"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Saturday, May 23, 2015

Mata Panda??!!

Assalammualaikum !
Setelah sekian lama tak menaip dekat sini.. hari nie terpanggil pulak untuk menaip ! hahaha..
Memandangkan "panda eyes" aku yang semakin berleluasa nie dah ditegur, so aku terus terfikir nak buat entry pasal nie. Nampak tak tahap tak sedor diri tu? Sampai orang tegur baru nak sedaq ! Kahkahkah ! -.-'

First sekali aku nak share punca terjadinya "mata panda" nie, ataupun "lebam bawah mata", ataupun nama panjangnya "lingkaran gelap bawah mata".. haaa, selain tu, ada jugak orang menggelarnya sebagai "eyebags". Banyak nama suka hati lah nak guna mana satu pun kan? hahaha..

Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata :

-Kurang tidur
-Sinar matahari
-Dehidrasi
-Terlalu banyak makeup
-Diet yang tidak seimbang
-Masalah kesihatan
-Ubat-ubatan
-Alkohol
-Merokok
-Penuaan

Itu hanya point penting. Kalau nak baca lebih lanjut boleh search sendiri ye.. haha.. jom sambung !

Petua / Tips Untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata :

1. Amalkan minum air suam selalu

Pastikan anda jadikan amalan minum air suam setiap hari. Elakkan pengambilan ais. Untuk permulaan bagi anda yang kurang menggemari air putih, anda boleh cuba minum 4 gelas sehari, selang 2 jam satu gelas. Kemudian, gandakan 8 gelas setiap hari. Minum air suam boleh membantu dalam pembuangan toksik dan membantu untuk mengurangkan kandungan toksik kotor di bawah mata.


2. Timun dan Tomato sebagai eyemask

Hiriskan halus dan tekapkan di mata semalaman atau 30 minit. anda boleh memilih untuk menggunakan timun atau tomato kerana kedua ini membantu untuk mencerahkan serta memberi kesegaran mata anda yang lesu.

3. Tumbuhan hijau / warna hijau kehijauan

Akibat terlalu lama depan komputer, tv atau laptop juga cenderung untuk mendapat lingkaran gelap ini. Kalau dah kerja memang kena mengadap segala benda alah nie, macam mana? Penyelesaiannya adalah dengan melihat atau mengalihkan pemandangan anda pada sesuatu yang berkonsepkan kehijauna. Kenapa? Kerana oxygen dan ketenangan membantu mata anda berehat. Ambil masa rehat 10-15 minit sebelum kembali melakukan tugas anda. Amalkan setiap 30 minit mengadap komputer, tv, alihkan pandangan anda.

4. Tidur yang secukupnya

Apabila tidur cukup, bukan sahaja mata sihat, tubuh badan luaran dalaman semuanya akan sihat. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama 7-8 jam sehari.


5. Eye roller atau eye cream

Banyak cream mata jual di pasaran. Rujuk dengan pakar, belilah eye cream atau eye roller. Amalkan pakai setiap pagi petang dan juga selepas tidur. Jika anda perasan, kulit sekitar mata amat nipis, jadi ambil masa untuk merawatnya. SABAR :)


6. Uncang teh sebagai penyejuk mata

Jangan terus buang uncang teh tu, gunakan ia untuk penyejuk mata anda. Jangan guna uncang teh yang anda telah campurkan gula atau susu. Letak di bahagian mata selama 30 minit dan bilas dengan air suam.

7. Minyak almond

Minyak almond baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat. Sapukan minyak almond pada bahagian lingkatan gelap di bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut. Anda boleh juga campurkan minyak almond dengan krim susu.

8. Zat besi, vitamin C dan asid folik

Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minum air berkafein, gula dan minuman beralkohol.


9. Perahan lemon

Perah lemon dalam cawan, kemudian sapu perahan itu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.

10. Kentang

Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis. Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.

