"Kalau nak Bercinta Cari Yang Halal Untuk Setia, Kalau Nak Bahagia Kejar Doa-Nya Sampai Ke Syurga"

Thursday, February 2, 2017

Result Semester 2 ❤

Assalammualaikum 🌸

Akhirnya result kami dah keluaq.. Yeayy alhamdulillah.. 💓 Tak banyak berubah pun dari semester lepas.. Lebih kurang je.. Haha.. It's okay.. Aku dah buat yang terbaik.. 😊 Puas hati laa dengan result aku sebab memang tak study sangat pun.. Huhu.. Tapi okay laa.. Still okay.. 🙈 

Cumanya aku harap semester depan aku rajin sikit laa.. Tambah-tambah dah duduk rumah sewa nih.. Hmm.. 😥 Lagi banyak perkara yang boleh melalaikan contohnya TV ! Ahahaha 😂😂 So aku kena kuatkan semangat aku.. Yeahh ! 💪 

Dan yang lebih pasti aku kena cekalkan hati.. Setan banyak sangat dok hasut aku nih 😑 Sabarrr..... Diam..... Chill..... Relax..... Lagi apa lagi?? 😣 Haha.. And aku harap aku takdak banyak terasa hati sebab benda-benda tu semua gangguan untuk aku belajar.. Hahahaha 😛 Takpe lah.. Bukan tak biasa simpan sorang-sorang makan hati yedokk? Ngeeee.. 😔😔

Apa pun doakan aku untuk teruskan degree aku nie sampai habis ! And doakan aku bahagia selalu okay gang ! 😊

Thanks 💋

xoxo,
MissY 💘

Wednesday, February 1, 2017

Welcome February 2017

"Do not spoil what you have by desiring what you have not, remember that what you now have was once among the things you only hoped for". 

-Epicurus-

#welcomeFebruary2017

 💋


 



xoxo,
MissY 💘

Tuesday, January 31, 2017

Celebrate Birthday Ikin ❤

Assalammualaikum 🌹

Moshi moshi... 🙆 Ye.. Semalam birthday sepupu kami hat paling sayang nih ! 💓 Hihihi.. So kami plan nak buat surprise dekat dia.. 😏 Dia langsung tak sedaq pun nak buat birthday dia sebenaqnya.. Bagus jugak dia tak sedaq sebab banyak penyebab yang memungkinkan kekantoian bakal terjadi.. Hahaha bahasa aku memang complicated.. Tak paham sudah ! 😂 Tapi akhirnya berjaya.. Yeayyyyy.... 👏 

Sebenaqnya memang dah plan sebelum dia balik cuti lagi.. 🙊 Kebetulan Angah mai rumah and mintak ummi masak sebab nak celebrate birthday Ikin.. Hahaha.. 🙈 Angah laa selalu menjadi dalang bab2 surprise nih.. Tahun lepas kami buat dekat rumah makchaq dekat KL.. Masa tu aku keja dekat sana, Angah pun p sana and kami celebrate dekat sana ramai-ramai.. Hihihi.. 😍 Okay sambung.. pastu ummi pun okay je nak sambut dekat sini.. 

Pada hari kejadian kami plan macam-macam laa sebab nak suruh Ikin mai rumah pakai lawa-lawa sikit.. 😁 Kalau tak dia kira nak pakai tracksuit ja.. 😥 Ahahahaha tak kisah pun tapi jap lagi nak sambut birthday dia kot.. Macam tak baik ja biaq dia pakai tracksuit ja.. Hahahah.. Prihatin tak aku?? 😜 Haa aku memang kakak yang baik k..... Hahahahahaha kbaii ~ 🙊 Maka aku pun cakap laa dekat adik aku tipu ja cakap nak keluaq lepas makan so pakai lawa-lawa sikit.. Hahahahaha.. Sumimasen Ikin 😰 

