Assalammualaikum !
Salam Jumaat ~
Hai adik-adik kakak-kakak yang cantikk ! Mesti ramai yang tak suka dengan jerawat kan?
*sapa suka habaq mai..hehe* Orang tua-tua cakap tak boleh picit jerawat tu sebab tak nanti berparut.
*lagipun sakit kot ! --* Lepas tu tak boleh buang sesuka hati sebab nanti berlubang lah apa lah kan. Sebenarnya, bangun tidur pagi tadi aku pun belek lah muka aku dekat cermin
*memang rutin hari-hari :P* And tetiba....... no !! Pimples !! Jadi aku pun terus cari petua nak hilangkan pimples nie sebab taknak ada kesan parut dekat muka. Semua orang pun nak kulit yang bersih dan licin kan? So hari nie aku terasa nak kongsi beberapa tips atau petua nak hilangkan jerawat ! Hihihi.. Bolehlah kita sama-sama cuba kan? Hihihi..
Antara beberapa petua yang boleh dicuba.
*cari laa yang senang dan barang tu senang nak dapat :)*
1. Rendam sehelai
daun sirih di dalam segelas ir panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.
2. Ambil beberapa helai
daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InshaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit
asam jawa dan beberapa inci
kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4. Sediakan campuran
bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InshaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5. Basuh muka dengan
air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6. Bersihkan muka sehinggan bersih. Kemudian cuci dengan
air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
7. Sediakan campuran
air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (
asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InshaAllah, muka anda akan menjadi licin dan bersih.
8. Sapukan sedikit larutan
tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InshaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus
daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.
10. Bancuh satu sudu
susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
11. Sejukkan
kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
12. Rendam beberapa keping
asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
13. Campurkan
putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan
minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
14. Giling segenggam beras bersama segenggam
daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.
15. Asah sedikit
kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
Apa pun kita hanya berusaha, sama ada menjadi atau tak Allah yang tentukan :) Selamat Mencuba ! Hihi..
info : blog petuatradisional.com
kat sini juga aku nak sertakan beberapa punca jerawat so dapatlah kita elakkan ! :)
Antara punca masalah jerawat :
1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan
lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon
androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari
kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah
jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang
sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila
meningkat dewasa.
2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini
adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber
makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang
mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini
pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat
kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula.
3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan
dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan
langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh
mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen
tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi
sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang
berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh
mengaktifkan keradangan pada jerawat.
4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan
keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom
jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat
masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap
jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam
badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi
punca lebih banyak jerawat yang keluar.
5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi
tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab
tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi
untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan
terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.
6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat.
Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda
boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus
menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.
7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi
jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita
juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap
sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim
tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan
pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu
mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup
yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh
mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat
pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup
aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri (mendedahkan parut dan
sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih
berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.
info : blog mauceriasokmo
jadi semua dah taw kan puncanyaaaaa.... sama-sama kita elakkan ye ! :D
Lastly, Thank you..
Salam Kasih Sayang,
Annyeong !