Good luck dan selamat mencuba ! :)

*info ini diambil dari blog-blog lain dan mr. Google :)*

Yang Benar,

Wednesday, April 22, 2015

Happy 22 Alia ♡

Assalammualaikum...
Hello, lama tak update dekat sini haa....
Busy sangattt ! hahaa xD *makan tido tengok tv*
Apa pun Happy 22 To Me ! hahaha... baru berkesempatan nak update hari nie.. besday da lepas 2 hari dah :P hahaha

First of alll, seperti yang sedia maklum umur aku dah meningkat ke 22 tahun 20 April hari tu... so, aku nak ucap terima kasih dekat semua yang sudi wish dekat aku dan semoga doa-doa kalian dikabulkan.. Aamiin ! hihihi ~

So..... tujuan aku update hari nie nak sebab share sikit wishes yang aku dapat dari kawan-kawan tersayang nie semua.. hahaha ! tapi tahun nie sedih sikit sebab tak meriah macam aku sambut dekat dungun 3 tahun dulu dengan kengkawan poli ! hihi.. yang best depa siap nak postpone time konvo nanti ! wahahaha ~ ini tidak adil ! asyik aku je kena buli ! -_- 
Btw, memang serius rindu sangat dekat semuaaa ! :(

Sebelum pape aku nak mintak maaf dulu dekat sesiapa yang aku tak terSCREENSHOT nie ! banyak tak termampu nak screenshot semua.. hihi.. tapi aku sangat hargai semua ucapan dan doa dari hampa semua ! expecially group 4sc1,4sc2 & 5sc1, 5sc2 , group family kulim , group ex-6U3 SKTAM ! jugak kengkawan yang private chat dekat FB, WECHAT, dan WHATSAPP ! xD

Okey antara wish yang sweet macam gula aku dapat adalahhhh ~
Nie wish dari IG ! ;)






Nie pulak dari kengkawan yang dengan gagah dan tekun edit gambaq pastu bagi wish panjang lebar dekat aku ! ahahaha ~ haaa... aku ikot urutan nih ! hahaha :P







haaa... panjang kan? terharu betoi bila baca ! hihihi ~
okey next ! kita tengok kengkawan dari WECHAT pulak ! hihihi ~

okey nabilah, memang aku gelak gila bila baca ayat dalam kurungan hg tu ~ hahaha.. Aamiin... ada rupa sikit ja macam Mark Adam tu pun da okey ! hahahaha :D

okey kat sini nak bagitahu sikit ! bentuk love dekat font tu adalah huruf "o" kecik yee ~ hahahaha.. 
macam bentuk teddy tu adalah "O" besar ! hihihihi.....


mama still setia dengan panggilan kajol tu ! hahaha ~ jangan terkejut konvo nanti i jadi kajol kat dalam dewan nanti :P



untuk yang nie aku just nak fokus dekat orang wish je, yang aku balas aku tak screenshot pun ! hihi ~
next....... kita pegi dekat WHATSAPP pulak ~ hihihi



haaa.. sebenarnya terkejut dapat wish dari kawan aku sorang nie ~ sebab da lama sangat tak jumpa ! last jumpa masa darjah 6 ! 10 tahun lepas ~ hihihi ~ afiqah salah sorang bestfriend aku masa sama-sama jadi pengawas sekolah dulu ~ ada rezeki kita jumpa okey.. inshaAllah.. rinduuu ~ :')


haa... hat nie boleh terSNAP sebab dia sorang ja yang suka-suka panggil aku nama tu ! kahkahkah ! *anda tahu anda siapa* kbai ~ :P

Okey.. sambung lagi wish-wish dari housemate tersayang dekat dungun dulu ! haaa.. jenoh baca ~ panjang lebaq ! hihihi ~ thankyou sayang ku semua ! :*


lepas qis cakap aku baru taw yang ma ngn kakdeq selalu bersemangat nak buli aku.... hahaha :P



kakdeq seperti biasa ada ja nama baru dia nak bagi dekat aku ! hahaha ~ setiap kali pasal music hg mesti ingat aku kan... hahaha :P



haaaa.... hat nie special sikit sebab iman sampai tukar status wasap dia *nampak tu kat bawah nama dia tuuuu* hahaha ~ so sweet iman ! rugilah lelaki yang taknak dekat iman ! auwwww :* nanti konvo iman dengar alia gelak puas-puas k ~ kalau perlu, rakam taw.. supaya boleh dengar bila rindu nanti.. alia tahu gelak alia tu merdu sangat ! hahahaha :P bunga nanti alia claim ! xD

okey last, kita tengok FB pulak ! tapi aku tak amik semua ! matilanakkk nak amik semua ! ahahaha :P

haaa... tq semua kengkawan yang wish tuuu ! terima kasih atas doa kalian.. kita hargai semuanyaaa haa.. cuma tak mampu nak amik semua tapi kita da balas satu per satu :P hihihi