Petang tu plan pun berjalan dengan lancar.. Angah mai hantaq Ikin dulu dekat rumah pastu Angah p beli kek and KFC (trend family kami) 😬 Balik ja Alang wasep aku cakap nak sampai dah and suruh bawak Ikin naik atas.. Tapi masa tu kami tengah makan dekat dapoq so plan bertukar.. Angah dengan Alang masuk rumah macam biasa dulu.. 😉 Lepas tu baru depa mai dapoq sambil bawak kek.. Yeayyy.. 😀 Hahahaha.. aku nak upload video tu dekat sini tapi line lembab.. Nanti aku letak.. Hahahaha.. 😛

So macam biasa laa.. Makan-makan sampai kenyang ! Hahaha.. And yang pasti selfie welfie tu wajib ! Hahahaha aku share sikit gambaq birthday girl kita.. 💃💃 



 Potong kek ! Hihi 😝



 Posing laa sikit ! Hahaha 😂

Okay tu aje dulu.. Nanti aku sambung upload gambar and video lagi k ! 😘

Happy 21st birthday Ikin ! 💋 #30January2017 💞

 
xoxo,
MissY 💘


Monday, January 23, 2017

Janji Allah ♥

 Assalammualaikum..

Hihi.. Aku terjumpa satu post nie dekat fb.. So aku nak share dekat sini.. Kalau-kalau aku patah hati ke sedih ke apa ke aku boleh baca balik benda-benda yang aku post dekat sini.. Hihi.. :D
 

Bila sukakan seseorang, cuba try jauhkan diri dari dia. 
Time tu baru kau boleh beza sama ada kau sukakan dia kerna nafsu atau kerana Allah.
Macam mana nak beza?
Bila suka itu berlandskan nafsu, sepanjang tempoh berjauhan kau rasa segalanya tak kena. 
Tak tenang, rasa nak kena contact jugak. 
Takut 'dia' beralih arah dan sebagainya.
Tapi, bila ianya benar lillahi ta'ala, tak contact pun tak kisah. 
Sebab apa? 
Sebab keyakinan dan kebergantungan tu betul-betul pada Allah. 
Andainya si dia bukan jodoh pun, tiada kekecewaan kerana harapan tak diletakkan pada manusia yang kau cinta. 

 Yes.. betul tu.. Aku kena didik diri aku supaya buat macam nie.. Jangan ikut hati.. Tapi percaya pada qada dan qadar Allah.. Janji Allah itu pasti.. 

xoxo,
MissY ♥

Chit Chat Kosong (:

Assalammualaikum.. 

Annyeong readers.. Tak tahu lah aku nie ada pembaca setia atau tidak.. Hihi.. Dah dekat 2 minggu balik bercuti semester.. Actually tak tahu nak cerita pasal apa.. Memandangkan blog nie open.. Aku malas nak cerita banyak pasal diri sendiri.. Aku suka kongsi benda-benda best yang berlaku kat aku, member-member tak pun family aku.. Btw, haritu aku dengan member aku ada buat surprise dekat Eka.. Nanti aku update pasal tu okay.. Video semua dah siap aku buat.. Hehe.. So harini aku just nak relax-relax.. Lama pulak biaq blog nie tak update apa-apa.. Jadi aku nak tulis-tulis je apa yang aku fikir dalam kepala aku nie.. Kahkahkah..

Oleh sebab tahun 2 pun bakal bermula bulan Februari nanti, aku cuma nak usaha selebih dan semampu yang boleh.. Aku mengku semester lepas sangatlah stress, dengan jadual kelas yang penuh sampai malam pun ada.. Memang letih semester lepas.. Dengan lecturer yang push sana-sini, assignment yang menimbun, aku pun tak tau macam mana nak describe dah.. Huhu.. Tapi memang stress.. Rasa nak meraung pun ada.. Aku rasa tekanan tu dalam diri aku.. Sumpah tak boleh nak handle.. Punya serabut nak cerita bagi kat hampa nih.. Hmmm.. Aku harap semester depan aku boleh hadapi dengan tenang.. Aamiin.. Walaupun aku rasa akan ada benda yang bakal terjadi.. Hmm.. Aku harap aku tabah.. Hati tolong kuat okay.. Hidup mesti diteruskan.. 

