh..macam ada orang baca pulak kan..HAHA*

Sebenarnya terkejut tengok jam dah pukul 3:06 AM... huuuuhhhh ! >.< *serius tak sedaq ! dok ingat awai lagi haaa..* wuwuwuuuu.... T_T
Actually lately nie iolss selalu tidoq lambat..
3 hari berturut-turut dah tidoq pukul 5 pagi... whoooaaa ! :O
Adakah diri hamba sudah terkena penyakit insomnia?? HAHAHA...
Sejak-sejak jadi penganggur nie rutin tidoq lambat makin menjadi-jadi.. kalau orang lain mesti seronok boleh tidoq awal sebab dah habis belajar.. tapi iolss nie PELIK ahhhh ! -.-''
Kalau zaman belajar dulu tak heranlah tidur lambat pun.. tak tidur langsung pun pernah.. semua salah final project + final report ! *HAHA..marah lecturer poli kalau baca nie* hikssss... hai Puan.. hai Encikk.. :P



Btw, bagi yang tak tahu apa itu INSOMNIA... meh sini ceq nak ceghita bagi kat hampaaa...
Insomnia nie adalah sejenis gangguan...bukan gangguan makhluk halusssss okey ! HAHA.. insomnia sejenis gangguan tidur malam.. atau senang cerita susah nak mula tidur, bila dah tidur senang terjaga pastu susah nak tidur balik ! then bangun awal pagi pulak... *haaaa.. macam terlibat je diri nie dengan perkara ituuuu...* >.<



Hmmmm... insomnia nie ada banyak kategori.. jenis primer dan sekunder.. 

Primer - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
Sekunder - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapinya. *haaa.. kalau nak cerita bab penyakit nie panjang pulak jadinya.. ada jenis psikiatri dan bukan psikiatri pulakkk... maka kalau nak tau lanjut lagi hampa semua rajinkanlah diri usha sendiri naaa.. hehe.. * jangan malas sangat ! :D

Alahhh... Pakcik Google pun ada.. boleh ja p search pastu baca puaih-puaih.. hihihi.... ceq pun usha-usha dekat Pakcik Google jugak ! HAHAHA..

Okey cukup lah pasal insomnia tuuuu... so, nak tau apa iolss buat masa orang lain tengah enak dibuai mimpi sampai ke Paris tuuu... *Paris jugak.. macam takde tempat lain..*
Okey kita tukar Disneyland sebab masa kecik-kecik dulu suka berangan nak p sana.. HAHA.. sebab minat tengok kartun gila-gila.. tambah-tambah Mickey Mouse yang comel tuuu...
Hakikatnya aku geli gila dengan TIKUS... ehhhh !! HAHA... *bukan masa kecik ja, dah umur 22 nie pun sama ja ! buktinya petang tadi baru tengok Upin Ipin dekat astro CERIA episod yang depa kena berlakon dekat sekolah ! HAHAHAHA...* >.< 

Okey sambung cerita... jauh terbang dari sarang nieeee burung belatuk (salah hidung) nieeeeee...
Oleh sebab tak boleh tidur, maka iolss pun termenung merenung masa depan buat kali ke seratus ribu juta.... KIHKIHKIH.... :P



Idok lerrr.... hahaha... sebenarnya iolss buat blogwalking tadi... haaaa... abis semua post iolss baca... bertuah tau blogger-blogger yang iolss usha tadi tu haaa ! HAHAHA... :D
Tak tau apa itu blogwalking? Haaa.... jalan-jalan tepi pantai? Ohhh tidakkkk... HEHEHEHE.. :D
Hmmm... macam mana nak ceghita yeee....
Cerita dia sama macam hampa online FB then like apa-apa, then ternampak awek cun atau mamat hensem sikit hampa terus p usha profile dia.. haaa, habis semua pasal dia hampa kodek ! Lepas tu tengok pulak friends dia yang cantik lagi hensem then terus usha profile depa pulak... HAHAHAHA.... dah faham? Bagus !! *tepuk tangan* Hi-5 satu kali ! xD
Tak faham? Hentuk kepala dekat dinding sekali pastu baca balik.. gerenti faham ! hihii... :D
Kalau tak faham jugak hmmmm Pakcik Google tolong satttt ! >.< *hmmm.. tak bagus tau selalu bergantung dengan Pakcik Google nie.. kalau dia mati nak bergantung kat sapa lagi?* HAHA.. :P
Blogwalking nie senang cerita contohnya hampa berjalan dari satu blog ke blog yang lain dengan meninggalkan jejak.. *bukan cap jari kaki tuuu... HAHA* meninggalkan jejak iaitu URL blog dekat comment atau shoutbox blogger tu..

Sebenarnya blogwalking nie best ! Sebabnya kita boleh kenal dengan blogger-blogger yang ada dekat Malaysia niee.. contohnya aku amik Hizami Li niee.. *dia nie cikgu ! muda lagi... HAHA.. dia suka kucing ! HAHAHA... dia rapat dengan sorang blogger nie.. nama dia Nisa Kay.. haa.. tak kenal? tengok dekat 'page link' iolss.. ada link blog Nisa Kay nie...* Hizami Li nie ada follow IG aku.. dia memang aktif laa kat situ.. kaki LIKE... LIKERS dia pun kemainnn... HAHAHA... tapi aku tak tau pun dia nie blogger.. bila dah buat blogwalking nie baru dapat tau.. *riak muka terkejut sikit* :O haaa.. nampak tak kebaikan blogwalking dekat situ? HAHAHA.. :P 


Pastu dengan blogwalking nie jugak kita boleh tambah kawan.. ye.. aku suka berkawan.. kawan alam maya nie lagi tenang kot.. HAHAHA... kelebihan blogwalking nie kita boleh tau follower kita yang aktif dan tak aktif.. ada yang dah bertahun tak update.. agak hampa laa bila pegi blog depa nie.. *sebab orang yang kita kenal* HIHII... :'D okey tutup cerita !


 Jadi orang nogori lahh pulak den nie ! HAHAHA... *tak pandai cakap Nogori.. ceq oqang Kedah !* weeeeee... xD
Dengan blogwalking nie jugak kita boleh tambah info dan maklumat dalam kepala nie.. *tambah-tambah orang tanam anggur macam aku nie* KIKIKI... :D 
Macam-macam benda boleh tau.. dari zero to hero ! Waahhh... kemainn... *bukan Zero MLM okeyy !*

Okey lahhh... tengok jam sekali lagi..... pukul 4.50 AM ! *ohmen... riak muka terkejut lagi sekali* :O
Tak tau laa pukul berapa pulak nak tido ari nie... kuang... kuang.. kuangg... huaarrgghhhh ! Mata rabak lagi.... --'' *jangan salahkan kesan hitam bawah mata kalau diri sendiri yang susah nak tidoq... ehhh !* HAHAHAHA.... *lama jugak amik masa nak post 1 entry pun kannnn.. aku faham keadaan blogger yang tak aktif tuu..* --''

Sekian hasil taipan kemerapuan hamba pada malam ini ditemani lagu-lagu from INDIE BAND *sambil goyang-goyang kepala ikut rentak lagu..* seperti Bittersweet, Couple, Sixth Sense, Bunkface, The Times, Hujan, Meet Uncle Hussain, A.C.A.B, Laila's Lounge dan tak larat dah nak taip ! HAHAHA.... ya... saya pendengar muzik yang tegar dan juga peminat tegar band Indie ! HIHIHII..... ;D


Thank You dan Selamat Mornight BULAN dan BINTANG ! :'D
Assalammualaikum....

Weird Lady,

No comments:

Post a Comment