nie kita tertarik nak amik sebab part berat badan tu menarik hati ini ! hahahaha ~ alia da naik berat da nie ~ tengah berusaha nak turun balik ! :P kikikiki ~


okey tu je yang mampu nak ditunjukkan ! xD
thankyou for all the wishes ! memandangkan aku da cukup umur 22 tahun, azam aku nak berubah ! nak buang sikit perangai budak-budak nih.. hahaha.. nak nampak matured sikit kononnyaaa.. doakan yang baik-baik yaaaa ! kikiki ~ :P

sampai sini saja laa aku merepek malam nie ~ thank you sudi membaca ! wakakaka ! :D
Assalammualaikum.. Good night ! :P

Yang Penat Menaip,

Monday, March 2, 2015

Resipi : Kek Coklat Moist

Asslammualaikum ! Haiii... :D

Resipi hari nie ialah Kek Coklat Moist... yummy ! xP *ini kukus punya okey ! hee...*
Aku kan hantu chocolate ! Suka sangat makan kek coklat nie.. So, belajar laa buat nie from my mom.. dia cakap nanti nak makan boleh buat sendiri.. Alhamdulillah, masa first time try buat menjadi.. laku.. cepat habis, bukak bekas nak makan je tengok dah habis ! Hahahaha...

Okey jom kita tengok cara nak buat kek coklat nie... xD


Bahan A :
1 ketul butter 250gm
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan susu manis

Bahan B :
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C :
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (diayak bersama)
1/2 sudu kecil soda bicarbonate

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan A dalam periuk atas api sederhana. Kacau sampai cair sehingga semuanya sebati *tak berketul-ketul* . Biarkan suam.

suam/sejukkan adunan 

2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan dalam adunan bahan A tadi.. *pastikan dah sejuk dulu baru masukkan, kalau tak nanti telur tu masak pulak.. kang tak pasal jadi telur goreng coklat ! hahaha*. Gaul kesemua adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati.

4. Panaskan kukusan.

5. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. *boleh sapu sedikit majerin pada acuan supaya kek tu nanti tak melekat pada acuan*


6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api sederhana. Adunan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih singkat.

Setengah orang suka makan macam tu je, macam muffin gituuu.. tapi aku suka letak coklat atas kek nie.. lagi sedap.. yummy ! hihihi.... so, nie cara-cara nak buat topping coklat ! :D

Topping Coklat :
1 sudu besar serbuk koko
1 cawan susu manis *kalau nak coklat lebih boleh tambahkan lagi*

Cara-cara :

1. Masukkan bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga cair. Gunakan cara double boiled.

Kek Coklat Moist

Haaa.. dah siap ! Senang je kan nak buat kek coklat.. tapi bab nak menunggu kek tu sejuk dengan masa kukus tu yang malas.. hihihi... xD

Okey.. selamat mencuba ! Good Luck ! ;)

Thank you dan Assalammualaikum..

Weird Lady,

Hobi

Assalammualaikum ! Haiii lagi... :D

Macam biasa.. aku still tak boleh nak tidur awal macam orang lain yang pukul 10 malam da tutup lampu segala bagai. so, aku nak bercerita pasal hobi lahhh ! Hihiii...

Semua orang mesti ada hobi masing-masing kan? Tipu laa kalau tak dak ! Menyanyi tu pun hobi apa... sapa tak pernah menyanyi dekat sini sila angkat tangan.. tak kan tak pernah... sedangkan semua orang pun tau lagu Negaraku.. kira pernah menyanyi laa kan? tak kan tak pernah menyanyi lagu Negaraku? nak kena buang negara nie.. hahaha... *ntah apa benda lah yang aku merapu nie.. -.-*

Okey, tapi aku bukan nak bercakap pasal menyanyi hari nie.. tapi memang menyanyi tu salah satu hobi aku jugak ! *suara pun macam katak tercekik lalat je! hahaha* tapi aku ada lagi satu hobi iaitu baca novel ! hahaha... yang mana kenal aku tau laa macam mana aku kalau jumpa novel, rasa macam nak beli je semua novel yang ada kalau pegi kedai buku.. jejak kaki dekat kedai buku je, tempat pertama aku serbu adalah rak buku-buku novel.. :P

 gambar hiasan, semester 3, Mesra Mall Kerteh :)