Yang pasti lepas apa yang aku tunggu nie terjadi aku akan teruskan apa yang patut.. Sebab aku PEGANG PADA JANJI.. yes, aku ingat semua janji-janji aku tu.. And I'm not the one who broke it! Sehingga hal itu terjadi aku kena kuat dan andainya perkara itu tetap terjadi aku kena lagi bertambah kuat dan kuat dan kuat dan tabah.. :') 

Lastly, wish me luck for my result :) Thanks for wasting your time by reading this entry..

xoxo,
MissY ♥

Sunday, January 1, 2017

Welcome January 2017 ❤

If you fall behind, run faster. 

Never give up, never surrender, and rise up. 

Against the odds. -Jesse Jackson-


Alhamdulillah.. Thanks for all the good and bad memories on 2016. May 2017 be more blessed year for me #welcome2017 #01012017 

Thursday, November 24, 2016

Inspiration ❤

Assalammualaikum..

Macam biasa laa, bila ada cerita yang agak menarik untuk dikongsi aku akan tulis dekat sini. Bukan nak suruh orang baca pun tapi untuk diri sendiri je sebenarnya. Hehehe.. So, semalam aku ditugaskan untuk interview seorang personaliti UTHM untuk dijadikan lukisan potret projek asas grafik aku untuk semester nie. Aku dengan 2 orang lagi ahli kumpulan aku, Farah dengan Hanim. Antara banyak-banyak benda yang diceritakan tu aku tertarik bila Dr cakap dia suka menulis dan dia ada blog. Dalam hati aku "wah boleh tahan Dr nie." Blog tu dia cakap dia aktif masa zaman belajar tapi aku tengok tadi ada laa jugak dia post tahun nie. So masih boleh diaanggap dia aktif. Yang buat aku tertarik sebab aku pun suka menulis dan memang ada blog. Memang banyak buku yang dia terbitkan. Memang wow lah Dr nie aku cakap dalam hati aku. Dan memang betullah apa yang dia cakap, blog nie kita sebenarnya suka-suka je nak tulis, sebab masa kita rasa down kita boleh baca balik apa yang kita post tahun lepas-lepas. Memang aku setuju lah dengan pendapat dia tu sebab memang itu yang aku buat pun selama ada blog nih. Dan bab menulis pun memang aku minat cuma belum ada masa yang sesuai nak mulakan, niat hati nak cuba tulis novel. In Shaa Allah satu hari nanti akan keluar seorang novelis bernama Alyea Rafee. Chewahh.. nama glamor kononnya. Hehehe.. Berangan kuat ! Tak salah pun, tak kena bayar. Hehe.. So, berbalik kepada cerita Dr tu tadi. Dari apa yang kami interview nampak laa dia nie sebenarnya okay, nampak je macam garang, serius, tapi lawak juga orangnya. Jadi.. wish me luck for my lukisan potret yang kena hantar minggu depan ! Oh my God !! Aku memang takdak basic art, melukis, warna apa semua nie memang tak reti tapi aku suka sebenarnya. Yang penting minat baru boleh jadi. And tambah pulak Dr nie minat melukis. Mati laaa kalau dia tengok aku lukis muka dia nanti tak cantik. Hahahahahaa.. Hadoii berdebaq jantung ceq ! Huhu..

Okay laa setakat nie dulu kot. Nanti in shaa Allah aku share lukisan aku semua dekat sini untuk post yang akan datang. Hehehe.. Nak p baca blog Dr tu sat ! Hampa jangan taktau, melalui blog nie pun kita boleh kenal personaliti seseorang tu tauuuu.. So, selamat mengenali diriku.. Hahaha tetiba.. Okay.. Babaii....