Okey ! Semua mesti tau kan cerita Asam Pedas Untuk Dia petang-petang pukul 6.30 hari Sabtu dan Ahad dekat TV3 tu? *promote sikit.. haha..* Haa.. cerita tu dari novel... aku dah baca novel tu, nak tunggu drama tv macam lambat je nak habis.. baca novel lagi puas hati sebab takde iklan.. boleh baca non-stop sampai habis.. *hampa boleh? aku tak boleh.. paling banyak aku amik masa 3 hari nak abiskan baca sebuah novel* xD

Tapi ! Aku bukan jugak nak cerita pasal asam pedas tu.. hihi.. kalau nak tau ending cerita tu tengok laa sampai habis ye drama tu, tak pun pegi beli novel tu.. hahahaha... :P

Disamping hobi aku yang suka baca novel tu, ada jugak terdetik dekat hati nie nak tulis novel ! Nak ada novel sendiri laa konon.. Waaa... kelasss kauu jahhh ! Sebenarnya lama dah niat nak buat, tapi tak terbuat lagi.. sebabnya sampai dekat chapter 1 je, terus takde idea nak tulis apa.. hahaha.. orang cakap nak tulis novel nie kena sabar, pastu kena banyak berimaginasi.. banyak idea.. macam mana cerita kita, macam mana watak yang kita nak buat.. memang susah.. tapi kalau berusaha mesti akan berjaya,kan? So.. korang doa-doakan laa aku.. supaya datang idea nak tulis novel nie.. hihihii.. inshaallah.. Aamiin.. :D *berangan lagi Alia !*


Haa... nie gambar koleksi novel yang aku ada.. tak da laa banyak macam orang lain yang penuh almari.. haha.. tu pun banyak yang hilang.. orang pinjam then jadi harta depa terus.. >.< jenis aku pulak... "takpa laa.. biaq ja.." --' banyak novel yang aku dah baca masa sekolah menengah dulu.. kadang-kadang kan ada je kelas yang cikgu tak dak laa, meeting laa, cuti laa, cikgu ganti yang masuk jaga kelas..

Library sekolah dulu tingkat atas kelas aku je.. so, aku pegi baca novel laa dekat sana.. *salah satu sebab suka pegi library sebab ada aircond !* :P hihihi.. setiap kali pegi library je aku mesti pinjam novel bawak balik rumah.. kadang sampai 3 buah aku pinjam ! padahal limit 2 je.. *maklum laa pengawas perpustakaan dulu.. baik dengan cikgu, boleh laa pinjam banyak-banyak ! hahaha...* :P
Hai teacher Parimala.... xD

I ♥ PANGLIMA BESAR ! *tetibaa... ._.* hahahaha.....

Okey, da pukul 3 pagi ! Sampai sini je laa aku melalut malam nie ! --'
I should get some sleep now.. nak jadi sleeping beauty ! :P *sila muntah sekarang ! hahahaha...*

Thank you dan Assalammualaikum ! xD

Weird Lady,

Sunday, March 1, 2015

DIA

Assalammualaikum ....

Aku coretkan ini khas buat si DIA ~ :)

DIA yang selalu ada dikala ku berduka..
DIA yang selalu ada membuat ku kembali tertawa semula..
DIA yang selalu ada dan memahami segala apa yang ku rasa..
DIA yang selalu ada untuk mendengar semua luahan hati ku..
DIA yang selalu ada dan setia bersama ku dari dulu hingga ke saat ini..
DIA yang selalu ada dan tahu saat aku perlukan seseorang untuk melepaskan segala lelahku..
DIA yang selalu ada untuk memberi semangat dikala aku terjatuh..
DIA yang selalu ada dan memberi nasihat dikala aku memerlukannya..
DIA yang selalu ada dan sanggup melayan kerenah diriku dengan penuh sabar dan gelak tawa..
DIA yang selalu ada untuk menghiburkan hatiku dengan lawak jenakanya..
DIA yang selalu ada disaat aku memerlukan seseorang..
DIA yang selalu ada dikala ku kesedihan seolah-olah tahu akan keadaan diriku yang sedang dilanda masalah..

Segalanya hanyalah DIA..
Terima Kasih buat segalanya..
DIA lah yang teristimewa buat diri ini..

"Doa itu senjata orang Muslim"

[04 April 2014 | Friday 11.53 AM]

P/S : dah lama simpan coretan nie, maka hari nie aku post dekat sini ! :)

Thank you and Assalammualaikum ! xD

Weird Lady,