Thanks.

xoxo,
MissY ♥

Tuesday, November 22, 2016

Bingkisan Hati ❤

Dikala kau merasa tidak mampu untuk tersenyum, kenanglah kembali saat-saat yang paling bahagia dalam hidupmu. Dan percayalah disebalik setiap titisan airmata kau itu akan ada sinar cahaya di masa hadapan. In Shaa Allah. Dikala hati kau tidak mampu untuk menerima segala ujian buat dirimu, percayalah bahawa Tuhan itu tidak akan menguji kepada mereka yang tidak mampu untuk mengharunginya. Dan yakinlah bahawa ujian itu adalah untuk membuatkan kau lebih kuat dan tabah dalam hidup.

Tuesday, September 6, 2016

New Semester Begin

Assalammualaikum..

4/9 haritu dah bermula semester baru kami semua. Harini baru berkesempatan nak tulis blog. Hehe.. Sibuk kemas barang-barang, settle kan daftar kursus, dan tidoq. Hahahaha. Tidoq tu penting tau. Letih perjalanan jauh datang Johor nih. Lepas tu pulak kelas aku untuk semester nie semua full. Maksud full dekat sini ialah dari pagi sampai ke petang. Hari Isnin pulak aku ada kelas malam sebab kelas siang dah penuh so depa buka satu kelas untuk kami. Malam sebab tak nak clash dengan jadual lain. Pening tau nak susun jadual kelas nih. Nie dah habis baik aku susun dapat macam nie. Hari Khamis ada satu kelas je. Pagi. So kalau nak balik kampung ke nak ke mana-mana ke, petang tu dah boleh gerak. Hehe..

So aku harap takda perubahan jadual dah. Walaupun full kena redha jugak lah. Hahah.. Apa boleh buat? Pelajar kan, ikut je, belajar je sampai habis. Hmmm.. Pasrah betoi ayat aku. Hahahaha.. Apa pun sem nie aku harap aku boleh maintain pointer. Tapi serius ketaq sikit dengan saubjek programming nih. Haihhh lemah betoi laa aku. Ingatkan lari amik pendidikan takdak dah, tapi ada jugak sesat. Hahaha.. Bertabahlah. Akhir kata Selamat Berjaya aje lah.. Huhuhu..

Okay lah sampai sini je aku merapu. Petang-petang nie otak jammed sikit. Padahal tadi banyak je benda aku pikiaq nak tulis sini. sampai ketemu dengan entry aku yang baru ye. Hihi.. Doakan aku yang baik-baik.

Thank you.

xoxo,
MissY ♥

Thursday, September 1, 2016

Sebab Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

Assalammualaikum..

Aku yakin mesti ramai perempuan yang pernah merasa tawar hati dengan lelaki. Sama ada mereka masih single atau sudah berjumpa dengan yang lebih baik. Aku terbaca pasal topik tawar hati nie dan aku pun terasa nak share dekat blog aku. Untuk bacaan aku di masa hadapan apabila tiba-tiba aku patah hati aku boleh baca dan kuat balik. Siapa tahuuuuu? Hahahaha..

Semua yang aku tulis nie berdasarkan apa yang aku baca dan yang aku tambah-tambah sendiri ikut pengalaman dan komen aku sendiri mengenai topik nie. Situasi setiap orang berbeza. Jangan salah faham pulak dengan apa yang aku tulis.

Kebanyakkan perempuan nie kalau dia dah sayang, dia akan sayang seorang je. Hampa jangan laa nak tuduh dia ada orang lain ke apa. Penting untuk kau percaya pasangan kau. Kalau dah jumpa yang betul-betul setia dengan kau janganlah nak cari lain. Aku nasihat nie. Bila dia dah tawar hati, memang dia akan tinggalkan kau terus.

Kau jangan nak cakap dia kejam ke apa sebab dia dah lama bersabar, makan hati dengan kau. Kau tak payah tertanya-tanya apa salah kau dekat dia. Kalau sampai dia dah tinggalkan kau tu memang banyaklah salah kau dekat dia sampai dia pun dah tak tahan lagi dah dengan kau. Ingat nie. 

Antara sebab kenapa perempuan nie tawar hati dengan lelaki adalah.....

1. Sering ditipu

Semua orang tak suka kena tipu, lelaki mahupun perempuan. Tapi jika awal-awal lagi kau dah menipu, lepas tu dia maafkan kau then kau menipu lagi, lama-lama dia pun fed up dengan perangai menipu kau tu. Tahap sabar dia memang dah habis tu. Good bye lah kau.

Perempuan nie dia sentiasa berfikir ke depan. Kalau kau asyik menipu sampai bila kau akan menipu? Kalau sekarang pun kau asyik menipu apatah lagi lepas kahwin nanti? Perempuan nie licik, dia tahu kalau kau menipu tapi dia sengaja diam nak tunggu kau berterus-terang tapi kau tak pernah jujur dengan dia. Takkan dia nak hidup dengan penipu sampai mati? Renung-renungkan..

"Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat."

2. Tidak mengambil berat

Memang naluri perempuan nie dia nakkan perhatian. Tapi kalau kau jenis yang tak kisah pasal dia lama-lama dia akan jauh hati. kalau kau boleh habiskan masa dekat games, kawan-kawan kau, takkan lah seminit pun kau tak boleh nak tanya khabar dekat dia? Orang perempuan nie dia dapat satu mesej dari kau pun dah happy sepanjang hari tanda kau ingat dia. 

Kalau kau ingat dia dah dengan kau, kau nak buat layan tak layan kau salah. Semakin kau rapat semakin kau kena ambil berat pasal dia. Takkan laa lepas dah kahwin nanti pun kau nak buat perangai layan tak layan kau tu dekat dia? 

3. Curang

Aku tak banyak pengalaman bab curang. Sebagai contoh aku bagi, kau dah berpunya lepas tu kau ada masalah kau pergi cerita dekat orang lain pasal masalah hubungan kau. Dalam pada yang sama kau cari orang lain alasan kau dia tak faham kau. Sepatutnya kau berbincang dengan dia selesaikan masalah bukan pergi cerita dekat orang lain pasal masalah hubungan kau. Kita tak tahu kalau-kalau ada orang yang memang iri hati memang nak tengok hubungan kau hancur.

4. Panas baran

Jujur aku cakap dekat sini. Aku memang tak suka lelaki yang panas baran, bukan aku je, semua perempuan pun tak suka lelaki yang panas baran dan lelaki yang panas baran memang tak sesuai nak jadikan suami. Kalau sekarang ada silap sikit kau dah marah-marah tak tentu pasal bila dah kahwin nanti? Tapi aku percaya, kalau kau seorang yang baran, kau akan dapat teman yang akan menjadi penyejuk kau. 

5. Suka maki hamun

Asal bergaduh je macam-macam kata kesat kau keluar, macam-macam kau cakap. Perempuan yang sabar memang boleh tahan tapi kalau sekarang pun kau dah guna bahasa sebegitu, lepas kahwin nanti? Aku yakin kaki tangan pun mesti akan naik. Perempuan nie dia ingat setiap kata-kata kau. Jangan buat sampai dia tawar hati dengan kau. 

6. Terlalu ego

Lelaki memang mempunyai ego yang kuat. Suasah nak bertolak-ansur dan nak ikut kepala sendiri je. Tapi aku yakin tak semua lelaki ego, sampai masa dia akan rendahkan ego dia untuk perempuan yang dia sayang. Apa salahnya kau yang mulakan dulu? Rendahkan ego mu wahai lelaki..

7. Tidak pandai memujuk

Nampak remeh perkara pujuk memujuk nie tapi impaknya besar. Kalau bergaduh masing-masing buat hal sendiri. Perempuan memang suka merajuk, naluri wanita memang begitu sejak azali, kau sebagai lelaki be gentleman! Kau pergi laa pujuk dia, rendahkan ego kau tu. 

8. Tidak serius dalam perhubungan

Hubungan dah lama tapi tak nampak pun tanda-tanda kau serius dengan dia. Nak ajak bertunang pun tak apatah lagi kahwin. Tapi janji manis banyak kau bagi. Perempuan susah nak percaya dengan kata-kata melainkan kau buktikan dengan perbuatan.

"Don't trust words, trust actions."

9. Tidak tetap pendirian

Sekejap kau cakap lain lepas tu kau cakap lain. Perempuan paling tak suka lelaki yang tak tetap pendirian nie. Harini kau nak kahwin dengan dia, tiba-tiba 5 minit lagi nak akad nikah kau tukar fikiran. Tak ke meroyan si perempuan tu nanti? 

10. Kurang memahami

Kesefahaman nie penting dalam sebuah hubungan, kalau kau nak dia je yang faham kau tapi kau sikit pun tak faham dia tak boleh jugak. Lama-lama timbul laa rasa tawar hati pasangan kau tu. Belajar memahami hati perempuan okay. Kalau susah sangat kau suruh je dia jujur, apa yang dia nak dari kau. Sama-sama laa give and take. 

11. Suka kongkong dan memaksa

Nie adalah salah satu sikap yang perempuan paling tak suka. Kalau dia boleh biar kau buat apa kau nak kenapa dia tak boleh buat apa yang dia suka? Alasan kau, kau cemburu dia dengan lelaki lain. Habis kau nak suruh dia duduk rumah je macam tunggul? Lepas kahwin pun kau tak bagi dia keluar pergi kerja tempat yang ada lelaki? Fikirkan lah. Cemburu pun ada batasnya wahai lelaki. 

12. Tidak percaya

Sikap nie yang kadang-kadang boleh memutuskan sesuatu hubungan. Kau nak dia percaya kau, tapi kau sikit pun tak percaya dia. Semua kau siasat, kau tanya semua kawan-kawan dia apa dia buat. Orang perempuan nie hanya berharap pasangannya percaya mereka seperti mereka mempercayai buah hatinya. Jangan suka serkap jarang, tuduh macam-macam. Be matured !

13. Kedekut dan berkira

Kalau kau kedekut dan selalu berkira tenaga atau wang. Siapa yang boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan

Makin bagi muka makin naik lemak. Kau ingat perempuan nie mesin ATM kau? Dari situ dah nampak kau nie lelaki yang tak bertanggungjawab. Macam mana kalau dah kahwin nanti? Perempuan yang kena tanggung kau?

15. Tidak ikhlas 

Niat asal kau untuk ada hubungan dengan seorang wanita itu ada udang di sebalik batu. Sama ada dia berpangkat, kaya, atau apa-apa kepentingan untuk kau guna. Jangan nak mainkan orang sangat. Ingat kau ada adik perempuan, kakak dan bakal anak perempuan. Kau nak ada lelaki yang mainkan keluarga kau macam kau buat dekat orang?

16. Diabaikan

Orang lelaki biasanya masa mula-mula nak mengorat je bersungguh. Bila dah dapat kau layan dia nak tak nak je. Ingat, orang perempuan bila dah commit dengan kau, dia selalu nakkan perhatian kau. Dia tak suka diabaikan, dia nak rasa dia orang yang penting dalam hidup kau.


So, itu je lah yang dapat aku kongsikan. Lebih kepada pendapat aku sendiri. Jagalah pasangan masing-masing baik-baik. Hargai mereka yang ada dengan kita masa susah dan senang. Bila dah tiada nanti jangan menyesal.

Perempuan kalau dah tawar hati kau pakai ayat macam mana sekali pun dia tak kan layan dah. Mungkin dia boleh maafkan kau tapi layanan dia dekat kau memang takkan sama dah seperti mula-mula dulu. Masa tu kau jangan nak merayu dengan dia, memang dia tak pandang kau dah. :)

Semoga bermanfaat.

Thanks.

xoxo,
MissY ♥